Sabtu, 20 Ogos 2011

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Perbanyak amalan kebajikan dibulan mulia – Menteri Besar <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 05:11 PM PDT

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan umat Islam agar memperbanyakkan amalan kebajikan termasuk menderma bagi membantu mereka yang terkena musibah.

Gesaan itu juga turut disaran kepada masyarakat bukan Islam memandangkan amalan tersebut dapat meringankan bebanan masyarakat yang susah terutama yang terkena musibah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi mangsa kebakaran Siti Azlina Muhamed, di Kampung Chicha, dekat sini, kelmarin.

Turut menziarahi mangsa, anggota exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmod, Adun Demit, Muhammad Mustapha, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Rosdi Abdullah serta lain-lain pimpinan.

Menurutnya, amalan bantu membantu termasuk menziarahi golongan itu telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi Nabi lagi.

"Ini kerana dengan amalan ziarah serta membantu mereka dapat menghiburkan mereka yang ditimpa musibah. Datang tanpa membawa sebarang sumbanganpun tak apa andainya tidak mampu tanda simpati kita.

"Hari ini orang lain terkena musibah, esok luas mana tahu keluarga kita pula, ini tanggungjawab kita umat Islam dan bermasyarakat," ujarnya.

Pada masa yang sama beliau berharap mangsa kebakaran terbabit bersabar menerima ujian Allah pada 1 Ramadan lalu itu kerana ianya tidak menimpa secara sia-sia, sebaliknya ada hikmah yang lebih besar menanti.

Sementara itu, Azlina tidak dapat menahan sebaknya sewaktu menerima kunjungan Tuan Guru di tapak kebakaran kerana terharu dengan kunjungan mengejut dari Menteri Besar itu.

Ibu kepada empat orang anak itu melahirkan rasa gembira dan terharu di atas kunjungan Tuan Guru yang langsung tidak diduganya itu.

Selain itu, beliau turut menerima sumbangan dari kakitangan Air Kelantan Sdn Bhd yang disampaikan oleh Komunikasi Korporat, Azhari Abdul Rahman.

Pada petang 1 Ramadan lalu, kediaman Siti Azlina yang turut dihuni oleh 11 orang anggota yang lain termasuk enam orang adik beradiknya hangus dijilat api.

Enam orang adik beradiknya yang berusia antara 11 hingga 21 tahun turut mendiami rumah ini sejak kematian ibu bapanya beberapa tahun lalu.

Beliau bersama suami Mohammad Nazri serta adik beradiknya yang lain menumpang sementara rumah saudara sepupunya, Rohani Mohd Zain.

//HARAKAHDAILY.NET

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads