Jumaat, 27 Disember 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Muzzammil&#39;s: About <b>Kuala Krai</b> Part 2

Posted: 16 Dec 2013 08:34 PM PST

d) GUA IKAN - GUA GELAP/GUA KERIS
  • Merupakan tarikan rekreasi alam semulajadi dan rangkaian gua-gua yang terkenal di Kuala Krai. Terletak kira-kira 95 km dari Kuala Krai dan 7 km dari Dabong.
  • Gua Ikan di perolehi ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan. Di percayai, terdapat peninggalan harta karun yang di sembunyikan oleh pihak tentera Jepun yang masih tidak di jumpai sehingga kini
  • Di antara aktiviti yang menarik ialah menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi dan perkelahan.
  • Di antara kemudahan yang disediakan di sekitar Gua Ikan ini ialah Dewan, Surau, Tempat Permainan Kanak-kanak, gerai makanan, tandas, tempat letak kenderaan dan papan tanda.
  • Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah sosial di kalangan remaja dan kesan vandalisme ke atas gua ikan ini.  Pemantauan yang berterusan perlu dijalankan bagi mengatasi masalah ini.
  • Terdapat gua-gua yang menarik di sekitar kawasan ini antaranya Gua Keris dan Gua Gelap direntangi oleh anak sungai yang jernih.
  • Untuk sampai ke Gua Keris, pengunjung perlu melalui Gua Gelap yang agak sukar kerana hanya boleh dimasuki dengan berjalan mengiring dan kemudian merebahkan badan secara melentang sejauh kira-kira 20 meter untuk melepasi pintu gua yang rendah dan sempit.
  • Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun juga memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.
  • Di Gua Keris pula, pengunjung perlu memanjat batu yang agak licin dan sebaik tiba di dalamnya kelihatan  'sebilah keris' yang terbentuk hasil cantuman stalaktit dan stalagmit. Gua berkenaan yang luas dan lantai yang agak mendatar dikatakan pernah didiami oleh manusia dahulu kala. Satu kawasan lapang di dalamnya dikatakan pernah digunakan sebagai tempat berlatih silat. 

e) TEMBIKAR MAMBON
  • Kampung Mambong yang terletak diseberang Sungai Galas di daerah Kuala Krai merupakan sebuahperkampungan kecil yang menjalankan perusahaan seramik.
  •  Kampung ini yang juga dikenali sebagai tempat "Seramik Mambong" memakan masa selama 45 minit dari Tangga Krai untuk ke sana dengan menaiki bot serta tambangnya amat berpatutan.
  • Perusahaan yang diasaskan oleh Tuk Bare dan diusahakan oleh Cikgu Ramli adalah merupakan perusahaan turun temurun.
  • Antara Jenis-jenis seramik yang telah dihasilkan adalah pasu hiasan , buyung,belanga dan lain-lain lagi.
  • Terdapat 7 peringkat harus dilalui untuk menghasilkan sebiji seramik.
  • Antara peringkat-peringkat tersebut adalah mesin tanah (tanah sungai),tapis tanah,ikat acuan,tuang acuan,keringkan acuan,clear dan bakar
  • Jenis-jenis seramik yang telah dihasilkan adalah pasu hiasan,buyung,belanga dan lain-lain lagi.Perusahaan ini telah diubahsuai pada tahun 1990 dan kekal sehingga sekarang
  • Kawasan perusahaan ini sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari UiTM bagi mempelajari seni halus membuat tembikar.  Walau bagaimanapun kawasan ini memerlukan penambahbaikkan kerana potensinya yang tinggi di dalam sektor pelancongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads