Rabu, 14 Ogos 2013

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di tanah merah</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Aug 2013 09:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RM160,000 UMNO <b>Tanah Merah</b> Belanjakan Untuk Tiket Bola <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2013 10:00 PM PDT


CTS terpanggil untuk memberi komen mengenai kesediaan UMNO Tanah Merah untuk menaja tiket bola percuma ke perlawanan Akhir Piala FA sebanyak 4,000 keping untuk ahli Persatuan Anak-Anak Tanah Merah Di Perantauan (PERTAMA) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA). Harga tiket bola untuk Final Piala FA adalah RM40. Jadi UMNO Tanah Merah telah membelanjakan RM160,000 untuk satu perlawanan. Kita faham betapa emosinya dan berharganya Kelantan melangkah ke perlawanan akhir. Err ... bukankah mereka pernah ke perlawanan akhir Piala FA sebelum ini?
Dengan 4,000 tiket ini kita boleh mengembirakan 4,000 penonton Kelantan. Kalau sayalah, saya lebih suka wang sebanyak RM160,000 ini digunakan untuk kegiatan atau peruntukan yang lebih berfaedah. Contohnya, saya boleh membina rumah kos murah yang berharga RM40,000 setiap satu. Dengan peruntukan berkenaan, saya boleh mengembirakan 4 keluarga yang miskin untuk memiliki rumah sendiri. Rumah yang dimiliki oleh keluarga ini akan berkekalan hingga ke anak cucu dan tidak untuk kegembiraan hanya satu malam. Atau mungkinkah Rakyat di Tanah Merah semuanya sudah kaya raya dan tiada keluarga miskin yang perlu dibantu? Itu tak pastilah saya.

.: Majlis Najib <b>di Tanah Merah</b> DiBaham Ribut? - MSO

Posted: 16 Mar 2013 12:36 AM PDT

LAPORAN LEWAT                                                                                                            

Majlis Bewah Anak Kelantan Dengan Najib Tun Razak di Tanah Merah semalam ditimpa musibah apabila ribut kencang telah melanda majlis tersebut. Lima buah khemah yang menempatkan orang ramai telah tumbang dan diterbanngkan angin.


50,000 yang hadir seperti mana dilapor dalam protol berita bertempiaran lari menyelamatkan diri. Sehingga ini tidak ada laporan penuh kejadian berkenaan melainkan foto dan juga klik video pendek mengenai kejadian berkenaan yang dimasukkan dalam Face book.

"Bewah Anak Kelantan" bersama Najib itu sempena kunjungan Najib ke empat kawasan parlimen di Kelantan dalam rangka kempen disaat-saat akhir menjelang pilihan raya. Lawatan bermula di kawasan Kuala Krai, diikuti dengan Jeli kemudian ke Kota Bharu.

Liputan majlis berkenaan juga tidak ada di dalam akhbar dan televisyen. Tidak ada juga siaran langsung (telecast) seperti biasa. Sedutan ucapan Najib di Kelantan semalam hanya di Kuala Krai sahaja. Di laporkan majlis di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai dikatakan paling berjaya apabila seramai 40,000 yang hadir.

Majlis Bewah Anak Kelantan dengan Najib di Tanah Merah mulanya paling grand apabila ia disediakan cabutan bertuah untuk para pengunjung yang menghadiahkan sebuah kereta Viva. Beberapa hari sebelum majlis itu 50,000 borang penyertaan cabutan bertuah diedarkan dan habis teredar.

Berdasarkan borang berkenaan yang habis diedarkan anggaran yang hadir di majlis itu 50,000.

Namun disebabkan angin ribut itu menyebabkan cabutan bertuah tidak dapat diadakan semalam ia ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan lagi. Ada juga sumber menyebut hadiah cabutan bertuah itu juga diturunkan dari Viva ke sebuah kereta terpakai? Kenapa pulak?

Mengenai kejadian di Tanah Merah itu ia agak anih. Menurut saksi kejadian ribut itu hanya melanda majlis itu sahaja tetapi tidak kawasan sekitarnya. Di samping ribut ia disusuli dengan hujan. Bagaimana di kawasan luar Tanah Merah keadaan cuaca tidak mengalami apa-apa gangguan.

"Mungkin ia fenomena biasa, tetapi apa yang berlaku semalam agak pelik sedikit," begitulah kata seorang saksi mata yang berada di majlis berkenaan. Menurutnya ribut mulai melanda semasa Najib sedang berucap menyenaraikan tujuh dosa PAS di Kelantan.

"Langit tiba-tiba menjadi gelap di kawasan majlis itu, sebaliknya di kawasan luar terang benderang. Tidak beberapa lama hujan turun diikuti angin ribut," tambahnya lagi yang masih merasai anih dengan kejadian itu.

Kejadian itu itu berlaku kira-kira jam 4:30 minit petang. Gara-gara itu juga majlis tidak berjalan mengikut jadual sepatutnya. Kesan itu satu lagi majlis pecah tanah untuk membina perumahan rakyat di Kota Bharu juga turut ternggedala bila mana Najib lewat tiba disebabkan kejadian itu.

Difaham juga Najib yang patut berlepas ke Kuala Lumpur jam 6:00 lewat lebih satu jam.

Terdahulu dari itu, sesuatu yang tidak sepatutnya telah berlaku di lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu semasa ketibaan Najib jam 10:10 pagi. Para pemimpin Umno, ketua bahagian termasuk Annuar Musa dan lain-lain katanya awal-awal lagi tiba di airport untuk menanti ketibaan Najib.

Permaidani merah sudah dibentang dari pintu keluar balai ketibaan untuk laluan Najib. Malangnya Najib tidak keluar dari bilik ketibaan dan terus menaiki halekopter untuk ke Kuala Krai. Tindakan Najib itu mengecewakan pemimpin Umno yang datang menanti ketibaannya.

"Kita tidak marah kalau diberi tahu awal-awal dia tidak keluar dan terus naik halekopter ke Kuala Krai, tetapi kenapa tidak bagi tahu... royatlah sakit mulut ke." kata dan marah seorang pemimpin yang enggan disebut namanya. Katanya walaupun pemimpin perlu menanti PM sebagai tanda hormat, tetapi bukan caranya dengan perlakukan begitu.

Beliau yang benar-benar marah mengingatkan supaya perkara seperti itu jangan berulang sampai dua kali kerana ia memberi kesan buruk kepada Najib. [wm.kl.3:35 pm 16/03/13]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads