Rabu, 8 Jun 2011

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Suara Sukan Anda: Kelebihan Milik Selangor, Tatkala Terengganu <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2011 02:55 AM PDT

Ketika tumpuan peminat bolasepak tempatan terarah kepada saingan antara dua gergasi pantai timur, Kelantan dan Terengganu dalam apa yang dilabel sebagai penentu siapa lebih layak bergelar juara Liga Super, seterusnya merangkul double musim ini, ramai pula yang terlepas pandang akan cabaran dihadirkan penyandang trofi liga, Selangor.

Selangor, dengan hanya 2 mata dipisahkan daripada Kelantan dan Terengganu yang berkongsi kedudukan pendahulu dengan 47 mata, sebenarnya berpotensi besar berkongsi kedudukan pendahulu seterusnya mengintai peluang mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut, selepas tamat perlawanan pada 6 Jun.

Ini kerana salah satu pasukan yang tewas di Kuala Terengganu malam esok, akan melepaskan kedudukan tangga kedua kepada Selangor, yang seharusnya tidak berdepan masalah menundukkan pasukan tangga tercorot, Perlis di Stadium Shah Alam.

Malah, kedudukan akan menjadi lebih menarik, sekiranya keputusan antara Terengganu dan Kelantan berkesudahan seri, dan Gergasi Merah Kuning meraih 3 mata, kerana kesemua 3 pasukan akan terikat dengan 48 mata, hanya dipisahkan melalui beza jaringan.Justeru, siapa antara Kelantan dan Terengganu bakal meneruskan rentak sang juara, bergelar juara buat pertama kali di penghujung musim atau berputih mata menyerahkan mahkota kembali kepada Selangor, terus menjadi debaran hebat dan tarikh keramat 6 Jun bakal menjawab debaran itu.

"Kita memang underdog, kita kehilangan ramai player utama, Terengganu ada kelebihan gelanggang sendiri, tapi don't worry, Red Warriors dibentuk utk menang, kita akan fight sampai last minit, takkan menyerah begitu saja, kita mahu raih 3 mata.." – Dato' M.Karathu

"Ini misi besar, yang bakal menentukan hidup mati kita, kita memang strong in terms of striker dan defend dalam keadaan mantap, tapi saya tak nak cakap besar, ada 90 minit utk diharungi and I want my boys finish their job dengan baik. Kemenangan akan cerahkan laluan kita, but any single mistake akan sebabkan kita berputih mata, just as u see masa lawan Kedah.." – Irfan Bakti

"memang kita lalui saat sukar, tewas 3 kali dan beri kedudukan no.1 kepada Kelantan, Terengganu, its our mistake, dan moral player cukup down ketika itu, after menang di paroi, keyakinan mula kembali. Kami masih belum out, secara matematik, after 6 Jun sekalipun kami masih ada peluang, Kelantan lwn Terengganu, sama ada salah satu team akan tercicir mata, atau kedua-duanya tercicir mata, ia sedikit kelebihan buat kami, dan kami harus guna sebaik mungkin.." – K.Devan


Dengan saingan hanya berbaki 3 perlawanan dan berada di fasa getir, pasukan yang paling kurang melakukan kesilapan dan memanfaatkan segala peluang dan kelebihan sebaik mungkin akan berada di puncak selaku juara. Berikut dua perlawanan terakhir membabitkan 3 pasukan teratas selepas 6 Jun.

                                14 Jun 2011

       Kelantan

     lwn

         Perak

     Terengganu

     lwn

       T-Team

      Selangor

     lwn

     Felda Utd

                                6 Jul 2011

        Perak

     lwn

      Selangor

        Sabah

     lwn

      Kelantan

      Felda Utd

     lwn

    Terengganu

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads