ads

Jumaat, 10 Januari 2014

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


<b>Wakaf</b> Che Yeh lokasi tumpuan <b>baru</b> « Persada

Posted: 06 Jan 2014 05:10 PM PST

KOTA BHARU – Sekalipun terdapat pasar malam di lokasi antara Kubang Pasu dengan Buluh Kubu tetapi para pengunjung pada waktu malam kini sudah tertumpu di kawasan Wakaf Che Yeh dan bandar baru Kubang Kerian.

Lebih dua dekad yang lalu di persekitaran tersebut terdapat warung-warung kawasan flat Buluh Kubu dan suasana di luar pasar Siti Khadijah namun kini sudah dilihat lengang dan tiada aktiviti perniagaan yang menyajikan makanan tempatan di situ pada waktu malam.

"Sebut sahaja pasar malam padang bas atau warung Buluh Kubu sudah terbayang hidangan (kopi o) panas yang sinonim dengan selera pengunjung yang lebih selesa menikmati hidangan kuih muih yang antaranya terkenal juadah, akok, nasi tumpang, netbat dan pelbagai jenis nasi,'' kata Yusuf Zakaria, 60, yang membuka warung di kawasan Flat Buluh Kubu.

Yusuf berkata, kini perniagaannya hampir lumpuh kerana kawasan persekitaran Buluh Kubu bila malam menjelang tiba suasana bertambah lengang berikutan munculnya bandar baru di lokasi Wakaf Che Yeh dan Kubang Kerian.

Suasana Wakaf Che Yeh yang popular dengan perkembangan perniagaan yang pesat yang sesetengah barangan mempunyai rangkaian di seluruh negara. Premis penginapan empat bintang seperti Holiday Villa dan sedang dibangunkan dua atau tiga buah hotel bertaraf empat bintang yang akan menyaksikan Wakaf Che Yeh bertukar wajah.

Mohd. Shaufi Ahmad merupakan anak tempatan yang kini diberi tugas menerajui hotel Holiday Villa Kelantan Wakaf Che Yeh melahirkan perasaan bangga kerana lokasi wakaf Che Yeh yang mana Holiday Villa beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu menerima ramai kedatangan pelancong dari luar dan dalam negeri.

"Kita tidak menafikan kemungkinan hotel-hotel mewah akan muncul lagi selain Holiday Villa di kawasan ini yang sangat berpotensi dalam industri makanan dan pelancongan kerana adanya di persekitaran pasar menjual makanan dan barangan pertanian yang dihasilkan oleh penduduk tempatan termasuk ikan segar,'' katanya yang berpengalaman luas di bidang pengurusan hotel.

Bagi jurugambar komersial, Hisham Osman,40, menaruh keyakinan bandar baru Kubang Kerian dan Wakaf Che Yeh akan terus berkembang berikutan para pelawat mahukan fenomena yang santai dan suasana perniagaan yang bertaraf antarabangsa.

"Saya kagum dengan perkembangan perniagaan yang sangat maju di lokasi Wakaf Che Yeh yang juga merupakan bandar baru yang menarik minat orang ramai ke destinasi itu kerana terdapatnya gedung-gedung perniagaan makanan dan hotel mewah yang akan dibangunkan selain hotel Holiday Villa milik ahli perniagaan Bumiputra tempatan,'' katanya yang berkelulusan dari Sekolah Chung Hwa, Kota Bharu dan fasih berbahasa Cina.

//sinar

SK <b>WAKAF BHARU</b>: Warga pendidik <b>di</b> Kelantan sambut baik

Posted: 11 Sep 2013 06:51 PM PDT

KOTA BHARU 9 Sept. - Warga pendidik di Kelantan menyambut baik inisiatif kerajaan untuk mewujudkan 10,000 jawatan pembantu pentadbiran di sekolah seluruh negara bagi membantu meringankan beban guru dalam tanggungjawab pentadbiran.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Parang Puting, Sharifah Faridah Syed Bulat, 57, berkata, semua guru sememangnya melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi dalam mendidik murid.
Bagaimanapun, katanya, ada ketikanya guru terlibat dalam kerja-kerja pentadbiran di sekolah dan ia sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan mereka dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P).
"Justeru kami mengalu-alu apabila terdapat usaha di pihak kerajaan bagi mewujudkan jawatan pembantu tadbir di sekolah kerana pastinya dapat mengurangkan beban tugas guru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dia diminta mengulas rancangan kerajaan mewujudkan 10,000 jawatan pembantu tadbir di sekolah bagi membantu meringankan beban guru dalam tanggungjawab pentadbiran.
Bagi guru sekolah SK Sering, Rosmawaty Mamat, 42, pula, inisiatif kerajaan itu dilihat mampu memperkasa tugas dan peranan guru di sekolah iaitu mendidik murid bagi melahirkan modal insan kelas pertama.
"Justeru, rancangan kerajaan untuk mengwujudkan jawatan berkenaan mampu membantu guru melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan," katanya.
Guru SK Pendidikan Khas, Lati, Pasir Mas, Kamarul Hafiz Kamaruzzaman, 26, pula melahirkan rasa gembira kerana kerajaan amat peka dengan permasalahan yang dihadapi oleh warga pendidik di sekolah.
"Banyak perkara menjadi tanggungjawab guru untuk dilaksana dalam mencapai wawasan pendidikan negara, antaranya pelaksanaan Ko-Standard Sekolah Rendah yang memerlukan setiap projek disiapkan bersama bahan bukti.
"Kerja itu cukup mencabar guru dan dengan mewujudkan jawatan pembantu pentadbiran di sekolah, ia mampu mengurangkan beban kerja berkenaan," katanya.
Guru SK Tengku Indera Petra, Hazlee Yusoff, 38, turut mengalu-alukan inisiatif kerajaan itu mengambil kira beban tugas guru.
"Dengan bantuan pembantu tadbir ini, guru tidak lagi terbeban dengan kerja perkeranian dan mampu memberi tumpuan mendidik murid untuk menjadi warga negara bangsa yang seimbang," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved