Khamis, 8 Mei 2014

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Air Terjun Laundry: Dobi Layan Diri Terbaik <b>Di Kota Bharu</b>

Posted: 28 Mar 2014 04:21 AM PDT

Sekarang sudah ada kedai dobi self service (coin operated) atau layan diri di Kota Bharu, Kelantan. Lebih jimat dan cepat daripada kedai dobi biasa, yakin bersih dan gerenti tak tertukar pakaian dengan pelanggan lain.

Memperkenalkan Air Terjun Laundry, kedai dobi layan diri terawal dan terbaik di Kota Bharu.


Lokasi

Kedai dobi ini berada di pusat perniagaan Lembah Sireh berhampiran Tesco. Ianya berada sebaris dengan Euro Moda Gulati's dan Pizza Hut Delivery. Koordinat GPS: N 6 06.782 E 102 13.926.

Kedai dobi ini juga dekat (walking distance) dengan Terminal Bas Lembah Sireh, Kolej Poly-Tech Mara, Tutti Frutti, 7 Eleven, cafe, restoran, hotel, kedai printing, kedai keperluan bayi, kedai alatulis Pustaka Sri Dunia, kedai pakaian seragam Rex Trading dan banyak lagi. Kat Tesco pula ada KFC, Burger King, Kenny Rogers Roasters, Chicken Rice Shop, Big Apple Donuts & Coffee, SMO dan pejabat pos.

Kat area ni jalan tak sesak, dan yang penting ruang parking banyak dan percuma.

dobi layandiri air terjun


Mudah, murah, cepat dan selesa

Nak basuh pakaian kat sini cukup senang. Hanya bawa pakaian kotor dan duit sahaja. Tak perlu bawa sabun dan pelembut bagai ke kedai dobi. Di Air Terjun Laundry detergen, softener dan sanitizer (pembasmi kuman) sudah tersedia tanpa kos tambahan. Anda tak perlu sentuh pun benda-benda tu sebab ia akan disuap ke dalam mesin secara automatik.

Mesin basuh di sini beroperasi menggunakan syiling 50 sen. Tak bawa duit syiling pun tak apa sebab di sini ada disediakan coin changer / mesin tukaran duit syiling.

dobi layandiri luas

Kos membasuh dan mengering jauh lebih murah dari kedai dobi biasa. Di Air Terjun Laundry pakaian boleh dicuci dan dikeringkan dengan harga serendah RM0.85 untuk setiap kilogram. Kedai dobi biasa mengenakan harga RM2.50 hingga RM3.50 untuk setiap kilogram pakaian!

Basuhan biasa siap dalam masa 30 min sahaja. Drying pula hanya mengambil masa 25 minit. Jadi jumlah masa basuhan dan pengeringan biasa tak sampai sejam.

dobi layandiri minuman

Ruang menunggu cukup luas dan selesa disediakan, lengkap dengan kerusi, tv, tandas, free wifi dan meja untuk melipat baju. Minuman ringan pun ada dijual di sini.


Sesuai untuk semua jenis muatan pakaian

Mesin-mesin basuh dan pengering di Air Terjun Laundry  adalah mesin berkualiti tinggi buatan USA. Terdapat dua kapasiti mesin basuh iaitu 9kg dan 14 kg. Suhu air boleh diset mengikut tahap kekotoran pakaian: sejuk (untuk tahap biasa), sederhana (untuk pakaian kotor) dan panas (untuk pakaian sangat kotor).


Waktu operasi

Air Terjun Laundry dibuka setiap hari bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga 11:00 malam.

⇩ Jom like dan follow Malaysia Tercinta ⇩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads