ads

Ahad, 4 Mei 2014

03 di pasir mas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di pasir mas - Google Blog Search


HAMBALIABDULLAH_03: BAYI MAUT, IBU-BAPA CEDERA DALAM <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2014 08:08 PM PDT

KOTA BHARU- Seorang bayi berusia lima bulan maut dalam kemalangan yang melibatkan empat kenderaan di Jalan Salor Baru-Pasir Mas di sini petang kelmarin.
Turut bersama bayi itu, Irisqaireen Delisha, ibunya, seorang warga Thailand, Miss Kanokporn Wongkham @ Nurain, 28, yang mengalami kecederaan di pipi dan rahang.
Manakala bapanya, Hasbullah Jidan, 28, yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal yang memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback juga mengalami kecederaan parah.
Turut cedera pemandu kereta Proton Iswara, Adli Ali, yang patah tangan kanan, kaki kanan serta calar calar di bahagian muka.
Dalam kejadian jam 2.55 petang itu, sebuah lori dari arah Kota Bharu ke Pasir Mas secara tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan kenderaan jenis Proton Iswara dari arah Tanah Merah ke Kota Bharu.
Akibat pelanggaran itu, kereta jenis Proton Iswara terbabit, berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sehingga menyebabkan kereta jenis Proton Wira yang berada di laluan itu melanggar bahagian kiri kereta terbabit.
Manakala lori yang terbabas masuk ke laluan Kota Bharu itu, turut melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Rush dan sebuah lagi kereta jenis Proton Iswara Aeroback milik bapa bayi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, setakat ini polis masih mengesan pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat dan punca kemalangan masih dalam siasatan.
"Pemandu lori berkenaan juga masih dikesan dan diharap jika ada pihak yang melihat kejadian itu diminta tampil membuat laporan di balai polis terdekat atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) untuk sebarang maklumat.
"Kes terbabit disiasat di bawah sek 41(1) APJ 1987 untuk tindakan lanjut," katanya.
Terdahulu Timbalan Ketua Polis Kelantan, Mazlan Lazim turut mengadakan lawatan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian melawat Hasbullah yang kini dilaporkan stabil.
SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved