Sabtu, 25 Januari 2014

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


<b>PULAU</b> BESAR <b>MELAKA</b> YANG SENANTIASA `KERAMAT

Posted: 22 Jan 2014 12:04 AM PST


Pelbagai peristiwa ganjil yang berlaku di Pulau Besar sejak lama lagi. Secara kebetulan dan dengan izin Allah, ada yang mendapat jodoh selepas beribadat di sana. Ada yang mendapat anak selepas bernazar. Ada juga kejadian bot karam akibat keceluparan diri sendiri.
Pada penulis, ada 2 kejadian besar yang berlaku kerana ada kaitan dengan `Sumpahan Pulau Besar' iaitu kemarau teruk dan kerugian besar Pandanusa.
Kemarau melanda Melaka yang dipercayai akibat daripada perobohan makam makam untuk mengelakkan perbuatan kurafat. Mungkin ada makam yang sahih oleh pendakwah Islam yang tersilap telah dirobohkan. Kamarau teruk ini diburukkan dengan kolam teduhan tercemar dan terpaksa di keluarkan air. Bekalan air mentah dan dirawat menurun mendadak.
Pandanusa adalah sebuah resort bertaraf 4 atau 5 bintang suatu masa dahulu. Selain daripada kemudahan penginapan dan lot bangalow, Pandanusa juga mempunyai Padang Golf 18 lubang (tidak pasti jumlah lubangnya). Pandanusia tidak menjual arak tetapi pelanggan tidak dilarang membawa arak dan `girl friend mahupun boyfriend'. Maksiat berlaku di pulau ini. Di percayai para Wali Allah memohon kepada Allah melindungi Pulau ini dan berlakunya kejadian ganjil.
Pemilik Pandanusa Tan Sri Wan Azmi dari Kelantan, seorang ahli perniagaan yang faham dengan situasi di Pulau Besar. Beliau banyak membelanjakan wang untuk membangunkan Pulau Besar. Pertamanya kos pembelian tanah. Sebahagian besar daripada tanah di Pulau Besar kepunyaan Tan Sri Wan Azmi atau Pandanusa. Beliau secara berfasa membeli feri dan membeli tanah di Anjung Batu membina jeti. Kemudahan ini amat mustahak di dalam perniagaan hotel di pulau.
Malangnya perniagaan Pandanusa tidak menguntungkan. Kerugian terkumpul yang tinggi dicatitkan. Kualiti perkhidmatan penginapan tidak dijaga baik. Kualiti makanan tidak memuaskan sehinggakan Kerajaan Melaka tidak mahu mengadakan seminar atau program di Pulau Besar. Apabila ini berlaku, pelancong tidak datang dan jualan akan merendah. Bisnes lain milik Tan Sri Wan Azmi termasuklah DeBono Industries Sdn Bhd, sebuah pekilang komposit yang beroperasi di Bukit Rambai dan kemudiannya berpindah ke Perindustrian Cheng. Bisnes ini pun mengalami kerugian besar. Begitu juga dengan bisnes Rohas Group yang beribupejabat di Kg Baru.
Secara amnya, Pandanusa gagal menukar Pulau Besar sebagai pusat pelancongan dan sukan golf. Selain daripada halangan `kesilapan manusia', halangan `keghaiban' memainkan peranan juga.
Keganjilan yang terkini dan terakhir ialah hasrat `Sultan Melaka' membuat kenduri kesyukuran sempena pertabalan `Baginda' sebagai `Sultan Melaka'. Beliau ditangkap di Jeti Anjung Batu lagi sebelum sempat berlepas ke Pulau Besar. Mengadakan kenduri yang dipenuhi dengan bacaan AlQuran amat baik cuma niatnya kurang sempurna iaitu penabalan `Sultan Melaka' yang palsu.   

Penulis harap para pengunjung yang ingin ke Pulau Besar atas urusan melancong atau beribadat di masjid dan surau di sana, diharapkan tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Islam. Kita boleh sedekah Al Fatihah kepada para wali Allah tetapi bukan meminta para Wali Allah yang memakbulkan hajat masing masing. Mohonlah pada Allah. Keduanya niatnya juga untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan manusia sejagat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads