03 di kuala krai - Google Blog Search |
mi1: Polis tahan 10 wakil Pakatan lawat Jeyakumar <b>di</b> IJN Posted: 01 Feb 2001 12:00 AM PST Polis menahan sembilan ahli parlimen dan senator Pakatan Rakyat daripada melawat ahli parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang kini terlantar di Pusat Jantung Negara (IJN) ketika di bawah tahanan Ordinan Darurat. Mereka yang ditahan itu adalah - M Manogaran (Teluk Intan), Khalid Samad (Shah Alam), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Tian Chua (Batu), R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Pantai Dalam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Fong Po Kuan (Batu Gajah) - dan senator S Ramakrishnan. Mereka tiba di IJN sekitar jam 1 petang tadi dan diberitahu oleh seorang doktor bahawa Jeyakumar (kanan) adalah di bawah tahanan polis dan tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan melawatnya tanpa izin polis. Atas permintaan pemimpin Pakatan, doktor itu berkata beliau akan cuba berunding dengan polis bagi mendapatkan kebenaran berkenaan. Ahli parlimen dari Parti Sosialis Malysia (PSM) dibawa ke IJN pada Sabtu lalu dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari selepas mengadu sakit dada. Menurut setiausaha agung PSM, S Arutchelvan, - Jeyakumar disoal-siasat oleh lima anggota polis semasa dalam tahanan sehingga menimbulkan tekanan mental. Polis membenarkan kakaknya melawat ahli parlimen itu Ahad lalu. Ini kali kedua aktivis sosial dan politik itu dibawa bagi mendapatkan rawatan perubatan setelah beliau bersama 29 ahli PSM yang lain ditangkap pada 26 Jun ketika dalam perjalanan menghadiri program parti itu 'Udah La Tu... Bersaralah' . Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kuala krai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan