Ahad, 13 Oktober 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Gaji Rakyat <b>Kelantan</b> Paling Rendah? Sabah <b>Negeri</b> Termiskin <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2013 06:20 PM PDT

Sabah-VS-Kelantan

Jikalau anda masih ingat lagi Datuk Seri Najib pernah menegaskan (SEPERTI DI SINI) tahun lepas (tahun 2012) yang mana negeri Sabah bukan lagi negeri termiskin tetapi negeri Kelantan adalah negeri termsikin di Malaysia. Hari ini…..

Secara rasminya negeri Sabah yang terkenal dengan sumber alam semula jadinya seperti balak yang bermutu tinggi dan minyak serta gas diumumkan sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Sabah Termiskin MalaysiaKOTA BHARU 8 Sept. – Purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Kelantan adalah yang terendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain pada tahun lalu.

Berdasarkan hasil kajian Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan, purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat negeri ini ialah RM3,168, diikuti Kedah RM3,425 serta Perlis (RM3,538).

Jumlah tersebut amat rendah berbanding purata bulanan pendapatan isi rumah bagi Malaysia iaitu sebanyak RM5,000.

Pada masa yang sama, Kelantan merupakan negeri kedua termiskin dengan jumlah kemiskinan sebanyak 2.7 peratus manakala Sabah di tangga terbawah dengan 8.1 peratus pada 2012.

Bagaimanapun Kelantan mencatatkan penurunan yang drastik sejak 1990 yang ketika itu mencatatkan kadar kemiskinan sebanyak 29.6 peratus.

Sumber : Utusan Malaysia

Apa yang Berita Semasa perhatikan adalah, GLC dilihat kurang berminat untuk melabur di Kelantan. Berita Semasa tidak pasti apa sebabnya. Contohnya perledangan kepala sawit. Tanah terbentang luas di Kelantan tetapi GLC sanggup melabur di negara lain yang banyak risikonya contohnya di Indonesia dan Afrika. Akhirnya, apa yang jadi sekarang? Banyak tanah-tanah persendirian terpaksa pajak kepada syarikat persendirian termausklah syarikat non bumiputra.

Sebelum ini, pernah tercetusnya kontroversi apabila rakyat negeri Johor dicop sebagai rakyat termiskin di Malaysia dek kerana kos sara hidup di sana yang terus melambung tinggi akibat kemasukan & pembangunan bertali arus yang banyak dikhususkan untuk rakyat Singapura berbelanja berbanding rakyat Kelantan seperti laporan Berita Semasa (DI SINI)

Apa kata anda terutamanya rakyat Kelantan dan Sabah apabila negeri anda menjadi negeri termiskin di Malaysia dan juga merupakan rakyat yang menerima gaji terendah di Malaysia?

Straits Times Singapura takjub dengan "<b>Negeri</b> Melayu" <b>Kelantan</b>

Posted: 11 Oct 2013 01:04 AM PDT

KOTA BHARU: Di "Negeri Melayu" Kelantan (kata-kata yang digunakan Straits Times Singapura dalam lawatannya ke sana), ada satu budaya menakjubkan di kalangan orang Islam iaitu kecintaan mereka terhadap Bahasa Cina.

"Terdapat satu pepatah masyhur dalam Islam, "Timbalah ilmu sehingga ke negeri Cina".  Itulah Melayu-Islam di Kelantan, secara tepat, sedang melakukannya," tulis Straits Times dalam satu laporan.

Akhbar popular itu turut mendapati nisbah orang Melayu di Kelantan yang mempelajari bahasa Cina jauh lebih tinggi daripada negeri lain.

Antara faktor yang membangkitkan fenomena luar biasa ini adalah galakan yang diberikan Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada generasi muda untuk mempelajari Bahasa Cina.

Bahkan, lima orang cucu Tuan Guru belajar di sekolah Cina.

Bukan sekadar itu, Tuan Guru Nik Aziz juga memastikan sekolah diberi peruntukan untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin.

Pada tahun 2009, kerajaan negeri telah membiayai tiga graduan Melayu-Islam daripada maktab pendidikan ke Guangzhou, China untuk belajar bahasa Mandarin dan menggaji beberapa guru dari China untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin di Kelantan.

Salah seorang daripadanya ialah Wang Yin Kang, seorang Cina-Muslim daripada Yunnan, yang telah menghabiskan 18 tahun di Kelantan setelah mendapat diploma dalam pengajian Arab. Pada umur 51, beliau mengajar bahasa Mandarin kepada 160 pelajar seminggu.

Bercakap kepada  Straits Times, Wang mengakui terkejut pada awalnya apabila pelajar Melayu sudi mengambil kelas Mandarin.

"Tidak lama selepas itu saya menyedari bahawa mereka percaya ini (mempelajari bahasa mandarin) membantu mereka mencari pekerjaan, terutamanya apabila China adalah negara yang cepat membangun dan melabur di mana-mana," katanya.

Kelas Mandarin ditawarkan di semua sekolah dibiayai kerajaan negeri (enam kesemuanya), dan salah satunya adalah Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardhiyah.

Sebahagian pelajar Wang merupakah ahli kelab Bahasa Cina, di mana mereka juga menceburi bidang drama yang menggunakan bahasa Mandarin.

Jumlah pelajar Melayu di sekolah Cina sama ada rendah dan menengah di Kelantan berada pada paras 20 sehingga 50 peratus, jauh lebih tinggi daripada paras nasional yang puratanya 10 peratus.

Salah satu sekolah rendah Cina di Rantau Panjang mempunyai dua pertiga pelajar Melayu.

Penyelidik Heng Buai Chin berkata, budaya menakjubkan itu semuanya hasil daripada pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz yang menggalakkan orang Melayu untuk memasuki sekolah Cina.

Langkah itu katanya telah menggalakkan integrasi antara pelajar berbilang kaum.

Beliau mendapati pelajar Melayu-Islam di sekolah Cina adalah lebih terbuka menerima budaya Cina seperti menonton filem Cina, mengira dan berfikir dalam bahasa Cina.

"Saya tidak dilayan asing oleh pelajar mahupun sekolah dan saya selalu bersemangat untuk cemerlang dalam pelajaran," kata Wan Ashikin Islam, seorang pelajar Tingkatan 5 di salah sebuah sekolah Cina.

Pelajar berumur 16 tahun itu bercita-cita menjadi penulis novel satu hari nanti, bukan di dalam bahasa ibundanya - bahasa Melayu, tetapi bahasa Mandarin.

Uniknya Cina <b>Kelantan</b>? - tanah serendah sekebun bunga - Blogger

Posted: 23 Sep 2013 11:42 AM PDT

Apa istimewanya Cina Kelantan berbanding Cina dari negeri lain?
Masyarakat Cina telah wujud di Kelantan sejak abad ke-17 Masihi lagi dan kebanyakan mereka tinggal di sepanjang pinggir sungai Kelantan terutama di kawasan Pulai,Gua Musang dan Sungai Pinang, Tumpat.
Walaupun tiada catatan sebenar sejarah kedatangan mereka ke Kelantan, namun mereka percaya kedatangan nenek moyang mereka lebih awal dari kedatangan orang Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.  
Ini berdasarkan penemuan patung lama di tokong tertua berusia 600 tahun atau lebih di kampung Pulai,Gua Musang dan berasal dari Dinasti Ming. Ini bermakna kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu bukan dimulakan di Melaka tetapi di Kelantan.

Dua kategori Cina Kelantan
Terdapat dua kategori Cina di kelantan iaitu Cina Peranakan diberi gelaran Cina kampung,Cina Kelantan dan Oghe Cino Kito. Bagi Cina di bandar mereka dipanggil Cina bandar atau Cina Benua.
Mereka tidak seperti kaum Cina di negeri-negeri lain kerana dialek komunikasi percakapan harian mereka dalam loghat Kelantan disamping bahasa Hokkien yang berbeza hasil percampuran perkahwinan serta Bahasa Melayu Kelantan dan Thai. kebanyakan mereka berkulit sawo matang dan tidak menampakkan mereka sebenarnya kaum Cina.
Bagi masyarakat Cina Tionghua Kelantan pula tidak pernah rasa terpinggir walaupun di sekeliling mereka adalah orang-orang melayu beragama islam. Proses asimilasi kesenian dan kebudayaan tempatan mempengaruhi nama dan apa yang mereka suka. Orang kelantan lebih suka memanggil Mek kepada wanita Cina Kelantan dan mereka membahasakan diri mereka ambo.
Mereka mampu membaca dan menulis tulisan JAWI yang sesetengah anak Melayu kelantan sendiri gagal memahirkan diri. Bagi Cina Peranakan yang mendapat pendidikan dalam aliran Melayu mereka menggalakkan anak-anak mereka mampu membaca jawi. 
Bagi generasi terdahulu Cina Peranakan mereka tidak kekok memakai kain pelikat,kain sarung,kebaya dan serban serta memakan sireh.  Bahasa Kelantan mereka pekat dan lancar. Karakter dan perwatakan mereka ada kalanya kelihatan lebih Melayu daripada Melayu sendiri.
Mereka suka BUDU dan ulam-ulaman sebagai makanan hidangan. Mereka juga makan nasi kerabu,nasi berlauk dan nasi dagang. Mereka suka Tapai ubi dan Ketupat.... Mereka juga sukakan Dikir Barat,Makyong,Menora dan Sukan.

Perubahan zaman,teknologi komunikasi dan semasa mereka tidak kekok untuk bercakap Kelantan walaupun mereka berhijrah ke negeri lain. Buktinya di Laman sosial Fesbuk rakan-rakan Cina kelantan masih lagi kecek klate sesama mereka.

............................................................................................................................................

{ Di Kelantan ada 'China Town' di Kota Bharu....di kelantan ada Masjid Beijing di Rantau Panjang...di kelantan ada segala-galanya... }

{ Di Kelantan, kami diajar untuk hanya menjadi satu bangsa sahaja iaitu 'Orang Kelantan'. Kami tidak pernah dididik walau seinci pun membenci,memandang rendah,menghina saudara lain walaupun berbeza agama mahupun bangsa }.

{ Di Kelantan,kami tidak digelar orang Melayu, orang Cina,orang Siam mahupun orang India. Kami hanya menggelarkan diri kami 'Oghe Kelate' }.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads