ads

Jumaat, 10 Januari 2014

03 di pulau melaka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Rumah papan hijau popular <b>di Pulau Melaka</b> — HarakahDaily

Posted: 16 Sep 2013 12:50 AM PDT

KOTA BHARU: Sekarang Pulau Melaka sudah banyak berubah. Lebih istimewa lagi disitulah terletaknya kediaman Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rumah papan berwarna hijau di belakang Masjid Tok Guru tercatat lokasi popular di Kelantan. Jarang orang tidak mengenalinya.

Sepanjang 23 tahun bermula Oktober 1990, kereta rasmi kerajaan negeri sering keluar masuk ke situ. Parkir menempatkan kenderaan yang membawa Tok Guru Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim setiap pagi.

Bertandang ke situ tidak perlu membuat temujanji, boleh berjumpa Menteri Besar pada waktu solat di masjid. Bagaimanapun bermula 6 Mei 2013, Tok Guru tidak lagi perlu bekejar ke Kota Darulnaim, masa rehatnya di rumah lebih panjang.

Keuzuran dan faktor usia membuatkan beliau menyerahkan tugas kepada Ustaz Datuk Ahmad Yakub.

"Biar pun bukan lagi sebagai Menteri Besar, namun tetamu dan orang ramai tidak putus-putus mengunjungi ayah," kata anaknya, Ustaz Nik Omar.

Darul Anuar berada dalam linkungan kediaman Tok Guru. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan persendirian warisan Tok Guru.

(Cerita lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang)


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved