Jumaat, 24 Januari 2014

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Roti Tempayan Terbaik <b>di Kuala Krai</b> Kelantan - Cuti Kelantan

Posted: 21 Jan 2014 07:57 PM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog CutiKelantan.com. Bulan lepas, iaitu Disember 2013 penulis berkesempatan mencuba roti tempayan di Guchil, Kuala Krai.

Atas cadangan rakan-rakan, kami singgah di warung yang dinamakan 'kedarotippaye' atau Kedai Roti Tempayan. Lokasinya berhampiran simpang tiga lampu isyarat utama di Guchil Kuala Krai yang menghubungkan Kuala Krai, Gua Musang serta Kota Bharu. Iaitu bersebelahan stesen minyak Caltex.

kedai roti tempayan kelantan

Warungnya kecil dan biasa-biasa sahaja. Tetapi, warung sebeginilah sebenarnya yang menjadi tumpuan ramai dari kalangan penduduk setempat mahupun orang kenamaan.

Kami memesan beberapa keping roti tempayan beserta pelbagai jenis kuah seperti kuah kacang, kari daging, ayam dan kambing. Selain itu, kuah istimewa iaitu kari kepala ikan juga turut disajikan.

tempayan

Roti dibakar di dalam tempayan

Roti tempayan di sini memang terbaik dan istimewa. Lembut, gebu serta enak di makan. Doh nya diuli dengan adunan turun temurun serta dibakar pula di dalam tempayan menggunakan arang. Kaedah tradisional pembuatan roti tempayan memang menjadi keutamaan penulis.

Hidangan yang dipesan adalah roti tempayan dengan kuah kambing. Memang terangkat habis. Orang Kelantan cakap 'nyakut molek'.

roti-tempayan-kambing

Hidangan penulis dengan kari kambing

roti-tempayan-kelantan

Lembut dan gebu

Roti tempayan di sini berharga RM1.50 sekeping manakala kuahnya bergantung kepada jenis lauk. Set yang biasa dipesan adalah roti tempayan beserta kuah kari daging serta ayam yang berharga RM3.50, manakala kuah kari kambing pula berharga RM5.00. Selain makan di sini, anda boleh juga bungkus atau buat tempahan.

Bagi anda yg ingin berehat sekejap memandu dari menuju ke Kota Bharu atau ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang, bolehlah singgah mencuba roti tempayan di sini. Sememangnya terbaik.

WAKTU PERNIAGAAN

Setiap hari kecuali Jumaat (7.00 am – 7.00 pm)

TEMPAHAN

Tempahan: Deen Razali (013-959 6393)

ALAMAT

Sebelah Stesen Minyak Caltex, Guchil 2, 18020 Kuala Krai

PETA LOKASI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads