03 di kota bharu - Google Blog Search |
Bersiar-siar <b>di</b> Taman Tengku Anis <b>Kota Bharu</b> - CutiKelantan.com Posted: 27 Feb 2014 08:03 PM PST Kebetulan pada waktu petang baru-baru ini, saya berkesempatan bersantai di Taman Tengku Anis, Kota Bharu Kelantan. Sudah agak lama tidak ke sini. Kali terakhir seingat saya pada tahun 2004 di mana waktu itu ia baru sahaja dibuka. ![]() Pintu Utama Taman Tengku Anis Taman Tengku Anis ini merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di Tanjung Chat, Kota Bharu. Kira-kira 5Km dari pusat bandar Kota Bharu. Berdekatan dengan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Kelantan (JKKN) dan juga berhampiran Tutti Frutti di Queens Park Boulevard. Apa yang istimewa di taman ini? Jom kita bersiar-siar dan lihat apa yang terdapat di sini. ![]() Peta Taman Tengku Anis ![]() Dekorasi Laman ![]() Taman Permainan Kanak-Kanak ![]() Notis di Taman Permainan Kanak-Kanak ![]() Aktiviti jogging – Memang sesuai mengeluarkan peluh di sini ![]() Persekitaran nyaman di waktu petang ![]() Kawasan lapang ![]() Taman tema air untuk kanak-kanak ![]() Salah satu kolam mandi di taman ini ![]() Terdapat Taman Rusa, Burung, Ayam dan Merak ![]() Aktiviti keluarga dengan memberi rusa makan ![]() Pengujung cilik bagi rusa makan ![]() Taman Burung ![]() Menara yang terdapat di taman ini. Cantik. ![]() Keluarga ini sedang menikmati waktu petang bersama. ![]() Dekorasi laman yang sering dijadikan fotografi 'outdoor' seperti perkahwinan dan keluarga ![]() Gerai jualan goreng-goreng dan minuman. Bolehlah hilangkan dahaga sesudah jogging ![]() Tutti Frutti di seberang jalan. Kebetulan tutup sebab cuti am. ![]() Juga antara tarikan terbaru. Kereta Kuda yang boleh disewa di Taman Tengku Anis. Memandangkan hari sudah senja, ramai yang sudah beransur pulang. Apapun, Taman Tengku Anis ini lokasi sesuai untuk beriadah dan beristirehat bersama keluarga terutamanya di waktu petang pada hujung minggu. Juga sesuai membawa anak-anak bermain di sini dan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah. Keluar peluh, badan dan otak pun sihat. Cuti sekolah nanti, saya akan ke sini lagi jika berkesempatan. KEMUDAHAN TAMAN TENGKU ANIS
AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI SINI
PETA TAMAN TENGKU ANIS Anda mungkin menggemari artikel lain percutian di Kelantan |
You are subscribed to email updates from di kota bharu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan