Ahad, 15 Disember 2013

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 03:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2013 03:29 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Oct 2013 03:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Formula inklusif bakal ubah <b>Dabong</b> - Utusan Online

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

Oleh WAHID HASHIM
pendidikan@utusan.com.my

MURID-MURID SK Kuala Gris, Dabong, Kelantan menunjukkan isyarat bagus sebagai simbolik keyakinan mereka terhadap masa depan pendidikan di kampung itu, baru-baru ini.

REPUTASI Dabong dalam lima tahun dijangka berubah daripada kawasan pedalaman kepada maju melalui pelan inklusif seperti penubuhan persatuan anak Dabong, bekerjasama dengan beberapa universiti awam, mewujudkan kelas tingkatan enam dan membina sebuah lagi sekolah menengah.

Selain itu, lebih banyak saluran akan dibuka bagi membolehkan anak Dabong yang mendapat kurang lima kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat mengikuti program pradiploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sementara pembangunan fizikal seperti pembinaan jambatan di Kampung Biak akan membolehkan kanak-kanak ke sekolah saban pagi tanpa perlu menaiki sampan.

Ada usaha untuk membina kampus universiti, tetapi masih tertunda kerana isu pemilikan tanah di Kelantan yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Program kajian sosioekonomi penduduk mengikut bidang juga sedang dirancang dengan penglibatan Universiti Malaysia Kelantan (UKM), UiTM dan sebagainya.

Dabong, sebuah kampung tipikal di pedalaman Kelantan - di bahagian selatan jajahan Kuala Krai - 70 kilometer dari Gua Musang dan 40 kilometer dari pekan Kuala Krai. Dari Kota Bharu, lebih kurang 155 kilometer.

Baru-baru ini, berlangsung Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi kelolaan Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) dan Unit Pendidikan Utusan Malaysia, yang mendapat reaksi positif daripada 204 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di daerah Dabong.

Pengerusi Lembaga kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang juga ADUN Dabong, Datuk Ramzi Ab. Rahman hadir dan meninjau sendiri perjalanan program berkenaan yang mendapat sokongan padu Pejabat pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai.

Dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia selepas majlis tersebut, tokoh itu memberitahu, sebuah Majlis Pembangunan Dabong sedang dirancang penubuhannya, bagi membolehkan konsep kerjasama inklusif yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - dapat dilaksanakan sepenuhnya di kawasan itu.

Melalui segala usaha itu, beliau berharap - secara sedikit demi sedikit - Dabong mula menukar reputasi kawasan pedalaman kepada kawasan maju.

"Usaha ini sebenarnya telah dilakukan sejak 2004 sehingga 2008 ketika saya menjadi wakil rakyat, tetapi kemudian terencat di tangan pembangkang dan berharap dapat melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh selepas ini," katanya.

Kata Ramzi, ketika beliau menjadi wakil rakyat, usaha memajukan bidang pendidikan telah dimulakan dan digandakan melalui program tuisyen dan motivasi.

Usaha itu membuahkan hasil, kerana pada ketika itu (2006) lima orang calon mendapat 5A.

Kini, momentum kepada usaha itu semakin ketara apabila bilangan yang mendapat 5A bertambah. Tahun lepas bilangannya 15 orang.

"Pada UPSR tahun ini, kita mensasarkan 30 orang akan mendapat 5A dalam UPSR,'' katanya.

Beliau juga telah menulis surat kepada kerajaan pusat supaya sebuah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dabong dibina bagi memudahkan urusan pelajar, guru dan masyarakat setempat bagi hal berkaitan dengan pendidikan.

Sekarang ini, dianggarkan seorang ibu atau bapa membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 jika terpaksa berurusan dengan PPD di Kuala Krai - meliputi kos tiket kereta api, bas atau teksi, makan minum dan urusan lain.

"Tambahan pula, sebuah PPD perlu dibina jika kita hendak mewujudkan kelas untuk tingkatan enam," kata Ramzi.

Kini, Dabong terletak di bawah pengawasan PPD Kuala Krai yang terletak 86 kilometer.

Terdapat kira-kira 100 pelajar tingkatan enam yang sedang belajar di Kuala Krai.

Tambah beliau: "Jarak yang jauh ini (Kuala Krai ke Dabong) boleh mengundang sebarang kemungkinan, paling dikhuatiri ialah gejala sosial."

Selain itu, pelajar tingkatan enam ini tidak boleh berulang-alik dan terpaksa menyewa bilik di Kuala Krai.

Ditanya sama ada guru perlu diambil untuk mengisi kekosongan guru untuk mengajar tingkatan enam, katanya tenaga pengajar sedia ada sudah memadai.

"Tidak perlu membina bangunan baru untuk pelajar tingkatan enam, cukuplah memperuntukkan sebuah kelas di SMK Dabong," ujarnya.

Sebuah lagi sekolah menengah juga sedang dirancang pembinaannya, kerana sebuah sekolah menengah yang sedia ada sudah padat dengan bilangan pelajarnya yang mencecah 1,600 orang, menjadikan proses pembelajaran menjadi kurang selesa.

Sebagai maklumat latar belakang, Dabong merupakan kampung tanpa wayar yang pertama, melalui pemasangan peralatan komunikasi oleh Bahagian Teknologi pendidikan (BTP) dengan sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sejak pemasangan Internet tanpa wayar itu, beberapa aktiviti telah dilakukan seperti memudah cara komunikasi video skype antara seorang ibu dengan anaknya yang sedang belajar di United Kingdom.

"Bagaimanapun, sejak kawasan Dabong ini ditadbir oleh wakil rakyat daripada parti yang lain, tiada penyelenggaraan dilakukan dan kemudahan itu sudah tiada sekarang," katanya.

Selain itu, para pelajar di Dabong juga menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan guru-guru menerima Elaun Sara Hidup (COLA).

Di bawah Yayasan Pendidikan Kesedar, usaha itu terus dilipat- gandakan dan pelbagai usaha pembangunan sahsiah dan akademik digerakkan merentasi Dabong termasuk Sekolah Agama Rakyat dan Negeri - tanpa mengira latar belakang fahaman politik.

Beliau juga memberitahu, terdapat pertambahan bilangan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini, iaitu daripada 8,000 kepada 10,000, satu manifestasi kepada pertambahan jumlah penduduk dan kesedaran politik penduduk Dabong yang mahu kemajuan.

Menyambut kepercayaan itu, Ramzi berkata, sebuah lagi jambatan baharu bernilai RM23 juta dibina merentasi sungai di Kampung Biak, serta melebarluaskan pemasangan kabel elektrik untuk menerangi kawasan yang gelap gelita pada waktu malam.

Bangunan baru SK Slow Temiang juga dibina yang bernilai RM8.3juta.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2013 03:05 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 03:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Aug 2013 03:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2013 03:01 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2013 03:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2013 03:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 29 May 2013 03:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 06 May 2013 03:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TUKAR KELATE!: [VIDEO] N42 DUN <b>Dabong</b> : Dato Ramzi harapan <b>...</b>

Posted: 02 May 2013 06:30 PM PDT


Rakyat Kelantan yang mengundi di N42 DUN Dabong diseru supaya memilih Dato Ramzi Abdul Rahman dari Barisan Nasional sebagai wakil rakyat.

Dato Ramzi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai pernah menjadi ADUN Dabong dari tahun 2004 sehingga 2008.

Sepanjang tempoh tersebut, BN telah banyak membawa pembangunan di Dabong. Antara pembangunan yang dibuat BN adalah Jambatan Dabong yang menjadi ikon kepada rakyat di sana.

Dato Ramzi juga sewaktu berkhidmat sebagai ADUN Dabong telah membawa masuk perkhidmatan telefon ke Dabong. Sebelum itu, tiada perkhidmatan telefon di sana.

Masalah bekalan elektrik juga telah berjaya diselesaikan oleh BN ketika itu. Banyak kawasan di Dabong yang tidak mendapat bekalan elektrik sebelum itu.

Jika BN sekali lagi diberi mandat untuk mewakili rakyat Dabong ke sidang DUN Kelantan, Dato Ramzi berjanji akan menyambung pembangunan yang terhenti sejak DUN tersebut diambilalih oleh calon PAS pada PRU12 yang lepas.

Jelas Dato Ramzi, Dabong adalah kawasan pedalaman yang memerlukan pembelaan dari kerajaan Barisan Nasional. Beliau berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Dabong.

Ditanya mengenai kepimpinan Dato Seri Najib, beliau berkata Dato Seri Najib telah berjaya membawa transformasi kepada negara dalam pelbagai bidang.

Contoh sumbangan kerajaan yang banyak membantu rakyat adalah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Pada tahun 2012, seramai 22,000 ketua isi rumah menerima BR1M di Kuala Krai. Pada tahun 2013, 28,800 termasuk golongan muda menerima BR1M 2.0.

Dato Ramzi berharap rakyat akan terus memberi mandat dan sokongan kepada BN kerana BN terbukti sebuah parti yang menepati janji.

Beliau mengingatkan supaya membuat keputusan dengan tenang dan tidak mengikut emosi.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2013 03:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 May 2013 03:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2013 03:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2013 03:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DUNIA ITU: Isu sampah <b>di Dabong</b> selesai

Posted: 27 Sep 2012 11:30 PM PDT


KUALA KRAI - PEMBUKAAN tapak pelupusan sisa pepejal baru di Dabong, awal minggu ini, meletakkan Majlis Daerah Dabong (MDD) kini di landasan betul ke arah menjadikan daerah pedalaman itu sebuah penempatan yang bersih, indah dan sejahtera.

Bukan sahaja mampu menampung sampah penduduk, malah pembukaan kawasan seluas 3.6 hektar itu menamatkan usaha MDD mencari lokasi sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan sisa pepejal kekal sejak sekian lama.

Perkhidmatan majlis daerah itu selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam juga dijangka lebih efisien terutama dari segi penjimatan kos dan kepuasan pengguna.

Selain itu, pelbagai masalah berkaitan seperti tempat pembuangan sampah haram; pemandangan kurang menyenangkan; punca penyakit serta pencemaran alam sekitar dan bau diharap dapat diatasi.

Tapak lama ditutup

SETIAUSAHA MDD, Md Yani Mat Zin berkata, dengan pembukaan tapak baru itu, tapak pembuangan sampah di Jalan Sungai Sam--Dabong dan Jalan Kemubu, dekat sini, ditutup sepenuhnya.

Menurutnya, usaha mencari kawasan bagi pembinaan tapak pelupusan itu sudah lama dilakukan MDD namun kini baru berhasil disebabkan halangan tertentu seperti kekangan peruntukan dan kesesuaian lokasi.

Katanya, kejayaan menamatkan pencarian MDD selama bertahun-tahun untuk tapak pelupusan baru itu hasil sokongan banyak pihak terutama Kerajaan Negeri, pejabat tanah dan wakil rakyat.

"Kita (MDD) sudah ada tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Tembeling tetapi jarak dari sini (pekan Dabong) ke sana lebih kurang 55 kilometer, jadi kos pengangkutan agak tinggi.

"Sebab itu, kita perlu tapak pelupusan baru yang lebih dekat untuk sampah dari Dabong dan beberapa penempatan sekitar seperti Kemubu dan Kuala Geris," katanya.

Hanya sementara

DITANYA tapak pelupusan sampah di Jalan Sungai Sam-Dabong yang menimbulkan rungutan ramai kerana terletak di tepi laluan utama, Md Yani berkata, kawasan itu tapak sementara dan dalam proses ditutup sehingga lokasi baru ditemui.

Malahan katanya, ketika laporan akhbar menyiarkan aduan mengenai longgokan sampah di tapak lama itu pada 16 September lalu, kerja menyiapkan tapak baharu sedang berjalan.

"Sebelum ini, tidak jadi masalah kerana tapak ini jauh dari kediaman dan hanya dilalui penduduk tetapi selepas jadi jalan raya dan digunakan orang luar, baru sampah di kawasan ini jadi isu.

"Dulu memang bila musim hujan atau banjir, kita buang sampah di tapak lama tetapi dengan pembukaan tapak pelupusan baru ini, tapak lama ditutup sepenuhnya," katanya.

Kerjasama semua pihak

SUSULAN pembukaan tapak pelupusan baharu itu, Md Yani meminta penduduk dan pihak luar seperti pengusaha asrama dan pelaksana projek pembangunan di Dabong agar lebih prihatin terhadap aspek kebersihan awam.

Katanya, biar pun belum ada tindakan undang-undang diambil ke atas pihak yang membuang sampah di kawasan larangan, MDD memandang serius perbuatan itu dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas.

"Jika terpaksa uruskan sampah dalam jumlah banyak seperti pengusaha asrama, mereka boleh minta khidmat kami untuk bantu melupuskannya dengan sedikit caj perkhidmatan," katanya.

Menurutnya, antara lokasi dikenal pasti menjadi tempat pembuangan sampah dan sisa pepejal secara haram sebelum ini ialah di laluan utama ke Kampung Kemubu, dekat Dabong.

Mampu bertahan lama

SEMENTARA itu, tinjauan di Jalan Kemubu mendapati, masih ada pihak berdegil terus membuang sampah di kira dan kanan laluan berkenaan walaupun terdapat papan tanda larangan dipasang MDD.

Manakala, di tapak pembuangan lama yang ditutup di Kilometer 7, Jalan Sungai Sam-Dabong pula, longgokan sampah dan sisa pepejal di tepi laluan utama itu sudah dibersihkan.

Logiknya, dengan jumlah sisa pepejal diuruskan MDD tidak sampai satu tan atau 100 kilogram sehari, tapak pelupusan baru berhampiran simpang masuk ke pekan Dabong itu dilihat mampu bertahan untuk jangka masa panjang.

Sinar Harian 28 Sep 2012

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 25 May 2013 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal - Majlis Daerah <b>Dabong</b>

Posted: 12 May 2013 06:22 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]... maklumat menyeluruh tentang perkhidmatan dan kemudahan yang dikendalikan oleh MD Dabong beserta informasi yang menarik terutama berkaitan dengan produk-produk pelancongan yang terdapat di Dabong.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2013 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Dabong</b> lebih besar daripada Perlis - Utusan Online

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

Ab. Ramzi Ab. Rahman berucap di hadapan peserta program SMP-Utusan Malaysia baru-baru ini dan di sebelahnya Noraini Nordin dan wakil PPD Kuala Krai, Kelantan, Nik Rozman Nik Yaacob.

MEMANDANGKAN daerah Dabong lebih besar daripada negeri Perlis, maka Jabatan Majlis Pembangunan Dabong, Kelantan sedang dirancang penubuhannya, bagi membolehkan konsep kerjasama inklusif yang disarankan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - dapat dilaksanakan sepenuhnya di kawasan itu.

Di bawah majlis itu nanti akan diletakkan Jawatankuasa Kampung dan semua jabatan penting, selain memperkenalkan sistem penzonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Hal ini penting kerana Dabong lebih luas daripada Perlis," kata ADUN Dabong, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Secara berseloroh, kata Ramzi: "Bukan itu sahaja, jambatan di Dabong lebih baik daripada yang ada di Kota Bharu."

Tentang rutinnya, beliau kini kerap mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu membangunkan sektor nelayan sungai serta cuba mendapatkan subsidi baja untuk para petani di Dabong.

"Sektor nelayan sungai sangat berkembang maju dan menguntungkan kerana harga ikan sungai ini agak mahal dan semakin digemari," katanya.

Selain itu, lebih banyak publisiti akan diberikan kepada keindahan alam semula jadi di Dabong, khususnya air terjun Stong, Gua Ikan, Gunung ayam yang terkenal dengan aktiviti memanjat dan kesegaran udara dan kabus pada waktu pagi.

Sebelum ini, pihaknya juga telah membina bberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi memudahkan pengguna jalan raya singgah dan berehat, selain memberi pendapatan tetap atau tambahan kepada penduduk setempat.

"Kita juga memperuntukkan RM5 juta untuk menaik taraf jalan raya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads