03 di rantau panjang - Google Blog Search |
K B B R I: Pembukaan gim bina badan <b>di Rantau Panjang</b> beri <b>...</b> Posted: 18 Oct 2013 03:06 AM PDT RANTAU PANJANG: Pembukaan gim bina badan di Rantau Panjang awal bulan lalu, membuka peluang kepada belia untuk membina kecergasan diri. Rostam Hussin, 28, berkata, pembukaan gim berkenaan banyak membantu remaja untuk kekal cergas malah mengelak daripada terlibat dalam kancah jenayah. "Sebelum ini saya terpaksa memandu lebih 30 kilometer semata-mata mahu ke pusat kecergasan dekat Pasir Mas. "Kini kami banyak menghabiskan masa di sini tanpa perlu membelanjakan wang banyak untuk petrol," katanya. Sementara itu, Mohd Irfan Saifullahan, 24, berkata, aktiviti ini juga akan mengelak remaja membuang masa dan berpeleseran. "Sekiranya lebih banyak pusat kecergasan seperti ini dibuka, maka remaja di sini terutama berdekatan sempadan akan lebih berdisiplin. "Malah mereka akan lebih teruja untuk mengikuti sesi ini kerana setiap pusat kecergasan akan dilengkapi dengan kemudahan tutor yang berpengalaman," katanya. Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 17 Okt. 2013 |
You are subscribed to email updates from di rantau panjang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan