12 oktober 2013
keluar jer dari airpot klia aku terus ke stesen klia transit ,aku ambil tiket
untuk ke salak tinggi. aku tak balik ke bandar tun razak,sebab besok aku
akan sambong perjalanan ku ke kelantan. nak balik beraya kat kelantan.
Di stesen klia transit salak tinggi, aku dijemput olih anak dan menantu
untuk bermalam dirumahnya di kampung jijan nilai. Dalam perjalanan
pulang dari salak tinggi ke kampong jijan singgah sekejap di sepang
untuk pekena satay sepang.
Rencana aku untuk balik dengan flight ke kb terbatal kerana tiket flight
sold out. jadi aku ubah planing, aku akan balik dengan keretapi,
pagi esoknya aku pun call KTM untuk tempah tiket ke kuala krai dari
seremban atau bahau......................dukacita di maalumkan tiket keretapi
ke pantai timur sudah tidak ada seat.,berdiri pun tak bolih..FULAMAK
tukar plan lagi, balik tetap balik. aku cari bas express, dukacita juga,
semua bas express dari kl ke kb habis.
aku dapat satu idea, kalau bas dari kl ke kb habis bagaimana kalau aku
cuba nasib, ambil bas dari seremban ke kb. untung sabut timbul untung
batu tenggelam. memandangkan aku sekarang berada di nilai n9 dah tak
jauh dengan seremban, aku pun mencuba...............
sebelum mencuba , aku temankan mem, anak ,menantu dan cucu cucuku
ke tesco di pekan nilai dulu ..........
nilah...................pekenanya.
menunggu dengan penuh sabar
sudah sampai dah tak sabar
sampai menjilat jari dah habis satu tambah lagi satu.
besoknya.......... dia orang balik rumah di jijan .....dan aku
selamat sampai di kampong halaman ku di r.k.t. batu mengkebang
kuala krai kelantan.,SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan