Selasa, 12 Julai 2011

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Palekbang melambai & Penambang memanggil. « The Kelantan Times

Posted: 28 Jun 2011 09:13 PM PDT

Kampung Banggol dari Kampung Sungai Pinang, Palekbang.

Pemandangan Kota Bharu dari Jeti Kampung Laut, Palekbang.

Sebuah Jeti di Kampung Laut.

Pekan Palekbang suatu ketika dahulu namanya meniti dibibir masyarakat dek kerana disitulah terletaknya masjid tertua di Malaysia iaitu di Kampung Laut sebelum ianya dipindahkan ke Nilam Puri berlaku hakisan akibat banjir saban tahun. Kampung Laut,sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tebing Sungai Kelantan ini sarat dengan kisah dan sejarah silam sebelum Perang Dunia ke-II meletus. Namanya seakan-akan nama sebuah negeri di Indonesia, iaitu Palembang. :)

Kampung Sungai Pinang, Palekbang merupakan sebuah perkampungan di pinggir Sungai Kelantan dan terletak di Pekan Palekbang, Tumpat. Tumpat merupakan daerah paling kecil di Negeri Kelantan yang berkeluasan kira-kira 169 kilometer persegi. Sebahagian besar daerah ini adalah dataran tanah pamah dan terdapat banyak gugusan pulau sungai atau island river yang berpotensi dimajukan untuk industri pelancongan. Selain industri pelancongan yang mampu bertapak di kawasan sekitar Tumpat, sejarah juga memainkan peranan penting sebagai salah satu faktor memperkenalkan kawasan sekitar Tumpat di mata pelancong. Salah satu produk sejarah tersebut adalah stesen kereta api Palekbang.

Bot yang berulang alik dari Jeti Kampung Laut ke Tambatan DiRaja.

Stesen kereta api Palekbang merupakan stesen kereta api utama di Kelantan suatu ketika dahulu. Ia menjadi hub utama bagi penduduk Jajahan Tumpat dan Kota Bharu untuk ke suatu destinasi terutama ke Pahang dan negeri Pantai Barat. Pada ketika itu, perkhidmatan feri yang menggunakan kayuhan roda besar dan mampu membawa kereta disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang untuk kemudahan penduduk Kota Bharu ke stesen kereta api ini. Minyak juga diangkut dari stesen kereta api ini ke Kota Bharu dengan menggunakan kapal minyak. Kilang air Fraser & Neave (F&N) juga didirikan bersebelahan stesen kereta api ini. Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi stesen kereta api Palekbang sebagai stesen utama bagi dua jajahan ini telah diambil alih secara berperingkat- peringkat oleh Stesen kereta api Wakaf Bharu. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan kerana bangunan-bangunan lamanya telah dirobohkan dan yang tinggal hanyalah tapak sebagai lambang sejarah sahaja.

Menurut cerita anak jati Kampung Sungai Pinang, ketika era pemberontakan komunis kawasan kampung ini dahulunya adalah lokasi penempatan tentera Thailand. Ketika itu, kawasan hutan di sekitar kampung ini didiami tentera komunis. Lokasi kampung ini adalah markas pentadbiran komunis dalam usaha mereka meluaskan pengaruh ke Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Oleh sebab kedudukan kampung yang bersempadan dengan Thailand maka tentera negara Gajah Putih itu turut membantu memerangi komunis dan menjadikan Kampung Sungai Pinang sebagai markas penempatan askar Thailand. Nama Kampung Sungai Pinang dikatakan berasal dari pokok pinang atau nama saintifiknya Areca Catechu yang tumbuh melata di tebing Sungai Kelantan. Suatu masa dahulu, penduduk tempatan kerap mengambil buah pinang untuk dimakan bersama daun sirih. Selain itu, penduduk juga gemar menjadikan isi buah pinang sebagai jeruk. Lantaran itu, kampung ini dikenali sebagai Kampung Sungai Pinang.

Melihat kepada pembangunan pesat di Bandar Kota Bharu yang menghadap ke arah Palekbang yang semakin hari semakin terkehadapan sesuai dengan fungsinya sebagai ibu negeri, maka situasi 'in reverse' menampakkan bahawa pekan Palekbang semakin ketinggalan saban hari bagaikan Palekbang tersangat 'cemburu' dengan perkembangan di Bandar Kota Bharu yang berada dihadapannya. Dari arah Palekbang menuju ke Tumpat, terdapat sebuah Hospital Besar Tumpat, Balai Bomba dan beberapa infrastruktur asas yang dilihat bahawa kawasan ini ada potensi untuk dibangunkan bermula dengan satu infrastruktur  iaitu sebuah Jambatan yang dapat menghubungkan Pekan Palekbang dan Bandar Kota Bharu selain daripada jaringan jalan raya lain yang jauh.
Terdapat pelbagai pembolehubah yang boleh membawa kepada perkembangan sesuai tempat dan kawasan sebagai contoh logistik iaitu jaringan yang baik, faktor muka bumi, kepadatan penduduk dan sebagainya. Antara pembolehubah yang terpenting adalah perhubungan dan jaringan jalan raya yang baik untuk memungkin sesuatu kawasan dimajukan. Merujuk kepada akses di pekan Palekbang, kebanyakan mereka yang ingin ke Kota Bharu lebih mudah dengan menaiki bot yang hanya memakan masa selama 5-8 minit berbanding mereka melakukan 'pusingan' untuk ke Kota Bharu melalui Wakaf Bharu & Pasir Pekan yang mamakan masa 45-60 minit ditambah dengan kesesakan laluan di Jambatan Sultan Yahya Petra.

Imej Satelit 1: Imej Palekbang & Penambang

Imej Satelit II: Lokasi Cadangan Pembinaan Jambatan Palekbang-Penambang

Jikalau sekiranya disediakan suatu peruntukan baru untuk membina jambatan baru di Palekbang-Penambang, ia akan memberi faedah kepada lebih ramai penduduk tempatan terutamanya masyarakat Bumiputra dan sekali gus akan meningkatkan lagi nilai tanah dan aktiviti perekonomian di kawasan tersebut. Kawasan-kawasan di Palekbang seperti di Kampung Laut & Kampung Sungai Pinang akan menikmati pembangunan yang seimbang dengan Kedai Buloh dan Kuala Besar jika akses seperti sebuah Jambatan yang merentasi Sungai Kelantan dibina.

Ini kerana, penduduk di Jajahan Tumpat sekarang hanya menggunakan Jambatan Sultan Yahya, iaitu satu-satunya Jambatan di Kota Bharu untuk merentasi Sungai Kelantan untuk ke Kota Bharu berbanding Jajahan Pasir Mas yang mempunyai 2 Jambatan (Jambatan di Tendong & Jambatan Salor-Pasir Mas) untuk menyeberangi Sungai Kelantan walaupun perbezaan jurang penduduk sangat ketara dengan Kota Bharu yang semakin padat. Jambatan Sultan Yahya Petra yang dibina pada tahun 60-an ini sudah tidak mampu lagi menampung pertambahan kenderaan dan kesesakan berlaku setiap hari walaupun kemunculan Jambatan Sultan Yahya Petra ke-II dilihat sebagai suatu pembesaran laluan dan bukan sebuah laluan alternatif kerana penduduk di Jajahan Tumpat (melalui Wakaf Baru & Pasir Pekan) hanya dihubungkan melalui arteri yang sama sebelum masuk ke Bandar Kota Bharu melalui Kampung Sireh.

Difahamkan bahawa projek untuk melebarkan jambatan tersebut sedang dijalankan, tetapi ia hanya berdasarkan kajian jumlah kenderaan beberapa tahun lepas. Sebagai perbandingan, penduduk di Jajahan Pasir Mas tidak menghadapi kesulitan seperti penduduk Tumpat kerana mereka boleh menggunakan dua buah jambatan, iaitu di Salor dan Pasir Mas, tiada kesesakan lalulintas berlaku sedangkan jumlah penduduknya lebih sedikit daripada penduduk Jajahan Tumpat. Manakala di Kota Bharu, jika dilihat Jambatan Sultan Yahya Petra II dari satu sudut, ianya adalah suatu pembesaran yang tidak semestinya dapat mengurangkan kesesakan pada arteri Kota Bharu melainkan perlunya satu laluan alternatif yang bukan sahaja bertindak sebagai alternatif kepada Jambatan Sultan Yahya, tetapi juga ia membuka ruang untuk Palekbang dimajukan untuk seimbangkan jurang sosial antara Kota Bharu Barat & Kota Bharu Timur iaitu antara Kampung Laut, Kampung Sungai Pinang dan Pulau Daruna dengan Kedai Buloh, Kuala Besar dan Pulau Beluru. Lihatlah perbezaan kepadatan pembangunan dan penduduk antara Kota Bharu dan Palekbang di Tumpat melalui imej satelit.

Peta Jajahan Kota Bharu & Tumpat di pisahkan oleh Sungai Kelantan

Masyarakat di Kota Bharu diharap tidak mudah dimainkan dengan isu yang menyentuh soal politik infrastruktur oleh Pusat dengan realiti semasa yang dialami Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri punyai alasan yang kukuh untuk tidak meneruskan pelaksanaan pembinaan jambatan yang dahulunya telah pun diletakkan batu asas di Palekbang pada tahun 1996 atas faktor-faktor peruntukan yang dinafikan. Asasnya, lokasinya sudah ada, cuma ia perlu diberi nafas baru, tidak membiarkan batu asas itu menjadi 'monumen bersejarah', dimana projek berkenaan perlu disemak semula dari masa ke semasa dan jika difikirkan perlu, jika Kerajaan Negeri punya kewangan yang kukuh hasil tuntutan Royalti Minyak yang dinafikan, mengapa tidak untuk meneruskan kembali pelan asal untuk menghubungkan Palekbang dan Penambang. Terdapat satu sumber menyatakan bahawa Pelan  Projek Pembinaan Lembah Sireh (Kota Bharu Waterfront) merangkumi pembinaan sebuah jambatan yang menghubungkan Palekbang dengan Penambang di Kota Bharu.

Sedangkan penduduk Dabong juga telah pun ada jambatan yang baru walhal jumlah penduduknya jauh lebih sedikit berbanding mereka di Palekbang dan sekitarnya. Jika sekarang sebagai contoh penduduk di Kampung Laut mengambil masa sejam untuk sampai ke Kota Bharu kerana kesesakan lalu lintas di waktu pagi, amatlah diyakini jika dengan adanya jambatan baru ini akan memendekkan masa perjalanan Kota Bharu-Palekbang yang hanya akan mengambil masa lima minit untuk sampai ke Kota Bharu. Semoga hasrat rakyat terbanyak dapat direalisasikan untuk mengilhamkan sebuah Jambatan yang menghubungkan Palekbang ke Penambang merentasi Sungai Kelantan. Semoga ia dinamakan Jambatan Sultan Muhammad V dapat diilhamkan sebagai hadiah kepada Sultan Kelantan yang baru, yang Soleh lagi Berjiwa Islam.

Imej Dari Palekbang ke Arah Penambang.

Jalanraya dari Pekan Palekbang.

Jalanraya Pekan Palekbang berakhir disini.

Dipisahkan oleh Landasan Keretapi Palekbang di tebing Sungai Kelantan.

Menghadap Sungai Kelantan, kelihatan sebuah batu asas.

Batu asas pembinaan jambatan ini dibina pada tahun 1996 dalam percubaan pertama untuk menghubungkan Palekbang ke Penambang, tapi gagal. Percubaan kedua sedang berjalan, doakan...

Kelihatan Tokong Mek, Kampung Cina dari Seberang Palekbang.

Imej Ke Arah Penambang.

Ke Arah Sungai Kelantan di Jalan Wakaf Mek Zainab.

Bulatan di Kampung Cina.

Menghadap Sungai Kelantan, iaitu terletak kira-kira 100 meter di hadapan.

Menghadap semula ke arah Kota Bharu.

Pengakhiran sebuah Jambatan di Jalan Wakaf Mek Zainab.

Dan…

kisah seorang Gemuloh yang genius dan sarat dengan karya yang sinikal serta mesej yang sarcastik untuk bangsanya yang akan menyusul selepasnya. Jika, kita mendalami dan meneliti semua filemnya, maka satu per satu filemnya terkena diatas batang hidung kita. Mari bercerita soal rasmi merasmi ladang limau dan kandang harimau mahupun sebelum subuh dan sesudah subuh..

Sekadar hiburan dan tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang sudah pergi.

***********************************************************************************************************************

EDISI TAMBAHAN: Pengaliran Sungai Kelantan bermula di pertemuan Sungai Galas dan Sungai Lebir (Gua Musang) dan berakhir di Kuala Besar (Kota Bharu). Sehingga ke hari ini, jika bercakap soal Jambatan-Jambatan di Sungai Kelantan, terdapat lima buah jambatan yang merentangi Sungai Kelantan.

*Bermula dengan Jambatan keretapi terpanjang dan tertua di Malaysia iaitu Jambatan Keretapi Guillemard (1925) di Tanah Merah.

Jambatan Keretapi Guillemard.

*kemudianya Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu yang bina pada 17 April 1965.

Jambatan Sultan Yahya Petra.

*Disusuli oleh Jambatan Tanah Merah-Machang  di Tanah Merah pada 1988.

Jambatan Tanah Merah-Machang

*selepas itu Jambatan Pasir Mas-Salor di Pasir Mas pada 30 Mei 1991

Jambatan Pasir Mas-Salor

*dan akhir sekali Jambatan Sultan Ismail Petra di Tendong, Pasir Mas pada 15 Sep 2003.

Jambatan Sultan Ismail Petra

*sebelum mengilhamkan Jambatan Sultan Muhammad ke-V (Palekbang-Penambang) di Kota Bharu, Insya-allah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads