ads

Khamis, 6 Mac 2014

03 di ketereh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :- di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Annuar Musa Kekal <b>Di Ketereh</b> - MYNEWSHUB.MY - PORTAL <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 08:20 PM PST


KOTA BHARU – Tan Sri Annuar Musa daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai anggota Parlimen Ketereh selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menolak petisyen pilihan raya PKR bagi membatalkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu.

Hakim Datuk John Louis O'hara menolak petisyen itu yang difailkan calon PKR Ab Aziz Ab Kadir dan memerintahkannya membayar kos perundangan sebanyak RM10,000 kepada Annuar selaku responden pertama.

Beliau juga memerintahkannya membayar kos perundangan masing-masing sebanyak RM10,000 kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Ketereh selaku responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden ketiga.

Ketika membuat keputusan itu, Hakim O'hara berkata Annuar telah dipilih secara sewajarnya sebagai anggota Parlimen Ketereh pada PRU13 itu.

Annuar diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga.

Pempetisyen pula diwakili Hisham Fauzi.

BN mengemukakan bantahan awal itu mengikut Seksyen 35(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya pada Disember dan Januari lepas dengan alasan antaranya petisyen berkenaan telah melebihi had masa enam bulan untuk dibicarakan iaitu selepas PRU13, dan fakta dalam petisyen itu tidak mencukupi untuk menyokong relief yang diminta pempetisyen untuk membatalkan kemenangan Annuar.

Pada PRU13, Annuar yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh menewaskan Ab Aziz dengan majoriti 974 undi.

Pada 23 Julai tahun lepas, mahkamah sama (Mahkamah Pilihan Raya) menolak petisyen Ab Aziz, namun Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya untuk mengetepikan perintah itu.

Mahkamah Persekutuan berpendapat Hakim Mahkamah Pilihan Raya tidak sepatutnya membatalkan petisyen itu atas alasan pempetisyen gagal mematuhi peraturan mengikut Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Sementara itu Mohd Hafarizam yang ditemui di luar mahkamah berkata keputusan itu merupakan keputusan terakhir petisyen yang diadakan di negara ini.

"Alhamdulillah ini keputusan petisyen terakhir dan berpihak kepada BN. Dalam petisyen kali ini BN telah memfailkan sebanyak 20 petisyen dan tidak ada satu pun petisyen yang kita tarik balik berbanding pembangkang," katanya. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Annuar Musa Kekal Di Keterehhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Tan-Sri-Annuar-Musa.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Tan-Sri-Annuar-Musa-150x150.jpgMyNewsHub Pilihan Raya Umum Ke 13Terkini,

KOTA BHARU - Tan Sri Annuar Musa daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai anggota Parlimen Ketereh selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menolak petisyen pilihan raya PKR bagi membatalkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu. Hakim Datuk John Louis O'hara menolak petisyen itu...

KOTA BHARU - Tan Sri Annuar Musa daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai anggota Parlimen Ketereh selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menolak petisyen pilihan raya PKR bagi membatalkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu. Hakim Datuk John Louis O'hara menolak petisyen itu yang difailkan calon PKR Ab Aziz Ab Kadir dan memerintahkannya membayar kos perundangan sebanyak RM10,000 kepada Annuar selaku responden pertama. Beliau juga memerintahkannya membayar kos perundangan masing-masing sebanyak RM10,000 kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Ketereh selaku responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden ketiga. Ketika membuat keputusan itu, Hakim O'hara berkata Annuar telah dipilih secara sewajarnya sebagai anggota Parlimen Ketereh pada PRU13 itu. Annuar diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga. Pempetisyen pula diwakili Hisham Fauzi. BN mengemukakan bantahan awal itu mengikut Seksyen 35(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya pada Disember dan Januari lepas dengan alasan antaranya petisyen berkenaan telah melebihi had masa enam bulan untuk dibicarakan iaitu selepas PRU13, dan fakta dalam petisyen itu tidak mencukupi untuk menyokong relief yang diminta pempetisyen untuk membatalkan kemenangan Annuar. Pada PRU13, Annuar yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh menewaskan Ab Aziz dengan majoriti 974 undi. Pada 23 Julai tahun lepas, mahkamah sama (Mahkamah Pilihan Raya) menolak petisyen Ab Aziz, namun Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya untuk mengetepikan perintah itu. Mahkamah Persekutuan berpendapat Hakim Mahkamah Pilihan Raya tidak sepatutnya membatalkan petisyen itu atas alasan pempetisyen gagal mematuhi peraturan mengikut Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. Sementara itu Mohd Hafarizam yang ditemui di luar mahkamah berkata keputusan itu merupakan keputusan terakhir petisyen yang diadakan di negara ini. "Alhamdulillah ini keputusan petisyen terakhir dan berpihak kepada BN. Dalam petisyen kali ini BN telah memfailkan sebanyak 20 petisyen dan tidak ada satu pun petisyen yang kita tarik balik berbanding pembangkang," katanya. - BERNAMA

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved