Dalam masa 24 jam, sehari selepas Sinar Harian melaporkan tentang sebuah kedai makan yang mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP (sebenarnya macai-macai UMNO), Restoran tersebut telah diserbu Penguatkuasa PDNKK.
KOTA BHARU – Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.
"Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit," katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. -sinarharian
PELIK TAPI BENAR!!!.. HARGA AYAM DI PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN HANYA RM4.99 SEKILO??? BIAR BETUL??
Sedang rakyat seluruh negara merungut dan mengeluh dengan kenaikkan harga ayam yang terlalu tinggi, tetiba Omak Kau dapat info dengan bergambar bahawa harga ayam yang dijual di sebuah gerai jual ayam di Cabang Tiga, Pengkalan Chepa Kelantan ialah RM4.99sen sekilo.
Hampir RM4.50 sen hingga RM5.00 jauh lebih murah dari pasar basah seluruh negara. RM4.00 lebih murah dari Pasar Tani.
Setelah diselidiki rupa-rupanya harga ayam digerai tersebut dijual pada asalnya RM6.90sen sekilo apabila dah hampir nak buka puasa towkey tersebut beri spesel diskaun sehingga RM4.99sen sekilo.
Kalau gitu lain kali beli ayam dekat-dekat nak berbuka puasalah.. Kita kena jadi pengguna yang bijak dan berotak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan