ads

Selasa, 11 Februari 2014

03 di pasir puteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Peniaga <b>di Pasir Puteh</b> Maut Ditikam | Jenayah - Rakyat News

Posted: 23 Nov 2013 11:30 PM PST

alt

PASIR PUTEH, 24 Nov - Seorang peniaga kuih maut selepas ditikam beberapa kali dengan objek tajam disyaki oleh rakannya dalam satu pergaduhan di Kampung Nara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata, Mohd Azizi Abdul Razak, 48, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.

"Mangsa ditikam bertalu-talu di rusuk, pinggang dan bahagian kaki dalam pergaduhan pada kira-kira 6 petang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, mangsa sebelum itu ditikam di rusuk kiri ketika bertengkar dengan suspek dalam sebuah kereta setelah beliau enggan keluar dari kereta berkenaan.

Katanya, Azizi rebah ketika berlaku pergelutan sejurus keluar dari kereta dan ditikam bertalu-talu dari pihak suspek.

Sementara itu, isteri mangsa Zailiah Shafie, 39, ketika ditemui di hospital itu berkata kali terakhir beliau menemui suaminya ialah 10 minit sebelum kejadian.

Beliau tidak menyangka pesanan supaya menjaga tiga anak mereka dan menyiapkan rumah yang sedang dibina adalah perbualan terakhirnya dengan suami.

Pihak polis telah mengenalpasti suspek yang berusia 38 tahun dan sedang mengesannya

Last Updated on Sunday, 24 November 2013 15:30

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved