Rabu, 1 Januari 2014

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


D'wajah Kita: Cabaran baru..

Posted: 31 Dec 2013 10:59 PM PST

Selamat tahun baharu 2014.Syukurlah pagi ini terjaga sendiri.Dengan mood biasa,bangun untuk meneruskan rutin pagi yang terancang tapi normal.Tidak dinafikan,rasa ngantuk akibat berjaga malam tadi sedikit mengesankan.Apapun,kebiasaan dengan mudah mengenepikan ketidakpuasan tidur.Anak-anak yang bercuti masih lena di bilik masing-masing.Permukaan pagi berwajah redup tapi meyakinkan bahawa,kebarangkalian hujan boleh dijangka.Semuanya takdir Allah belaka.Pokok pangkalnya kita redha dan bersedia dengan pelbagai kemungkinan.Itulah sepatutnya ada dalam minda seorang hamba seperti kita.Jangan perkecilkan kesedihan dan kepedihan yang sedia ditanggung oleh rakyat jelata selama ini bila berdepan tentang musim tengkujuh di hujung tahun.Jangan dianggap keluh kesah mereka itu hanya sandiwara semata-mata apalagi berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.
Semua orang menzahirkannya samada berbentuk luahan perasaan atau rintihan senyap.Tidak kurang yang melakarkan melalui gumpalan kata-kata di media sosial dan seringkali pula mewujudkan polemik berterusan.Getar perasaan inilah yang mencetuskan pelbagai kaedah kemarahan dan kebencian.Itulah realiti sebenar hari ini.Malangnya semua itu jarang diambil ikhtibar oleh Kerajaan yg pantas pula direbut kesempatan pihak pembangkang dengan senangnya menyalakan sikap kritis dan kebencian meluap-luap.Status kehidupan yang memerlukan banyak punca untuk keselesaaan cukup cepat dipergunakan pembangkang sebagai membalas percaturan yang gagal dalam PRU 13.Semua itu tidak dinafikan bila ramai tokoh2 pembangkang memanipulasi keadaan dengan berkesan.Kesilapan ini perlu disedari secepat mungkin sebelum terlambat.Pastikan keberkesanan sistem penyampaian Kerajaan boleh mengatasi sentimen benci dan dendam yang tidak putus2 diterjemahkan oleh pembangkang
Pagi ini di tahun baru 2014.Perjalanan selesa dan menggembirakan menggambarkan tidak adanya impak besar di sebalik riuh rendah laporan polis tentang persediaan 'mengguling kerajaan' yg disembunyikan di sebalik sambutan ambang 2014 nanti.Berita yg terpapar di media sekadar menyingkap kebiadapan dan kebodohan rakyat kita yang beriya-iya sangat inginkan perubahan  tanpa berfikir sedikitpun,mereka sebenarnya telah dipergunakan.Syukurlah,Allah masih bersama kita,walaupun bumi masih basah dengan hujan renyai2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads