ads

Ahad, 4 Mei 2014

03 di kuala krai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di kuala krai - Google Blog Search


[ info ] 6 Gambar remaja maut motosikal dirempuh kereta api <b>di</b> Pahi <b>...</b>

Posted: 01 May 2014 05:14 AM PDT

Kuala Krai: Seorang remaja lembam maut manakala bapa saudaranya parah selepas dirempuh kereta api ketika melintasi landasan dalam kejadian dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Lepan Kabu, Kampung Pahi, petang tadi.
Kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa Mohamad Aiman Mat Hussin, 17, menunggang motosikal bersama bapa saudara Che Nik Che Awang, 55, untuk ke majlis perkahwinan jiran tidak jauh dari rumah mereka.




Ketua Polis Daerah Superintendan Ab Rahim Che Ghani yang mengesahkan kejadian berkata, kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat sebelum merempuh kedua-dua mangsa. 
Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Krai namun Mohamad Aiman meninggal dunia ketika dirawat, seorang lagi mangsa kritikal dan masih dirawat , katanya. Credit HM 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved