Ahad, 27 Oktober 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Tengku Razaleigh beri laluan kepada muka baru <b>di Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2013 12:59 AM PDT

GUA MUSANG:Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah sampai masanya bagi beliau berundur sebagai ketua bahagian setelah hampir 50 tahun berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baharu yang lebih jujur dan adil dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata keputusannya untuk tidak lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang juga adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak.

PRU13 lalu adalah yang terakhir baginya tetapi beliau masih meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu sehingga ada pemimpin baharu yang dapat menggantikannya.

"Saya diminta untuk terus menerajui Umno bahagian ini dan terserahlah kepada ahli Umno bahagian itu (selepas ini) untuk menentukan siapa pemimpin yang paling layak memikul tanggungjawab berkenaan kerana ramai yang layak dipilih," katanya kepada pemberita selepas majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang bersama Orang Asli di Kampung Lambok, di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan kepimpinan Umno Oktober ini, Tengku Razaleigh enggan mengulas lanjut.

Terlaris & Terhebat !!! Wangian Pheromones Berkuasa Untuk Memikat Wanita… KLIK SINI
Stor Rumahtangga Terhebat & Terbaik Untuk Suami Dan Isteri… KLIK SINI
Vimax Original MyIdaman Malaysia & Pillsexpert Canada. Gunakan Dengan Yakin… KLIK SINI

"Saya tidak hendak komen dan kita sama-sama tengoklah pada 28 Sept ini untuk bertanding atau tidak," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa mengikut peraturan baharu parti, sesiapa sahaja boleh bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti dan perkara itu boleh diputuskan pada hari penamaan calon 28 Sept (untuk Majlis Tertinggi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads