Selasa, 12 Julai 2011

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Bola Sepak: <b>Kelantan</b> buru pemain import

Posted: 09 Jul 2011 08:41 AM PDT

PEMAIN Kelantan gembira bersama piala Liga Super pada Majlis Penyampaian Anugerah di Wisma FAM, semalam.


Red Warriors mahu mantap cabaran hadapi Piala AFC 2012: Annuar
JUARA Liga Super, Kelantan yang dianggap sebagai pencetus kebangkitan bola sepak negara, mara selangkah lagi apabila akan beraksi dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), tahun depan.

Sehubungan dengan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa bercadang mendapatkan khidmat dua pemain import bagi memperkuatkan skuadnya dalam menghadapi saingan berkenaan.

"KAFA akan menguji terlebih dulu pemain berpotensi diserapkan dalam pasukan Kelantan, bukan hanya berdasarkan video yang ditunjukkan oleh ejen pemain," kata Annuar selepas majlis penyerahan trofi Liga Super di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Menurut Annuar, persatuannya bersedia mengeluarkan dana tinggi bagi mendapatkan khidmat pemain dari Amerika Latin, Afrika atau Asia Tengah, walaupun FAM memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat pemain import dalam Liga Malaysia musim depan.

Annuar turut merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menyediakan peruntukan kepada Kelantan untuk membina stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Mohamad Ke-1V, tanpa mengira situasi politik di negeri itu.

Annuar berkata kejayaan skuad The Red Warriors mengungguli saingan Liga Super musim ini serta menjadi wakil negara ke kancah Piala AFC, memerlukan stadium yang memenuhi piawaian ditetapkan AFC memandangkan stadium yang ada sekarang tidak layak digunakan untuk peringkat berkenaan.

Selain Kelantan, Terengganu yang menjuarai Piala FA baru-baru ini turut layak beraksi di Piala AFC, tetapi Persatuan Bola Sepak Terengganu masih belum membuat keputusan sama ada mahu menyertainya atau tidak.
Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yang cemerlang memimpin pasukannya menjuarai Piala FA dan naib juara Liga Super musim ini berkata, dia berminat untuk menyertai Piala AFC musim depan tetapi keputusan berada di tangan persatuan.

Saingan Piala AFC tahun depan dijadual berlangsung dari 3 hingga 18 Mac dan ketika ini, tiga negara Maldives, Nepal dan Palestin menyatakan hasrat untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu.

AFC dijangka memilih tuan rumah pada mesyuarat eksekutifnya pada 29 Julai ini.

----- Berita Harian Online

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads