Rabu, 14 Ogos 2013

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Letupan Bom <b>Di Tumpat</b>, Seorang Lelaki Maut | Terengganu Today

Posted: 11 Aug 2013 03:55 AM PDT

bom3TUMPAT : Seorang lelaki maut terkena letupan bom setelah cuba mengalihkan objek yang tidak dapat dikenalpasti dari atas keretanya pagi ini. Kejadian berlaku di Taman Sri Periok, Cabang Empat, Tumpat, Kelantan.

Pada lebih kurang jam 11 pagi ini, mangsa dikatakan ternampak sebuah objek di atas kereta jenis Naza Citra di hadapan rumahnya. Beliau dikatakan telah cuba mengalihkan objek berkenaan dan sebuah letupan kuat berlaku.

Mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang berkhidmat di sebuah sekolah berdekatan telah mengalami kecederaan putus kedua-dua belah tangan dengan perut terburai telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Unit Forensik, unit pemusnah bom dan unit anjing pengesan K9 dilaporkan berada di tempat kejadian dan kes masih berada di bawah siasatan polis.

bom2bom

bom meletup <b>di tumpat</b> kelantan, seorang meninggal.

Posted: 11 Aug 2013 03:02 AM PDT


TUMPAT - Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya.
"Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.
Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa.
Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya.
Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa.
"Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa," katanya.
Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian.
Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama

BLOG MIK: NGERI..! Foto Foto Kejadian BOM Meletop <b>Di Tumpat</b> <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2013 04:35 AM PDT

UNTUK MAKLUMAN AWAL, SATU KEJADIAN LETUPAN BOM TELAH BERLAKU DI TAMAN SRI PERIOK, CABANG EMPAT TUMPAT, KN. REPOT PERTAMA TELAH DIBUAT BERKAIT CHABANG EMPAT/670/13.

PADA 11/8/13 JAM L/KURANG 1105HRS MANGSA TELAH TERNAMPAK 1 OBJEK DIATAS KERETA JENIS NAZA CITRA DI HADAPAN RUMAH. DIPERCAYAI MANGSA TELAH SENTUH OBJEK TERSEBUT DAN LETUPAN TELAH BERLAKU.
NAMA:MOHD YUSRIZAL BIN MAT ZAIN
PEKERJAAN: KERANI SK MANIK URAI
MANGSA MENGALAMI KECEDERAAN PUTUS KEDUA-DUA TANGAN DAN PERUT TERBURAI.

UNIT FORENSIK DAN K9 BERADA DI TEMPAT KEJADIAN. IO INSP SHUHADA

SEKIAN TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads