ads

Khamis, 16 Januari 2014

03 di pasir mas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di pasir mas - Google Blog Search


Sebanyak 15 sekolah <b>di Pasir Mas</b> ditutup akibat banjir | The <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 11:03 PM PST

KOTA BAHARU, 13 Jan:  Sebanyak 15 sekolah di jajahan Pasir Mas terpaksa ditutup hari ini akibat banjir.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Setol; SK Kok Pauh; SK Kubang Kua; SK Kampung Baru; SK Gual To Deh; SK Seri Rantau Panjang 1; SK Seri Rantau Panjang 2;

SK Rantau Panjang; SK Gual Sintok; SK Gual Tinggi; SK Kampung Rahmat; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram; SABK Diniah Bonggor; dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon.

Hussain berkata sebanyak 6,799 murid dan 569 guru terlibat dengan penutupan sekolah-sekolah berkenaan, lapor Bernama.

Beliau berkata sekolah berkenaan akan beroperasi semula apabila keadaan banjir pulih.

"Kami sentiasa mendapatkan perkembangan keadaan semasa banjir di setiap sekolah daripada setiap Pejabat Pelajaran Daerah dari semasa ke semasa dan apabila keadaan dilaporkan pulih sepenuhnya sekolah terbabit akan dibuka semula," katanya dalam kenyataan di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved