di negeri kelantan - Google Blog Search |
Beri hak <b>Kelantan</b> nikmati macam <b>negeri</b> lain - Harakahdaily Posted: 03 Jul 2013 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyeru kerajaan mengislamkan dasar Pembangunan Belia Negara agar tidak kontradik dengan agama Islam. Beliau yang mengambil bahagian membahaskan ucapan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini berkata, pembinaan belia mestilah di dalam kerangka Islam kerana nilai utama belia muslim hendaklah dibina dengan cara Islam yang ditetapkan Allah SWT. "Ini adalah kewajiban pemerintah bahawa pembinaan negara telah disebut oleh Allah di dalam al-Quran yang hendaklah bermula dengan asas iaitu hubungan mereka dengan Allah melalui solat," katanya. Jelasnya, daripada soal pendidikan sehinggalah kepada sukan masyarakat berdepan dengan bahaya keruntuhan moral kerana masalah penagihan dadah yang telah membunuh belia pada hari ini. "Kita bukannya membina pejuang berani mati tetapi negara kita memperlihatkan perompak yang berani mati. Inilah masalah yang berlaku apabila melibatkan isu dadah yang membahayakan negara," katanya. Justeru katanya, PAS dan Pakatan Rakyat bersedia untuk memberi kerjasama dari sudut kepakaran dan ilmu demi mahu melihat pembangunan belia negara berjaya. Sementara itu, beliau turut menyeru kepada Kerajaan Pusat agar memberi hak kepada negeri Kelantan agar negeri itu boleh menikmati apa yang dinikmati oleh negeri-negeri lain. "Setiap kali saya ke Sabah dan Sarawak, saya tak kata dalam hati, mengapalah Kelantan jadi macam Sabah dan Sarawak. Tetapi saya kata, mengapalah Sabah dan Sarawak jadi macam Kelantan, dianak tirikan," katanya mengakhiri perbahasannya. |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan