"Maka tidak hairanlah situasi serupa yang pernah berlaku itu boleh berulang semula di Kelantan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Mahatir Mohamad menghantar surat memberi amaran supaya tidak dilaksanakan hudud di Kelantan."Terlintas di fikiran saya mereka akan membuat Mageran sekali lagi sekiranya kita berkeras juga melaksanakan hudud," ujarnya yang juga mantan Menteri Besar.
Bagaimanapun kata beliau, biar pun tidak dapat dilaksanakan hukum hudud di Kelantan, namun perkara-perkara lain yang selaras dengan syariat telah dilaksanakan.
"Saya mengunakan konsep Islam iaitu kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Alhamdulillah kita dapat membuat banyak program berteras agama.
"Ini bukan projek material tetapi projek minda untuk melahirkan kesejahteraan hidup rakyat," katanya.
Antaranya cuti mingguan dua hari seminggu, cuti bersalin dua bulan, skim Al-Ziwaaj, Takaful Kifaalah, beras al Itaam, dividen bulanan Ladang Rakyat dan banyak lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan