Rabu, 5 Mac 2014

03 di manek urai - Google Blog Search

di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Mayat Dua Remaja Lemas Ditemui - MYNEWSHUB.MY - PORTAL <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 03:13 AM PST


KUALA KRAI – Mayat dua remaja perempuan yang lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Lebir di Kampung Manek Urai di sini semalam, ditemui hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Azman Abu Hassan berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai itu oleh anggota Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu.

Mayat Nurul Akmal Roshid, 16, ditemui pada 8.28 pagi iaitu kira-kira 20 meter dari tempat kejadian manakala mayat Nursyafiqah Syaura Mohd Tusof, 13, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada 8.40 pagi.

Azman memberitahu pemberita di sini mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Dalam kejadian 6 petang semalam, Nurul Akmal dan Nursyafiqah Syaura dari Kampung Manek Urai Lama dihanyutkan arus selepas tergelincir ke dalam sungai itu.

Sementara itu, ibu Nurul Akmal, Marizan Ismail, 37, berkata beliau tidak menyangka yang permintaan daripada anaknya untuk ke sungai itu membawa
kepada kematiannya.

"Setelah memberi kebenaran kepadanya, lebih kurang setengah jam orang kampung datang ke rumah memberitahu dia telah terjatuh ke dalam sungai," katanya. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Mayat Dua Remaja Lemas Ditemuihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Mati-Lemas.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Mati-Lemas-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KUALA KRAI - Mayat dua remaja perempuan yang lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Lebir di Kampung Manek Urai di sini semalam, ditemui hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Azman Abu Hassan berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai itu oleh anggota Unit...

KUALA KRAI - Mayat dua remaja perempuan yang lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Lebir di Kampung Manek Urai di sini semalam, ditemui hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Azman Abu Hassan berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai itu oleh anggota Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu. Mayat Nurul Akmal Roshid, 16, ditemui pada 8.28 pagi iaitu kira-kira 20 meter dari tempat kejadian manakala mayat Nursyafiqah Syaura Mohd Tusof, 13, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada 8.40 pagi. Azman memberitahu pemberita di sini mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan. Dalam kejadian 6 petang semalam, Nurul Akmal dan Nursyafiqah Syaura dari Kampung Manek Urai Lama dihanyutkan arus selepas tergelincir ke dalam sungai itu. Sementara itu, ibu Nurul Akmal, Marizan Ismail, 37, berkata beliau tidak menyangka yang permintaan daripada anaknya untuk ke sungai itu membawa kepada kematiannya. "Setelah memberi kebenaran kepadanya, lebih kurang setengah jam orang kampung datang ke rumah memberitahu dia telah terjatuh ke dalam sungai," katanya. - BERNAMA