Jumaat, 24 Januari 2014

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Gerbang KBBRI: Peniaga Pasar Borong <b>Wakaf</b> Che Yeh cekik darah <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 09:34 PM PST

KOTA BHARU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan kesal terdapat segelintir peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini, mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, khususnya pelancong.

Timbalan Pengarahnya, Ab Ghani Harun berkata terdapat unsur penipuan di dalam urusan jual beli di pasar borong berkenaan di mana pelanggan yang tidak bertutur dialek Kelantan akan dikenakan harga lebih mahal.

"Kita dapat maklumat yang peniaga di sini mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang datang dari luar, mereka akan kenakan harga tinggi kepada orang luar.

"Oleh itu, kita mengingatkan semua peniaga agar meletakkan tanda harga bagi mengelak berlakunya penipuan harga," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata pihaknya mendapati terdapat lebih 70 peratus peniaga di Wakaf Che Yeh tidak meletakkan tanda harga di setiap barangan yang dijual.

"Kita akan rampas barang yang tidak diletakkan tanda harga dan peniaga juga boleh berdepan hukuman di mahkamah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ab Ghani berkata terdapat lebih 403 kes melibatkan peniaga tidak meletakkan tanda harga telah direkodkan sepanjang tahun lepas.

"Tahun ini, lebih 50 kes direkodkan dan dalam operasi semalam terdapat 11 kes melibatkan nilai rampasan sebanyak RM5,000 dalam operasi di Wakaf Che Yeh," katanya.

Beliau berkata operasi pemantauan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi meyakinkan pengguna bahawa kerajaan serius dalam menangani isu kenaikan harga sejak akhir-akhir ini.

Sumber: BERNAMA | 21 Januari 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads