03 di machang - Google Blog Search |
- Cuti Sekolah, Kenduri Kawen & Homestay <b>di Machang</b>, Kelantan
- Sederet lapan rumah kedai <b>di Machang</b> hangus - Kosmo
- Sederet lapan rumah kedai <b>di Machang</b> hangus – BorneoPost <b>...</b>
Cuti Sekolah, Kenduri Kawen & Homestay <b>di Machang</b>, Kelantan Posted: 27 Nov 2013 08:06 PM PST Sempena cuti sekolah ni belum up lagi entri homestay. kepada yang berminat kami ada menyediakan homestay di machang. sangat dekat dengan UiTM machang. Biasanya selalu disewa oleh ibu bapa yang nak hantar anak ke UiTM. untuk sebab2 lain pun boleh =) ___________________________________ Homestay ini terletak di Kg. Sungai Mas, Machang, Kelantan rumah luas sesuai untuk rombongan kenduri 5 minit perjalanan ke UiTM Machang 10 minit ke bandar Machang juga pandangan hadapan rumah pandangan bilik dari ruang tamu juga terdapat meja makan di dapur TV disediakan di ruang tamu meja solek dalam bilik pertama tiada katil (UPDATE: bilik ini sudah disediakan katil) *gambar katil akan diupdate kemudian untuk homestay ke dua kat bawah k deposit rm100 tanda booking. keutamaan keberikan kepada yang bagi deposit check in 12 tengah hari - check out 12 tengah hari keesokan harinya cikgu rosdi - 014-5128561 ________________________________________________ Homestay ini terletak di Taman Sri Intan, Machang, Kelantan. Rujuk peta di bawah untuk lebih jelas sesuai untuk keluarga kecil 5 minit perjalanan ke bandar machang dapur untuk memasak turut disediakan pandangan dapur dari ruang tamu ini adalah homestay kedua rujuk map di atas untuk mengetahui kedudukan homestay ini deposit rm100 tanda booking. keutamaan keberikan kepada yang bagi deposit check in 12 tengah hari - check out 12 tengah hari keesokan harinya cikgu rosdi - 014-5128561 |
Sederet lapan rumah kedai <b>di Machang</b> hangus - Kosmo Posted: 29 Nov 2013 07:36 AM PST Sederet lapan rumah kedai di Machang hangus29/11/2013 2:43pm MACHANG - Sederet lapan rumah kedai hangus dalam kebakaran di Kampung Membunga, Jalan Machang-Pasir Puteh di sini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Zulkifli Osman berkata, kesemua barang dalam kedai separuh papan itu tidak sempat diselamatkan kerana api cepat marak dalam kejadian pukul 8.15 malam. "Antara kedai yang musnah itu adalah kedai cermin dan aluminium, kedai peralatan komunikasi, kedai runcit, kedai membaik pulih kusyen, kedai dobi dan bengkel kimpalan, membabitkan kerugian didakwa hampir RM500,000. "Empat jentera bomba dengan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan pasukan bomba sukarela bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu," katanya kepada pemberita di sini. Zulkifli berkata, pihak bomba terpaksa mendapatkan bekalan air daripada parit berdekatan kerana bekalan air yang disalurkan ke kawasan itu oleh Air Kelantan Sdn Bhd berada pada tekanan rendah. - Kosmo! |
Sederet lapan rumah kedai <b>di Machang</b> hangus – BorneoPost <b>...</b> Posted: 29 Nov 2013 04:55 PM PST MACHANG: Sederet lapan rumah kedai hangus dalam kebakaran di Kampung Membunga, Jalan Machang-Pasir Puteh di sini malam kelmarin. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Zulkifli Osman berkata kesemua barang dalam kedai separuh papan berkenaan tidak sempat diselamatkan kerana api cepat marak dalam kejadian jam 8.15 malam. Antara kedai yang musnah itu ialah kedai cermin dan aluminium, kedai peralatan komunikasi, kedai runcit, kedai membaik pulih kusyen, kedai dobi dan bengkel kimpalan, membabitkan kerugian didakwa hampir RM500,000. Empat jentera bomba dengan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan pasukan bomba sukarela bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu, katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau berkata pihak bomba terpaksa mendapatkan bekalan air dari parit berdekatan kerana bekalan air yang disalurkan ke kawasan itu oleh Air Kelantan Sdn Bhd berada pada tekanan rendah. Beliau berkata punca kebakaran sedang disiasat. Sementara itu, pemilik kedai cermin dan aluminium, Shakran Ismail, 44, mendakwa mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila barang yang ditempah oleh pelanggan dan peralatan tidak sempat diselamatkan. Katanya ketika kejadian beliau dan keluarganya sedang bersembahyang Isyak di rumah yang tidak jauh dari kedainya dan bergegas ke tempat kejadian apabila diberitahu menerusi panggilan telefon oleh rakannya. Peniaga kedai peralatan komunikasi dan barangan runcit, Mohamad Dailami Adul Aziz, 38, berkata beliau menganggarkan mengalami kerugian hampir RM40,000. Katanya ketika kejadian beliau sedang melayan pelanggan dan menyedarinya apabila melihat api dari kedai bersebelahan dan tidak sempat menyelamatkan barang dalam kedainya. "Saya hanya sempat memindahkan kereta, itu pun nasib baik saya 'parking' di hadapan kedai," katanya. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di machang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan