ads

Khamis, 6 Mac 2014

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


WTM 1 <b>di Pengkalan Chepa</b>... sungguh comel... - interpretZZ - Blogger

Posted: 04 Mar 2014 06:17 AM PST

Maaflah pakcik atau makcik empunya kereta ni, Tedi curi amik gambar.


Bukannya apa,  kereta Mini ni comel sangat! Tedi tak pernah jumpa di bumi Malaysia ni.

Mungkin Tedi ketinggalan zaman atau dek kerana harga kereta ni yang bukan dalam liga rangkuman pengetahuan Tedi.

Kalau setakat Proton Saga atau Myvi atau Vios tu, biasalah Tedi lihat.


Jawatan Kosong MRSM <b>Pengkalan Chepa</b> - 20 March 2014 <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2014 05:58 PM PST

MRSM Pengkalan Chepa (asalnya MRSM Kota Bharu) merupakan MRSM yang ke-2 ditubuhkan iaitu pada 1973 selepas penubuhan MRSM Seremban (Kolej Mara Seremban) pada 1971. Ia dirasmikan pada 12 Ogos 1975 oleh Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
Permohonan Guru Sambilan(Perakaunan)

Kelayakan:
IJAZAH - Accounting and Finance

Tuliskan Surat Permohonan berserta Resume kepada: 

PENGETUA, 
MRSM PENGKALAN CHEPA,
16100 KOTA BAHRU,
KELANTAN.

Hantarkan bersama salinan fotostat sijil dan kad pengenalan serta sekeping gambar terbaru ukuran paspot. Harap maklum.

Tarikh Tutup : 20 March 2014
Kerja Kosong di MRSM Pengkalan Chepa March Terkini 2014

Bandar Melayu <b>di Pengkalan Chepa</b> | Portal Generasi Muda Berjaya

Posted: 20 Feb 2014 10:32 AM PST

KOTA BHARU 1 Feb. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyarankan agar satu kawasan pembangunan Melayu diwujudkan di Pengkalan Chepa dekat sini seperti cadangan memajukan komuniti usahawan Melayu di Subang, Selangor.

Pengerusi Negeri Kelantan, Pertubuhan Gabungan Usahawan Muda Berjaya Malaysia (GMB), Ahmad Helmie Hassan berkata, Pengkalan Chepa adalah pilihan tepat untuk dibangunkan sebagai perbandaran bumiputera di Kelantan.

Jelas beliau, faktor itu disokong dengan statusnya yang selama ini menjadi pusat utama aktiviti seperti perindustrian, perkilangan dan perniagaan di negari Cik Siti Wan Kembang.

Namun tegas beliau, iltizam dan hasrat itu harus didokong bersama antara kerajaan negeri dan agensi Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana Pengkalan Chepa sudah lama sinonim dengan daerah perindustrian.

"Tetapi perancangan pembangunan kompleks atau kawasan industri yang khusus untuk usahawan bumiputera harus dirancang dan dilaksana segera di kawasan itu, katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Helmie memberitahu, untuk rekod kawasan perindustrian Pengkalan Chepa dimonopoli hampir 85 peratus usahawan bukan bumiputera dan kawasan ini satu-satunya kawasan yang digazet sebagai kawasan perindustrian di Kelantan.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong cadangan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) supaya diwujudkan sebuah perbandaran baharu di Kelantan dan bersedia menjadi jambatan antara Mara dan kerajaan negeri bagi memastikan bandar Melayu ini dapat direalisasikan dengan segera.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Darul Naim Putrajaya, Alias Mamat berkata, pihaknya turut berharap pembangunan sebuah bandar Melayu di negeri ini dapat direalisasikan.

Katanya, melalui pembangunan seperti itu ia akan mencetus dan menjadi wadah kepada orang Melayu di negeri ini menjual kepakaran mereka dalam membangunkan bandar ini.

"Orang Kelantan mempunyai banyak kepakaran cuma tidak mempunyai ruang. Dengan pembangunan seperti ini, mereka (orang Melayu) akan dapat menterjemahkan kepakaran mereka," katanya.

Timbalan Presiden Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asan Tani Malaysia (Komita), Halim Mohamad pula menjelaskan, sudah tiba masanya sebuah bandar Melayu diwujudkan di Kelantan, sekali gus mampu membantu golongan usahawan Melayu meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20140202/wt_01/Bandar–Melayu-di–Pengkalan-Chepa#ixzz2tt9Vq8hE
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved