Rabu, 8 Jun 2011

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


RM33 ribu bantu pembuatan seramik <b>di</b> kg Mambong - DUN <b>Bunut Payong</b> <b>...</b>

Posted: 04 May 2011 08:35 PM PDT

Oleh Hasnan Yahya

Datuk Takiyuddin mencuba membuat pasu dari tanah liat.

KG MAMBONG, KUALA KRAI, 5.Mei - Kesungguhan kerajaan Kelantan untuk melihat industri pelancongan sebagai punca pendapatan negeri diteruskan lagi dengan menjadikan produk berasaskan tanah liat atau lebih dikenali pembuatan seramik ditingkatkan pengeluarannya.

Kecaknaan ini dibuktikan dengan mengadakan siri lawatan ke Kampung Mambong, yang terletak di pinggir sungai Kelantan dalam jajahan Kuala Krai dengan memakan masa hampir 2 jam pergi dan balik, sebahagian Exco negeri terdiri dari Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood, Che Abdullah Mat Nawi, Dr.Muhammad Fadzli Hassan dan Hajjah Wan Ubaidah Omar telah sempat mengunjungi kampung tersebut yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan.

Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Adun Guchil Tuan Zamri Tuan Zakaria, Adun Mengkebang Abdul Latiff Abd.Rahman, Adun Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah. Hadir sama Penolong Ketua Jajahan ( Pembangunan Fizikal) Mohd Zulkarnain Baharuddin, Penggawa Daerah Olak Jeram Mamat Salleh dan Penggawa Dabong Abdul Rahim Abdul Rahman.

Sebahagian produk yang dihasilkan oleh Penduduk kg Mambong

Sementara itu Datuk Takiyuddin dalam lawatan tersebut turut meluluskan sejumlah RM33 ribu bagi meningkatkan usaha pembuatan seramik dengan memberi peruntukkan pembaikian rumah rakit yang dijadikan tempat pengkalan motor sungai serta pembinaan sebuah bangsal bagi penyimpanan produk yang telah siap.

" saya berharap dengan kemudahan yang diadakan ini, industri seramik di kampung ini dapat ditingkatkan dan lebih teratur serta tidak disimpankan produk dibawah rumah seperti sekarang ini lagi"ujar beliau.

Takiyuddin juga berkata dengan kemudahan rumah rakit tersebut ia boleh menarik lebih ramai pelancong datang ke kampung Mambong bagi melihat sendiri keunikan pembuatan seramik secara tradisional ini.

Menyentuh usaha kerajaan menarik pelancong ke Kelantan, Takiyuddin berkata usaha pembuatan seramik ini boleh dibawa ke peringkat yang lebih jauh seperti menyertai pameran di peringkat nasional .

" Kerajaan bersetuju untuk membawa pengusaha seramik dari kampung Mambong ini menyertai Karnival Seni Budaya Kelantan yang akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV pada awal Julai ini"katanya lagi.

Exco Negeri bersama pembuat produk seramik

Bagi Puan Zainab Hussain,64 ketika ditemui berkata kunjungan sebahagian exco negeri ke Kampung Mambong ini amat dihargai dan tidak pernah berlaku kunjungan seperti ini dengan melibatkan ramai pembesar negeri.

" Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan negeri yang hadir hari ini dan telah meluluskan dua perkara utama iaitu penambahbaikan rumah rakit serta meluluskan pembinaan sebuah tempat penyimpanan barangan yang telah siap"ujar beliau.

Beliau yang menceburi bidang pembuatan seramik bermula semenjak usia 16 tahun lagi berkata setakat ini pihak keluarganya telah mendapat sokongan penuh dari Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai.

" Kebelakangan ini, telah ramai orang luar datang, ada juga pelajar universiti datang tengok makcik buat benda ni dan mereka amat kagum melihat hasil tangan kami di kampung Mambong ini"kata beliau lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Interaktif <b>Bunut Payong</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 05 May 2011 07:03 AM PDT

KOTA BHARU, 27 April: Sejak lebih setahun lalu Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Arked Uda mendakwa saiz lot niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal.

Sedangkan mereka lupa saiz lot tersebut diputus berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Buktinya terkandung dalam minit mesyuarat pada 20 Januari 2010. Ketika itu persatuan diwakili Abdul Salim Ahmad dan Wan Lokman Wan Salleh.

Keluasan asal setiap lot di tingkat bawah 12 x 10 kaki persegi dan jumlah lot sebanyak 107 unit. Namun persatuan tetap mahu 415 peniaga berniaga di tingkat bawah.

Ekoran desakan itu menyebabkan kerajaan negeri mengarahkan pemaju menambah jumlah lot di tingkat bawah bagi memenuhi kehendak peniaga.

Lot tersebut akhirnya dikecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi dan memuatkan 368 lot.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keluasan setiap lot di tingkat bawah sudah dipersetujui wakil-wakil peniaga pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Januari 2010.

"Sebelum itu jumlah lot di tingkat bawah memang luas iaitu 12 x 10 kaki persegi iaitu sebanyak 107 unit.

"Tetapi apabila semua peniaga mahu berniaga di tingkat bawah, jadi kita kecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi sehingga memuatkan 368 unit.

"Inilah punca yang menyebabkan saiz lot menjadi kecil kerana kesemua peniaga mahu tingkat bawah. Dan keluasan itu sama dengan saiz lot di Pasar Lama MPKB," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Hadir sama dua anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nazran Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Turut dijemput hadir pada mesyuarat terseebut Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Uda, Borhan Mohd Nor dan dua lagi peniaga.

Sebelum ini Salim dilaporkan berkali-kali mendakwa saiz lot di Bazar Tok Guru sempit.

Persatuan itu juga membawa isu tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed, namun kehendak peniaga terperap begitu sahaja, hanya sekadar mengisi ruang di halaman akhbar.

Timbalan Menteri Besar menegaskan lagi wakil peniaga terbabit bersetuju dengan keluasan 6 x 8 kaki persegi.

"Pengerusi persatuan bersetuju saiz 6 x 8 kaki persegi, dia boleh terima dan cuma beritahu mahu keselesaan.

"Dia juga ada kata tak selesa hendak hisap rokok pun tak sedap dan barang yang dijual melimpah ke luar, sedangkan kita sediakan setor di tingkat bawah," ujar Takiyuddin.

Ahmad berkata, hari ini kerajaan negeri telah putuskan untuk memberi tawaran terakhir kepada peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda untuk berpindah ke Bazar Tok Guru melalui PMBK.

Menurutnya kerajaan negeri bersetuju dan melayani hasrat peniaga-peniaga dengan tawaran harga sangat kompetitif iaitu RM63,000 di tingkat bawah dan satu Bazar Tok Guru.

Pembeli di tingkat bawah hanya perlu membayar mulai tahun kedua. Mereka dibenar berniaga secara percuma selama setahun.

Manakala pembeli di tingkat satu hanya perlu membayar pada tahun ketiga.

"Tawaran itu hanya sah sehingga 31 Mei ini dan kalau ada yang belum sempat mendaftar sehingga tarik tersebut kita beri tawaran sehingga akhir Jun depan dengan harga RM70,000.

"Selepas 31 Mei segala urusan pinjaman bank peniaga perlu mengurus sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, mulai 1 Julai depan tiada lagi harga diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads