Sabtu, 25 Januari 2014

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2014 03:30 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jul 2013 03:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 03:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2013 03:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 25 May 2013 03:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2013 03:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2013 03:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 03:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 04:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

pkr akan pastikan adun pas <b>gaal</b> diterajang keluar <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 01 Feb 2013 04:30 AM PST


Memang cari fasal sungguh ADUN Gaal nih!

Nik Azian Nik Mohamad yang merupakan ADUN PAS di Gaal, Kelantan mencadangkan agar para pengundi memilih calon UMNO sekiranya PKR mencalonkan bukan Islam untuk kerusi yang dipertandingkan. Alasannya, calon beragama Islam dari UMNO itu akan memastikan Islam di negara ini terjaga dan dimartabatkan berbanding calon PKR.

Cakap-cakap retoriknya selepas itu, sekadar menjadi alasan semata-mata untuk melindungi 'keterlanjurannya' yang mencadangkan agar calon UMNO diutamakan dan dipilih berbanding PKR.

Tidak dapat dipastikan sama adalah ADUN Gaal itu sebenarnya penyokong kuat Nasharuddin Mat Isa atau sebaliknya. Atau dia sebenarnya memberikan isyarat kepada Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan, bahawa dia semakin nyanyuk dan pendapat-pendapat serta kenyataan-kenyataannya lebih banyak merapu berbanding berpijak ke bumi nyata.

ADUN PAS itu seharusnya sedar, sebarang kenyataan yang mengguriskan hati dan perasaan para pemimpin PKR, akan turut sama mengundang kemarahan Nik Abdul Aziz. Dia pasti akan ditimpa musibah dan natijah yang cukup besar kerana kemarahan Nik Abdul Aziz. Silap-silap, namanya mungkin akan tercicir daripada senarai calon PAS Kelantan.

Dalam keadaan sekarang, PAS tidak boleh menerima mana-mana pemimpin serta ahli-ahlinya yang berani memperkatakan tentang kebenaran dan menolak kebatilan. PAS hanya memerlukan para pemimpin dan ahli-ahli yang boleh mengangguk atau menadah kepala untuk diludah dan dikahak oleh PKR dan DAP sahaja. Selain daripada itu, tidak diperlukan.

Kita nantikan sahaja apa bala yang akan diterima oleh ADUN Gaal itu. Kalau dia tidak dipecat daripada menjadi ahli PAS pun, dah dikira mujur kerana kenyataan terbarunya itu.

ADUN PAS menggesa pengundi Islam agar memberi undi kepada calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon mereka dikalangan bukan muslim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gaal daripada PAS, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dipetik portal Mole.my sebagai berkata bahawa adalah lebih baik mengundi calon beragama Islam bagi memastikan prinsip Islam dipertahankan.
"Dalam memilih antara calon Umno beragama Islam dan calon PKR, pengundi mesti menilai calon mana adalah lebih baik.
"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya.
Selain itu katanya umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan kepimpinan iaitu tadbir urus secara Islam dan bukan Islam.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2012 03:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PAS Tewas Teruk Jika Nik Aziz Tiada

Posted: 04 Nov 2012 08:15 PM PST

Bukan lagi rahsia pun, kekuatan utama PAS di Kelantan terletak pada pengaruh peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besarnya, yang sejak 22 tahun lalu berjaya dipotretkan oleh jentera propaganda PAS sebagai seorang tokoh ulama dan tok guru.

Malah kekuatan PAS di peringkat pusat juga banyak bergantung harap pada pengaruh Mursyidul Am PAS itu sehingga menenggelamkan ketokohan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Tanpa kehadiran Hadi, PAS masih boleh bertahan dalam arena politik tanahair namun tanpa kelibat Nik Aziz, nescaya PAS Kelantan dan PAS Pusat bakal terkontang konting tak ubah seperti anak ayam yang kehilangan ibunya.

Itu kepercayaan dan keyakinan yang sudah sebati dalam minda sebilangan besar penyokong dan pemimpin PAS di seluruh negara, kecuali di Kedah dan Terengganu.

Jenama tok guru yang dipotretkan pada batang tubuh Nik Aziz itu pun asalnya merupakan idea dan taktikal strategik PAS hasil dari pengamatan terhadap penghormatan besar yang diberikan masyarakat Kelantan kepada para tok guru pondok yang banyak berjasa memperkembangkan Islam.

Realitinya, bagi sebahagian besar masyarakat pondok masa kini kelibat Nik Aziz tidakpun dianggap sebagai seorang tok guru, lebih-lebih lagi sejak umum mengetahui Kerajaan PAS Kelantan lebih banyak membantu dan menyumbang wang ringgit untuk pembinaan berhala tokong yang tingginya jauh mengatasi menara masjid.

Tapi masjid tempat umat Islam beribadat baru hanya satu didirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz, itupun sebahagian besar sumbangan datangnya dari orang ramai.

Sebelum gelaran tok guru surat pekeliling di cop atas dahi Nik Aziz, beliau hanya digelar sebagai ustaz sahaja, malah hingga kini ramai pimpinan PAS Kelantan yang rapat dengannya, apabila berbicara dengan MB Kelantan itu mereka membahasakan diri Nik Aziz dengan panggilan ustaz sahaja.

Hanya bila berdepan dengan khalayak ramai atau di atas pentas ceramah sahaja, gelaran tok guru diguna pakai atas maksud untuk kepentingan politik mengabui mata khalayak.

Kini apabila timbul desakan demi desakan semakin kuat menuntut Nik Aziz mengundurkan diri sama ada sebagai MB Kelantan mahupun sebagai Mursyidul Am PAS, ramai pemimpin PAS melihat senario tersebut sebagai satu ancaman besar terhadap kelangsungan pengaruh PAS.

Lebih-lebih lagi apabila suara desakan tersebut turut membabitkan sesetengah pemimpin PAS sendiri termasuklah pandangan sinis dari ADUN Gaal yang menyarankan supaya Nik Aziz berundur untuk membolehkan generasi muda PAS mengambil alih tampuk kepimpinan parti.

PAS tahu jika suara-suara desakan sedemikian dibiarkan terus berkumandang, buruk kesannya pada prestasi PAS pada masa depan. Maka mahu tidak mahu, sebahagian pemimpin PAS yang lain terutama dari Kelantan terpaksa tampil mempertahankan Nik Aziz.

Sejak seminggu lalu kita dapat lihat berduyun-duyun pemimpin PAS Kelantan terutama sekali yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri tampil dengan pelbagai kenyataan menyokong Nik Aziz termasuklah yang memuja muji 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Pada mereka, Nik Aziz tetap masih diperlukan sekalipun tahap kesihatannya sekarang seringkali merencatkan perjalanan urus tadbir negeri dan parti, namun alasan 'ketajaman fikiran' dan 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB serta pemimpin utama PAS dijadikan sandaran untuk membuktikan kemampuan orang tua itu untuk terus menerajui Kelantan dan parti.

Entah celah kangkang mana yang hebatnya orang tua tak sedar diri itu hanya pemimpin PAS yang tahu. Mungkin masing-masing masih mengharapkan keramat air selipar Nik Aziz untuk keberkatan masa depan politik mereka, barangkali ada betulnya.

Apapun, senario ini menjelaskan lagi betapa masih ramai pemimpin PAS dan penyokong mereka tetap utuh berpegang pada doktrin lama bahawa tanpa Nik Aziz bermakna masa depan PAS akan kabur. Dengan kata lain mereka takut sekiranya tanpa Nik Aziz, PAS akan tewas teruk dalam PRU akan datang.

Hakikatnya, bagi kita di pihak UMNO pula, adalah lebih baik Nik Aziz terus kekal ego dengan sikap gila kuasanya, dengan demikian masyarakat umum lebih faham bertapa bernafsunya seorang politikus berlabel tok guru jadi-jadian itu.

JOKIDEN: Lagi Dan Lagi Petanda Pas Akan Kalah <b>Di Kelantan</b>.

Posted: 24 Mar 2013 07:45 PM PDT

Minta maaflah, tajuk di atas memang saya suka sangat. 
Jokiden pernah menulis di sini, kali inilah sekiranya jentera BN Kelantan memasuki gerbang PRU13 dengan penuh tenaga dan ceria, rasanya sohihlah Kelantan akan dapat ditawan. Dulu-dulu tidak ramai yang berani nak 'mengucapkan' selamat tinggal' kepada PAS dan perjuangannya ini terutamanya di Kelantan.
Sejak mutakhir ini gelombang merah seolah-olah tidak dapat disekat lagi dan PAS kelihatan semakin terdesak untuk mempertahankan diri daripada asakan UMNO/BN. Yang bakal penentu mungkin hanyalah pengundi luar yang berjumlah beratus ribu tersebut kerana selalunya apabila kembali ke Kelantan mereka akan teruja untuk mengundi PAS.
Dulu jika adapun yang keluar atau menunjukkan tentangan terhadap PAS hanya segelintir dan PAS mudah sahaja mengatakan itu sebenarnya orang-orang UMNO yang diupah untuk berlakon.Namun sekarang daripada penduduk di desa pendalaman sanggup berdemo di dalam hutan dan kebun sehinggalah kepada tok-tok lebai yang berserban di bandar-bandar semuanya beranai mengucapkan 'selamat tinggal' kepada PAS.
Ombak perubahan dan semangat 'tukar' kini rasanya adalah lebih kuat daripada apa yang pernah dialami pada tahun 2004 dahulu. Rakyat sudah semakin jelas dengan penipuan PAS dalam soal pembangunan dan juga dalam soal mempertabatkan Islam.
Rakyat Kelantan sudah semakin menerima perjuangan UMNO untuk menaikkan syiar Islam di negara ini walaupun tanpa slogan yang molek-molek. Mereka sudah mula menyedari bahawa segala-galanya tentang Islam adalah hasil perjuangan UMNO.
Namun masih ada yang tegar dan percaya dengan kata-kata Tok Guru bahawa UMNO tolak Isle, UMNO Assobbiyah dal pelbagai tuduhan lagi. Namun mereka juga melihat PAS telah terlalu condong ke arah sekularisma apabila bersetuju menjalin kerjasama dengan DAP dan PKR.
Banyak perkara yang suatu masa dahulu menjadi kepantangan PAS kini semuanya sudah boleh diterima dan dipraktikan oleh kepimpinan PAS semata-mata untuk meraih sokongan daripada ahli DAP. Ini sebenarnya telah membuka lebih banyak mata dan minda rakyat Kelantan sendiri. Akhirnya mereka berpendapat UMNO jauh lebih baik dari PAS.
Sekurang-kurangnya UMNO cakap serupa bikin, sebaliknya PAS cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa PAS. 
SEBAHAGIAN penduduk melaungkan kata-kata 'Selamat Tinggal Pas' pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID
SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID
MOHD. Zawawi Awang berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID
PASIR PUTEH 25 Mac - Perjuangan Pas yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar menyaksikan lebih 6,000 ahli dan penyokong parti itu telah berpaling tadah dan menyatakan komitmen mereka untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, sokongan kumpulan berkenaan diyakini akan membantu UMNO dan BN merampas semula kerusi Parlimen Pasir Puteh dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gaal, Semerak, Selising dan Limbongan.
Beliau berkata, penyertaan bekas ahli dan penyokong Pas dalam UMNO itu dibuat secara berkelompok sama ada menerusi perisytiharan rasmi atau secara senyap yang dilakukan di setiap cawangan dan kampung sejak 2010 lagi.
"Ia turut digerakkan oleh bekas ahli Pas tegar dan penyokong kuat parti itu yang menubuhkan Majlis Selamat Tinggal Pas (MSTP) bagi mengukuhkan jentera mereka sendiri untuk menarik lebih ramai ahli Pas menyertai UMNO," katanya berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis di sini malam tadi.
Turut berceramah ialah aktivis dan bekas penyokong tegar Pas yang juga penulis buku Kafirkah Aku?, C. N. Al-Afghani; bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas negeri, Shaidi Husin dan aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.
Menurut Zawawi, penyertaan kumpulan itu turut memberi kekuatan kepada UMNO apabila mereka secara sukarela tampil sebagai penceramah bebas bagi memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai pelbagai isu dan kepincangan kepimpinan Pas.
"Pengalaman mereka berjuang bersama Pas sejak sekian lama banyak membantu mendedahkan pelbagai kepincangan kepimpinan, isu dalaman dan perjuangan parti itu untuk pengetahuan umum," katanya. - UTUSAN ONLINE
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Petisyen PAS <b>Kelantan</b> ditolak mahkamah ~ Gendang Perang

Posted: 10 Jul 2013 07:48 AM PDT

Mahkamah tolak petisyen Pas batal keputusan PRU13

KOTA BHARU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Pas untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.

"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu.

Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000.

Pada PRU13 lalu, Dun Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang mengalahkan calon Pas, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.

Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Selising, Semsudin Muhammad. Pada prosiding hari ini, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada Pas bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN.

Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu.

Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan DUN Jelawat, serta dari 1 hingga 5 Sept untuk tarikh perbicaraan petisyen Dun Gaal.

Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 Sept sebagai tarikh perbicaraan.

Barisan peguam yang mewakili Pas dan PKR diketuai Hisham Fauzi. Pada pilihan raya umum lalu, Pas menguasai 32 kerusi Dun di Kelantan berbanding BN yang memenangi 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Bagi kerusi Parlimen, BN memenangi lima daripada 14 kerusi, yang lainnya dimenangi Pas. Mohd Hafarizam, yang ditemui pemberita selepas itu, bersyukur dengan penolakan petisyen Dun Selising atas faktor tidak memenuhi peruntukan undang- undang.

Katanya, ia keputusan wajar kerana tidak ada asas untuk mahkamah meneruskan perbicaraan.

Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila tiga daripada petisyen yang difailkan BN tidak ditolak dan memberi peluang untuk saksi memberi keterangan pada perbicaraan nanti.

"Kami amat bersyukur dan gembira kerana tiga petisyen yang difailkan tidak ditolak tetapi telah ditetapkan untuk perbicaraan. Ini merupakan satu penanda aras untuk rakan kami di negeri lain pertahankan (21) petisyen yang difailkan BN. Ia adalah petisyen yang kukuh dan wajar untuk dibawa ke perbicaraan," katanya. - Bernama

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2013 03:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 03:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jan 2013 03:35 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bicara <b>Kelantan</b>: PENCINTA KEDAI KOPI WAJIB BACA! 7 JANJI <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2013 08:57 PM PST


Dan sekarang seperti skrip yg biasa2 kita dengar di kedai2 kopi. Orang Hijau masih rancak duk perlekeh dan persendakan 7 janji YAB PM yg akan dilaksanakan di Kelantan.

Dan ayahanda tercinta Dato Husam Jamnapuri sekali lg buat kenyataan bodoh..

"Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yg dijanjikan"
yg bab royalti minyak tu satu hal, belum masa utk di ulas. bila Kickdefella cabar Presiden ROYALTI berdebat, si Husam ni xkasi debat pasal dia tahu akan kalah. kihkihkih.. maknga punyer org!
ok, berbalik kepade 7 JANJI NAJIB, tlng baca dan ingt dlm kepala.
1. Highway KB - K.Krai (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
 Laporan Audit Negara 2011 menjelaskan peruntukan yg diberi oleh pusat kpd kerajaan negeri utk kerja-kerja jalan pun tak dapat dilaksanakan dgn baik.
Pengauditan yang dijalankan pada bulan September hingga Disember 2011 mendapati secara keseluruhannya, pelaksanaan kerja penyenggaraan jalan negeri adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam perenggan-perenggan berikut. Secara ringkasnya, kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah:
· Rancangan membaru muka jalan tidak dilaksanakan.
· Kualiti kerja penurapan kurang memuaskan.
· Kerosakan permukaan dan bahu jalan tidak disenggarakan dengan baik.
· Penyenggaraan perabot jalan tidak dilaksanakan.
· Jambatan dan pembetung tidak disenggarakan serta longkang tersumbat.
· Perbelanjaan tidak mengikut Arahan Amanah.
Dalam tempoh 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sejumlah RM111.32 juta atau 42.9% daripada sejumlah RM259.73 juta pemberian Kerajaan Persekutuan untuk penyenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PTJ dan PBT.
- Rujuk Laporan Audit 2011
Macamana?? Peruntukan yg kerajaan pusat beri utk jln negeri pun xdapat buat dgn baik, ni nak buat highway? puii..
2. Stadium Baru bagi menggantikan SSMIV (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
Laporan audit menyebut dalam dalam projek pembangunan Lembah Sireh usahasama antara kerajaan Negeri dgn syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd, syarikat tersebut mesti membina beberapa buah projek fizikal termasuk sebuah Stadium Tertutup Wanita yg sepatutnya siap pd 2007 bernilai RM25 juta sbg timbal balas kpd pajakan tanah seluas tidak melebihi 1000 ekar tetapi masih gagal dilaksanakan. Ini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan negeri dlm mengurus tadbir projek.
- Rujuk Laporan Audit 2011
macamana?! nak buat stadium baru konon.. Stadium yg korang pakat dgn Liziz Standaco pun xbuat2 lg. Spatut da siap 2007. sekarang da berapa tahun??! puii..
3. 3000 Perumahan Rakyat (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
Laporan Ketua Audit Negara 2011 menegur kelemahan kerajaan Pas Kelantan dalam projek membina Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) biarpun diberi peruntukkan sebanyak RM19 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Melalui peruntukan itu kerajaan negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah. Daripada peruntukkan tersebut sebanyak RM8.33 juta telah dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu tetapi projek RAKR masih tidak berjalan sepenuhnya.  
Dalam tempoh RMK-9 tiada langsung projek RAKR dibina sebagaimana yang dirancang malah pembinaan projek sambungan RMK-8 secara usaha sama melibatkan dua blok pangsapuri yang mempunyai 160 RAKR di Wakaf Mek Zainab tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebanyak 56 daripada 100 unit rumah yang dibina di RAKR Gaal, Pasir Puteh belum dapat dijual walaupun projek tersebut siap tahun 2007. Sehingga akhir tahun 2010, tunggakan ansuran sewa beli dan sewa rumah berjumlah RM9.40 juta. Seramai 56 pembeli belum menjelaskan bayaran pembelian rumah secara terus berjumlah RM2.45 juta walaupun rumah tersebut diduduki/diserah kunci melebihi setahun.
Audit turut memberi pandangan bahawa kelemahan perancangan menyebabkan pelaksanaan projek RAKR di Kelantan tidak dapat dilaksanakan.
Kegagalan Kerajaan Negeri membina rumah sebagaimana yang dirancang menyebabkan rakyat memerlukan rumah kos rendah tidak dapat memilikinya terutama bagi 1,913 pemohon yang berdaftar sehingga akhir tahun 2010.
Laporan itu turut menyatakan sepanjang tempoh perlaksanaan RAKR Kelantan (1976-2010) sebanyak 4,768 unit rumah dibina oleh kerajaan Negeri.
Daripada jumlah itu sebanyak 3,746 unit dibina untuk jualan secara sewa beli, 778 unit untuk jualan terus manakala 244 unit lagi untuk disewa.

 - Rujuk Laporan Audit 2010

Macamana?? Pusat dah salur duit utk buat pun masih xbuat jgk. pastu nak tunggu royati nak baru nak buat?? puii...
4. Masalah Air selesai (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
 Hakikatnya Kerajaan pusat telah menyalurkan kepada Kerajaan negeri hampir RM 600 juta sejak 2000 untuk selesaikan masalah air. Butiran nya seperti berikut :
-  Peruntukkan tersebut diberikan dalam dua bentuk, geran dan pinjaman mudah sebanyak RM597 juta tanpa sebarang faedah
-  Geran disalurkan melalui jabatan dan agensi Kerajaan Pusat yang kemudiannya akan bekerjasama dengan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd untuk pelaksanaannya. Sebagai contoh pembinaan loji baru, pemasangan paip dan sebagainya. Setelah siap projek ini, ia akan diserahkan kepada AKSB secara percuma dan AKSB yang dapat hasilnya
-  Berikut adalah pecahan geran yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu air di negeri ini :       
-          1. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
-          i) Bekalan air - RM265 juta.
-          ii) Menaik taraf loji - RM81.5 juta   
-          2. Jabatan Kesihatan
-          Program Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling  (Bakas) - RM53.4 juta.
-          3. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) - RM36.2 juta.
-          4. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
-          Pembinaan dua loji di Gua Musang dan Pasir Puteh - RM22 juta
-          5. Peruntukkan Khas Timbalan Perdana Menteri - RM2.5 juta.

Macamana?? lg skali pusat bantu, tp korang buat apa?! sembang kemaih, cakap xjatuh.. puii...
5. Masjid terbesar sbg mercu tanda Kelantan (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
- 22 tahun perintah PAS hanya mampu buat Masjid Beijing kat Rantau Panjang dgn kos RM 7.5 juta. Ok, kalau diorang kata apa perlu masjid banyak2 tapi xder makmun habis kenapa dibina juga Masjid Beijing? ini bermakna mereka bukan xnak bina masjid, tp xmampu. kenapa xmampu sedangkan dah lebih 20 tahun perintah Kelantan? krn mereka xpandai jana pendapatan negeri. sapa xpandai? Nik Aziz, Husam dan juak2 nya.. apa yg mereka pandai? pandai beri ceramah semata2.. puii..
6. BAS RAPID KOTA BHARU (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
masalah penarik beca di Kota Bharu yg 'sejemput' tu pun UMNO negeri yg tolong setel..
xnapok jale nk arap ko Husam... puii
7. Kampus UiTM bandar (Husam bilang dapat royalti die sendiri blh buat)
-Husam nak bina Universiti sendiri di Kelantan?? cer fikir logik die..
- masalah SAR pun pusat yg bantu..
- tadika PASTI pun mintak yuran. puii..
MORAL OF THE STORY.. HUSAM NI BABUK... PENCACAI DIA DI KEDAI KOPI 2X BABUK..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads