ads

Isnin, 2 September 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di rantau panjang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di rantau panjang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Aug 2013 07:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

A W NASIP DOT COM: Kunjungan Pertama ke <b>Rantau Panjang</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 12:43 PM PDT

Seringkali apabila membaca entri-entri blog mengenai negeri Kelantan akan disyorkan untuk berkunjung ke Rantau Panjang malahan ada yang mengatakan ianya destinasi wajib di negeri yang bersempadan dengan Thailand itu. Jadi saya mengambil ruangan masa yang ada setelah usainya final exam untuk bermusafir ke sana sebelum berlepas pulang ke Sarawak. Tidak rugi an berbelanja sikit untuk melihat negeri orang.

       5 hari sebelum bertolak saya sudah membeli tiket bas takut-takut kehabisan tiket memandangkan siswa-siswi sudah mula bercuti. Kawan-kawan saya yang berasal dari Pantai Timur mengesyorkan perkhidmatan bas Ekspress Perdana memandangkan basnya yang lebih selesa. Kata mereka. Sekarang sudah senang untuk membuat tempahan tiket bas. Semuanya boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu mendaftar di laman sesawang mana-mana syarikat bas tersebut dan membuat bayaran melalui e-banking. Tiket bas Perdana dari Greenwood, KL ke Rantau Panjang berharga RM43 manakala untuk tiket kembali berharga RM45 untuk bas Transnasional. Perjalanan biasanya mengambil masa 9 jam dan di pertengahan perjalanan, bas-bas Ekspress Perdana akan singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang. Tiba di Rantau Panjang jam 6 pagi. Namun sebelum keluar dari bas, saya sempat bertanya kepada seorang wanita.

Saya: Ni dah sampai Rantau Panjang eh? 
Wanita: Aha, dah sampai lah ni.
 Saya: Tempat beli-beli barang tu an? (inginkan kepastian) 
Wanita: (sekadar menganggukkan kepala sambil tersenyum)

        Selesai solat subuh di surau yang berhampiran Hub Bas dan Teksi tersebut, saya sempat meninjau-ninjau dahulu di kawasan berhampiran dan duduk di bangku yang disediakan memandangkan hari pun masih awal. Berdasarkan pembacaan saya di blog-blog, kedai-kedai di sana hanya akan buka bermula pukul 8 pagi. Namun tidak hairan gerai-gerai makan sudah dibuka. Jam 07:30 pagi, seorang lelaki perumuran 30-an yang sedang duduk di atas motosikal datang menyapa saya. Mungkin dia sudah tahu yang saya masih tercari-cari arah untuk mengorak langkah di awal pagi Ahad itu. Rupa-rupanya, memang ramai lagi lelaki sepertinya yang juga menunggang motosikal menawarkan perkhidmatan teksi bonceng untuk ke Pekan Rantau Panjang. Saya tanpa ragu-ragu menerima tawarannya kerana ia sudah menjadi kebiasaan penduduk-penduduk di situ. Jarak dari hub bas tadi dengan pekan hanyalah kira-kira 500 meter sahaja.

       Abang tu sempat bersesi ice breaker dan memberi penerangan ringkas mengenai Pekan Rantau Panjang dan bagaimana untuk ke seberang, Pekan Golok. Katanya kebanyakan kedai akan buka jam 10 pagi. Memandangkan ada 2 jam lagi, saya memutuskan untuk bersarapan dahulu dan abang yang memperkenalkan dirinya sebagai Kamal tu memberhentikan motosikal di hadapan sebuah gerai. Seorang pak cik dan mak cik sedang sibuk melayan beberapa pelanggan yang sudah menjamu selera di gerai itu. Suami isteri agaknya. Abang Kamal memesan segelas Nescafe dan roti telur, begitu juga saya. Saya yang membayarnya sebagai bayaran tambang menaiki motosikal tadi. Selesai bersarapan, Abang Kamal sempat memberikan nombor telefonnya jika saya mungkin memerlukan pertolongannya nanti. Dia kembali menyambung kerjanya mencari penumpang lain. Saya berehat di sebuah masjid kerana pekedai-pekedai masih sibuk menyusun atur gerai masing-masing. Sudah maklum apa yang menjadi tarikan pelancong-pelancong tempatan dari seluruh pelusuk semenanjung khususnya untuk datang ke pekan kecil di daerah Pasir Mas itu adalah zon bebas cukainya. Dan sudah tentu Pasar Besar Rantau Panjang menjadi pilihan mereka untuk membeli-belah beraneka macam barangan dari kain-kain, t-shirt, tudung, toto, anak patung, jersi, seluar jeans, perkakas dapur, beg dan lain-lain. Kebanyakan barangan yang dijual adalah buatan Thailand namun produk-produk dari Indonesia, China dan Taiwan turut dijual. Selain itu, terdapat juga deretan bangunan kedai dan Plaza D'Mara Rantau Panjang sebagai alternatif lain untuk memuaskan hati anda membeli belah.

       Rantau Panjang juga tidak asing lagi bagi penggemar-penggemar jersi bola. Walaupun sekadar replika tiruan, jersi yang dijual di sini terdiri daripada gred-gred tersendiri dari gred biasa hinggalah ke gred yang nampak seolah-olah jersi original yang sebenar. Kalau jersi gred AAA yang biasanya dijual secara online pada harga RM 40 sehelai termasuk kos penghantaran, anda boleh mebelinya pada harga yang jauh lebih rendah contohnya RM28 jika pandai memilih penjual. Namun jika anda tidak berpeluang berkunjung ke Rantau Panjang, anda boleh membeli jersi di Nascyp e-Shop pada harga yang berpatutan.

       Setelah puas meronda gerai-gerai di Pasar Besar Rantau Panjang, saya mengorak langkah ke jeti di tebing Sungai Golok yang menjadi sempadan daerah Pasir Mas dengan wilayah Narathiwat, Thailand. Sebenarnya, pengunjung-pengunjung hendaklah melalui kompleks imigresen Rantau Panjang jika ingin berkunjung ke Thailand. Namun, sudah menjadi kebiasaan penduduk-penduduk berhampiran untuk menggunakan perkhidmatan bot persendirian untuk menyeberangi Sungai Golok walaupun tidak memiliki pasport yang sah. Tambang RM1 untuk sehala. Saya mengambil kesempatan itu untuk berkunjung ke negara jiran tersebut buat kali pertama. Bak kata pepatah melayu, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dah datang jauh-jauh, biar rasa semua pengalaman an.

       Walaupun berasa sedikit risau mengenai keselamatan diri, saya cuba untuk tidak berasa takut memandangkan askar-askar Malaysia yang bersenjata ada mebuat rondaan. Di seberang sungai tu juga terdapat askar-askar Thailand yang turut bertugas menjaga keselamatan. Sebuah pondok di tebing sungai menempatkan dua anggota askar Thailand yang bertugas memberi pas masuk sementara ke negara tersebut. Dengan syarat, kad pengenalan hendaklah diserahkan kepada mereka. Pas tersebut berbentuk sehelai kertas nipis bersaiz kecil tertulis nama pengunjung, no. kad pengenalan dan cop jari. Ianya hanyalah untuk kebenaran untuk kunjungan di sekitar Pekan Golok. Dan sekali lagi, saya menaiki teksi bonceng. Kali ini, setiap penunggang memakai jaket uniform berwarna biru atau pink menandakan mereka mendapat kebenaran daripada pihak bertanggungjawab untuk membawa penumpang.

       Anda tidak perlu risau untuk berkomunikasi dengan mereka kerana rata-rata penduduk di sana fasih berbahasa melayu Klate. Tapi rasa kekok masih ada kerana saya sendiri pun tidak fasih bercakap Klate. Penunggang tadi membawa saya meronda satu Pekan Golok. Abang yang ini juga sempat bersuai kenal sambil memberi penerangan mengenai kedai-kedai di Pekan Golok. Dia sempat menerangkan yang ada pengunjung dari Malaysia yang datang ke Pekan Golok untuk mencari perempuan. Dia juga mengajak saya untuk rehat-rehat dahulu di kedai urut namun saya menolaknya dengan alasan ingin mencari kedai jersi. Akhir sekali, dia menurunkan saya di kedai menjual jersi. Abang tersebut mengenakan bayaran RM10. Lagi mahal daripada jangkaan. Disebabkan jersi yang dijual kedai tersebut bukanlah bergred AAA, saya berjalan kaki menyusuri deretan kedai yang lain mencari kedai jersi yang lain. Alhamdulillah, anda tidak perlu berasa takut kerana penduduk-penduduk di sana langsung tidak mempedulikan anda namun adakalanya beberapa pasang mata memerhatikan anda kerana ternyata fesyen pakaian pelancong-pelancong Malaysia berbeza dengan mereka.

      Setelah 2 jam berada di Pekan Golok, saya mula kepenatan dan memilih untuk pulang ke seberang. Sekali lagi saya menggunakan khidmat teksi bonceng. Kad pengenalan anda dipulangkan semula setelah pas tadi diserah kembali. Terus terang, pengalaman berkunjung ke Siam buat pertama adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Lebih-lebih lagi apabila masuk secara haram, konon. Saya menyewa sebuah bilik di rumah tumpangan di Pekan Rantau Panjang untuk berehat kerana malam itu saya akan pulang semula ke KL. Saya sempat membeli ole-ole untuk keluarga di Sarawak. Keropok ikan tambang dan ikan parang sudah memadai. Pekan itu mulai lengang jam 5 petang dan pada pukul 8:30 malam, bas bertolak ke Kuala Lumpur. Untuk makluman, saya menulis entri ini sehari setelah tiba semula di KL, sedang menunggu waktu berlepas ke Miri dan seterusnya Limbang, Sarawak. :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved