Ahad, 27 Oktober 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Dato&#39; Nik Amar - Penjelasan Isu Semasa <b>Di Kelantan</b> ~ Gendang <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2013 08:00 PM PDT

Dato Nik Amar memberi penjelasannya berkaitan beberapa isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini seperti yang terdapat di artikel  TGNA diarah bersara

- TGNA di pecat oleh PAS Pusat?
- TGNA di sorok di hospital?
- Dato Husam tidak dipanggil mesyuarat di rumah TGNA?
- pembentukan kerajaan negeri Kelantan membelakangkan parti & majlis syura?
- Kenapa tergesa² membentuk kerajaan?
- MB sekarang tak sama seperti TGNA
Tonton video penjelasan Nik Amar  ada di sini

PAS pusat terpaksa campurtangan

Pucuk pimpinan utama PAS berkumpul di Kota Bharu, Kelantan hari ini untuk berbincang dengan pimpinan parti negeri itu ekoran suasana yang tidak berapa baik di negeri itu selepas berlakunya perubahan dalam pimpinan negeri.

Pertemuan antara Dewan Harian PAS yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Lajnah Politik PAS Kelantan yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 bermula jam 2 petang ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah Nik Aziz akan menyertai pertemuan ini kerana semalam beliau masih di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana mendapat rawatan.

Pertemuan ini diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang 10 Oktober lalu berikutan kejadian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan 8 dan 9 Oktober sebelum itu yang menyaksikan bekas Exco, Datuk Husam Musa (gambar) menyerang dasar kerajaan negeri.

Dalam mesyuarat itu, ada AJK PAS Pusat yang membangkitkan peristiwa di DUN Kelantan. Namun oleh kerana ketiadaan wakil kerajaan Kelantan khasnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, pertemuan ini terpaksa diadakan.

Ekoran itu, ada pimpinan PAS tidak senang dengannya kerana Husam seolah-olah mengambil tugas sebagai ketua pembangkang bagi DUN Kelantan.

Namun bagi sesetengah pihak, ia satu langkah yang betul kerana Husam hanya menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) biasa selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Husam yang juga Naib Presiden PAS, tidak tersenarai sebagai Exco Kelantan semasa pembentukan kerajaan negeri pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Sehingga hari ini kes itu masih belum selesai.

Dalam ceramahnya di Madrasah As-Sa'adah, Kampung Razali, Kuantan, Pahang 19 Oktober lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah masih lagi terpaksa menjelaskan isu ini.

Tonton video penjelasan Nik Amar  ada di sini

"Ada yang bertanya mengapa terlalu cepat, hari ni mengundi esok terus bentuk kerajaan, negeri lain tunggu sampai seminggu atau dua minggu?

"Sebabnya istana yang minta dibuat esoknya. Kira-kira seminggu sebelum pilihan raya, istana sudah beritahu, siapa pun yang menangi di Kelantan, PAS atau BN, 6 Mei jam 5 petang mesti angkat sumpah kerajaan baru.

"Itu arahan daripada istana, titah Tuanku. "Kalau tidak angkat sumpah 6 Mei jam 5 petang", istana kata: 'Kita akan tutup pintu istana, tidak ada kerajaan yang boleh dibentuk'. Itu arahan," kata Nik Amar dalam ceramah itu.

Sehubungan itu, katanya, perjumpaan khas diadakan di Kota Bharu hari ini bagi memberi peluang mereka yang berkenaan membuat penjelasan sewajarnya. ~tmi


"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads