Rabu, 1 Januari 2014

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


2 Lelaki Bertopeng Rompak Kedai Runcit Dengan M-16 <b>Di Tanah</b> <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2013 12:00 AM PST

TANAH MERAH – Dua penjenayah bertopeng dengan seorang darinya bersenjatakan rifal M-16 nekad melakukan rompakan ala koboi di sebuah kedai runcit di bandar Tanah Merah apabila melepaskan satu das tembakan ke arah peti sejuk di kedai berkenaan malam tadi.
Malangnya, dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mereka hanya dapat melarikan RM300 yang diambil dari mesin wang di kedai berkenaan.
Ketika kejadian tiada pelanggan di dalam kedai dan kedai dijaga dua pekerja lelaki serta wanita.
"Dua lelaki bertopeng masuk ke dalam kedai dengan seorang daripadanya bersenjatakan M-16 terus melepaskan satu das tembakan ke arah peti sejuk berhampiran kaunter bayaran sebelum menunggu di pintu masuk kedai.
"Seorang lagi penjenayah yang bersenjatakan parang mengacukan senjata itu di bahu seorang pekerja wanita yang menjaga kaunter bayaran. Dia kemudian mengambil wang di mesin wang sebanyak RM300 sebelum kedua-dua penjenayah itu terus melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, selepas menerima laporan kejadian itu, sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan Ops Cantas Khas mengesan kereta suspek di kedai makan kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.
Ketika anggota polis menghampiri kereta suspek, tiba-tiba tiga lelaki yang sedang minum di kedai makan berhampiran melarikan diri. Seorang suspek berjaya ditahan, manakala dua lagi melarikan diri.
Lelaki yang ditahan berusia 51 tahun dan berasal dari Rantau Panjang. Senjata M-16 digunakan ditemui di tempat duduk belakang kereta dan dua lagi suspek yang dipercayai melarikan diri ke Kampung Bukit tebu kini sedang diburu. – Metro

Lelaki memperdagangkan orang ditahan <b>di Tanah Merah</b> ABN <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 12:41 AM PST

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Kelantan menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pemerdagangan orang dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah pada Khamis lepas.

Pengarahnya Mahasan Mustapa berkata, lelaki berusia 46 tahun dan berasal dari Tanah Merah itu ditahan bersama 24 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang menaiki sebuah bas yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.45 malam.

"Siasatan awal mendapati pendatang terbabit diseludup masuk melalui sempadan Malaysia-Thailand sebelum menaiki bas dua tingkat yang disewa khas untuk dihantar ke Kuala Lumpur,"  katanya hari ini.

Mahasan berkata, sebelum itu pihaknya membuat pemeriksaan di sekatan jalan raya di kampung tersebut bersama Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) bagi mengesan kemasukan pendatang tanpa izin.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu pihaknya turut menahan pemandu bas dan pemandu kedua yang berusia 44 dan 45 tahun bagi membantu siasatan, dan dibebaskan setelah selesai mengambil keterangan daripada mereka.

"Pendatang terbabit yang berusia antara 17 dan 52 tahun ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Mahasan berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda tanpa had atau kedua-dua sekali.

Beliau berkata, semua pendatang terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 Pindaan (2002). – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads