Isnin, 2 September 2013

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di manek urai</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Aug 2013 09:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

bumiyang: BN Lunaskan Janji 2009 Rasmi Jambatan <b>di Manek Urai</b> <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 05:30 PM PDT

KUALA KRAI 1 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Manek Urai pagi ini untuk merasmikan pembukaan Jambatan Manek Urai yang dijanjikan beliau kepada penduduk di sini pada tahun 2009.
Jambatan yang menghubungkan antara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama merupakan janji beliau pada pilihan raya kecil Manek Urai 2009 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan BN tewas sebanyak 65 undi kepada Pas namun Kerajaan Pusat tetap meneruskan pembinaannya bermula tahun 2010 menggantikan jambatan lama yang hanya berkeluasana satu lorong.
Jambatan yang merentasi Sungai Lebir itu sepanjang 200 meter dan menelan belanja RM17 juta keseluruhan .
Selain jambatan, dua lagi janji yang telah ditunaikan adalah pembinaan Masjid Temalir bernilai RM600,000 dan kemudahan sukan Manjor juga sebanyak RM600,000. - UTUSAN ONLINE


Komen Isac:

Mungkin sebab itulah Jambatan Palekbang yang dipecah tanah pada 1995 tidak dibina sampai lah sekarang...

DATUK NIK SAPEIA: PRU 13 PPP mendapat DUN <b>Manek Urai</b>

Posted: 28 Mar 2013 09:44 PM PDT

PPP diberi kepercayaan kepimpinan Barisan Nasional untuk meletak calon di DUN Manek Urai untuk mewakili Barisan Nasional dalam PRU 13. Penghargaan ini diberi berdasar segala usaha yang telah dilakukan oleh peminpin dan ahli PPP khususnya di Parlimen Kuala Krai untuk menambat sokongan rakyat tempatan. Berkat kerja dan program2 yang dilaksanakan oleh PPP Kelantan mendapat sambutan yang hangat oleh rakyat Kuala Krai terutama di DUN Manek Krai. Oleh itu PPP Kelantan diberi kepercayaan untuk mengetengahkan calon untuk DUN Manek Urai dan PPP telah menyerah tugas itu kepada Ketua Wanita PPP Kelantan , Datin Dr Suriani Yahya.

Datin Dr Suriani binti Yahya atau dikenali dikalangan penduduk Manek Urai sebagai Datin Su atau Dr Su, tidak asing bagi penduduk Manek Urai. beliau sentiasa bersama sama mengendali program 2 PPP yang di adakan di Kuala Krai khususnya di Manek Urai bersama Datuk Nik Sapeia Nik Yusof , Naib Presiden PPP Malaysia merangkap Ketua perhubungan PPP Kelantan.

Buat julung kali PPP kelantan mendapat sebuah kerusi untuk bertanding di Negri Kelantan. Memadangkan Dr Su merupakan calon boleh menang atau winnable candidate maka dengan semangat juang yang tinggi dan doa kehadrat Illahi agar mendapat restu PPP Kelantan melancar kempen pilihan raya dengan merasmi Pusat Bantuan PPP/BN DUN Manek Urai di Kg Laloh  pada 3/3/13 dibanjiri oleh sekitar 4000 penduduk DUN Manek Urai.

Beberapa program susulan telah diadakan di beberapa kampung termasuk Kg Peria Baru Kg Manek Urai Lama, Kg Peria. Kehadiran disetiap majlis perjumpaan amat memuaskan dengan kehadiran melebihi 500orang , dan mereka memberi sokongan padu pada Datuk Nik Sapeia dan Datin Su. Insya Allah PPP kelantan akan berusaha hingga berjaya menawan DUN Manek Urai sebagai usaha untuk Barisan Nasional memerintah Negri Kelantan Negri Tuanku Cik Siti Wan Kembang.























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads