Isnin, 5 Mei 2014

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di machang</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2014 03:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di machang</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2014 03:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di machang</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Mar 2014 03:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

(5 Gambar) Tiga beranak maut kemalangan ngeri <b>di Machang</b> <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2014 07:43 AM PST

Sepasang suami isteri bersama cucu mereka maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kampung Banggol Judah, dekat sini, semalam kira-kira jam 4.30 petang.

Mat Rusof Mahmood, 54; isterinya,  Zuraida Mohd Ghazali, 42 dan cucu mereka, Ellyina Balqis Mohd Azlani, 4 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di keseluruhan badan.

Anak mangsa, Yuliza, 26 berkata,  kedua ibu bapa serta anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Sungai Hala, dekat sini dari Tok Bali, Pasir Puteh.

Katanya, anak sulung, Muhamad Eddy Firdaus, 7 yang bersama dalam kereta tersebut turut mengalami kecederaan parah di bahagian badan.

"Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa saya keluar dengan membawa anak-anak saya bersama. Mereka keluar pada jam 10 pagi dan tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik.

"Saya hanya mengetahui kejadian ini apabila dimaklumkan jiran. Kejadian ini terlalu mengejutkan apatah lagi kehilangan tiga orang kesayangan serentak," katanya menahan sebak.


Yuliza berkata, anak-anaknya sangat rapat dengan datuk dan nenek mereka memandangkan tinggal berdekatan dan dia adalah anak tunggal.

Katanya, ayahnya bekerja sebagai tukang kebun di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, di sini selain turut melakukan pelbagai  pekerjaan sampingan yang lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, kemalangan  membabitkan dua kenderaan itu berlaku di Kilometer 10.6 Jalan Machang-Pasir Puteh, dekat sini.

Katanya, siasatan awal mendapati lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 48 tahun itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Mat Rusof.

Katanya, ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian dengan Mat Rusof tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Machang.

"Seorang lagi cucu mangsa mengalami kecederaan parah dan  mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Machang manakala pemandu dan kelindan lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

" Pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat  di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan  1987. Orang ramai yang melihat kejadian ini diminta tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi  nombor 09-9751222,`katanya

.-Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads