03 di pulau melaka - Google Blog Search |
Travelog aie & sha: Kembara Ramadan 1: <b>Pulau</b> Besar, <b>Melaka</b> Posted: 11 Aug 2011 01:05 AM PDT Jam 12.30 tengah malam, kami masih di Pakli Kopitiam sambil menghirup kopi putih panas dan bercerita tentang gosip pengembaraan, satu setengah jam sebelum kami bergegas pulang ke rumah bagi mengisi sehelai dua pakaian dan sedikit barangan peribadi ke dalam beg untuk ke Melaka awal pagi itu.
Keputusan yang dibuat dalam masa singkat. Semuanya hanya kerana timbul persoalan di mana lokasi untuk berbuka puasa pada hari berikutnya (Ahad). Kami dan Arai, bertiga ketika itu, terus sahaja bersetuju apabila timbul idea untuk membuat road trip bagi mengisi kekosongan pada hujung minggu itu. Beberapa tempat disenaraikan; 1) Gunung Brincang, Cameron Highland, 2) Kuala Gandah, Pahang, 3) Bukit Fraser, Pahang dan 4) Pulau Besar, Melaka. Setelah mempertimbangkan kesemuanya dari segi kos, jarak perjalanan, tempat-tempat yang menjadi tarikan dan lokasi yang majoriti kami belum pernah jejak, kami akhirnya memilih Pulau Besar di Melaka, atau juga dikenali sebagai pulau keramat. Untuk mengisi kekosongan yang boleh dimuatkan seorang lagi di dalam 'kancil' kami, Arai cuba menghubungi Ja dan tanpa banyak soal, Ja terus bersetuju menyertai kami. Tepat jam 2.30 pagi, kami pun bertolak dari Shah Alam menuju ke arah selatan. Sengaja kami memilih jalan lama, tidak mengikut lebuhraya. Bagi kami ,road trip akan jadi lebih bermakna jika melalui jalan-jalan lama. Kami memang sukan bersusah-payah, sengaja menolak keselesaan di lebuhraya. Banting-Port Dickson-Melaka, itulah panduan yang digunakan untuk sampai ke destinasi kami. Sepanjang perjalanan ke Banting, jalan raya yang dilalui masih elok dan diterangi lampu jalan. Namun sebaik sahaja memasuki kawasan Morib menuju ke Port Dickson, jalan raya mula tidak stabil, berlubang sana-sini, suasana pula sangat gelap kerana tiada lampu di sepanjang bahu jalan dan banyak selekoh merbahaya perlu ditempuhi. Kami akhirnya tiba di pekan Port Dickson pada pukul 5 pagi. Kami berhenti di sebuah gerai makan di tepi jalan untuk bersahur dan menyegarkan badan. Selesai bersahur, kami meneruskan perjalanan ke arah Melaka. Kami kemudian singgah di Masjid Suluk Duku, Masjid Tanah untuk menunaikan solat Subuh. Selesai solat kami mengambil keputusan untuk berehat dan lelap sebentar. Jam 8.30 pagi, kami bingkas bangun untuk meneruskan perjalanan. Lebih kurang sejam kemudian, kami pun tiba di Jeti Anjung Batu, transit untuk ke Pulau Besar. Dari sini, kami menaiki feri dengan harga tiket RM14 seorang untuk pergi dan balik. Terdapat satu lagi cara untuk ke Pulau Besar iaitu dengan mengambil bot laju di Jeti Umbai. Tapi harga yang dikenakan berkali-kali ganda lebih mahal. Hanya lebih kurang 15 minit sahaja yang diambil untuk merentas Selat Melaka sebelum sampai di Pulau Besar. Di jeti, sudah ada beberapa van penumpang yang sudah menunggu. Menurut salah seorang pemandu, sebanyak RM100 dikenakan untuk dibawa menjelajah satu pulau. Kami tak punya bajet sebanyak itu, maka kami pun mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Lebih kurang lima minit berjalan, kami tiba di pintu masuk Muzium Pulau Besar. Setelah berbincang, kami pun bersetuju untuk masuk ke dalam muzium tersebut. Tiket bagi seorang adalah RM5, rasa macam mahal pula! Muziumnya tidaklah sebesar mana namun cukup untuk memberi gambaran sebenar tentang keseluruhan Pulau Besar. Manurut salah seorang penjaga muzium itu, Pulau Besar memang terkenal dengan amalan-amalan dan kisah-kisah mistik. Pulau ini juga menjadi tumpuan pengamal-pengamal silat dari dulu sampai sekarang untuk menuntut ilmu. Menurut satu sumber, di pulau inilah Hang Tuang lima bersaudara mempelajari ilmu persilatan. Selain itu, Pulau Besar juga dikatakan sebagai salah satu lokasi terawal penyebaran agama Islam di Nusantara. Individu yang bertanggungjawab membawa Islam ke Pulau Besar adalah Sheikh Omar Abdul Qadir yang digelar Sultanul Ariffin. Gelaran itu membawa maksud 'penghulu orang-orang yang arif'. Beliau juga merupakan keturunan ke-18 Rasulullah S.A.W dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a). Sultanul Ariffin berasal dari Baghdad dan meninggal dunia pada usianya 58 tahun. Jenazahnya disemadikan di pulau itu dan makamnya menjadi antara tempat yang paling kerap dikunjungi orang-orang luar. Makam Sultanul Ariffin tidak jauh dari muzium. Hanya lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Tiba di makam, kami berasa agak terkejut kerana dalam ramai-ramai yang yang menziarahi makam itu, rata-ratanya adalah orang India yang beragama Hindu. Pelik, orang-orang India memenuhi makam tersebut, mereka duduk seperti duduk diantara dua sujud, dan bertafakur. Kelihatan banyak bunga yang berwarna-warni bertaburan di sekeliling makam dan berpuluh-puluh botol plastik berisi air diletakkan di hujung makam. Pelik bin hairan!
Bersebelahan dengan makam tersebut, terdapat sebuah surau kecil. Di hadapan pintunya, kelihatan dua lelaki yang sudah separuh usia sedang berehat di anak tangga, memerhatikan sahaja gelagat orang-orang yang datang ke makam tersebut. Kami merasakan salah seorang lelaki itu pasti dapat menjawab segala persoalan yang terbuku di dalam hati kami. Jangkaan kami tepat, salah seorang daripada dua lelaki itu menggelarkan dirinya sebagai Tok Ramli. Beliau merupakan penjaga di surau tersebut dan sudah menetap di situ selama lebih sepuluh tahun. Tak perlu bertanya, Tok Ramli seakan-akan sudah tahu akan hajat kami. Dia terus sahaja membuka cerita tentang serba sedikit sejarah di Pulau Besar. Kemudian dia menyentuh tentang beberapa makam yang terdapat di pulau itu. Memang terdapat banyak makam di sini. Ada makam Tok Janggut, makam Nenek Kebayan, makam Tok Putih, makam Tujuh Beradik dan beberapa makam yang lain. Namun kesahihan makam-makam itu tak dapat dipastikan oleh sesiapa pun. Ini diakui sendiri oleh Tok Ramli.
Setiap makam, mempunyai dua atau tiga cerita berlainan yang berasal dari sumber yang pelbagai. Terpulang kepada masing-masing sama ada mahu percaya atau tidak. Namun berkenaan makam Sultanul Ariffin, makam tersebut benar-benar ada keramat. Makam itu juga menjadi antara makam paling popular berbanding makam-makam lain yang terdapat di Pulau Besar. Mungkin disebabkan status yang dipegang oleh Sultanul Ariffin.
Akhirnya Tok Ramli pun menyentuh tentang perkara yang menjadi persoalan di hati kami. Manurutnya, memang ramai orang bukan Islam yang datang ke pulau itu akan bertandang ke makam Sultanul Ariffin untuk memohon hajat. Mereka akan mengisi air ke dalam botol yang diambil dari sebuah perigi berdekatan dan meletakkannya di hujung makam sebelum memulakan sesi berhajat. Air itu dibiarkan beberapa minit, sehingga dipastikan sudah cukup meresap berkat daripada makam tersebut, barulah mereka mengambilnya semula dan dibawa pulang.
Namun bilang Tok Ramli, kita orang Islam jangan diikut melakukan perkara sama. "Tapi, kenapa kita biarkan mereka berbuat begitu di kubur orang Islam, lebih-lebih lagi kepunyaan seorang tokoh dalam Islam?" tanya Ja. Tok Ramli terdiam sebentar, namun kemudian dia kembali membuka mulut. "Sepanjang saya berada di sini, dah ada lebih lima orang yang dah masuk Islam. Semuanya pun bermula dari amalan syirik itu," jawabnya dengan tenang. Tetapi masih belum cukup meyakinkan. Namun kami rasakan cukuplah sampai di situ, mungkin ada perkara yang disembunyikan Tok Ramli daripada kami. Atau Tok Ramli sendiri tiada jawapannya.
Kami meminta diri untuk ke tempat lain pula, membawa hati yang masih tertanya-tanya. Kami kemudian berjalan mengikut persisiran pantai sehingga kami tiba di makam Nenek Kebayan. Perkara yang sama berlaku, beberapa orang India beragama Hindu sedang mengelingi makam tersebut dan khusyuk berdoa.
Berdekatan makam itu, kami terlihat akan adegan seorang wanita separuh usia seperti sedang mengubati seorang pesakit. Kami cuba bertanya pada salah seorang di situ, apa yang sedang berlaku dan siapa makcik tua yang seperti dukun itu. Menurut seorang lelaki India yang begitu ramah apabila disapa, makcik tersebut merupakan keturunan Nenek Kebayan, seorang dukun yang hidup pada zaman Sultanul Ariffin dan pernah mengubatinya. Makcik itu yang dikatakan mempunyai ilmu yang diturunkan oleh Nenek Kebayan, sedang merawat seorang remaja lelaki yang kehilangan bapa, agar dipertemukan semula dengan bapanya.
Aneh, memang aneh. Kami baru berjalan tidak sampai separuh dari pulau itu, tetapi kami telah bertemu dengan pelbagai perkara aneh.
Sebenarnya banyak lagi tempat yang dikatakan menarik terdapat di pulau ini. Antaranya ialah, Perkampungan Bunian, Istana Bunian, Tasik Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Batu Belah, Tasik Biawak, Pokok Disula, Perigi Nenek Musallima dan beberapa tempat yang lain.
Kalau berhajat untuk berjumpa dengan orang bunian, datanglah ke pulau ini. Mereka memang betul-betul ada di sini.
Kami tidak boleh berada lama di Pulau Besar, kami sepatutnya berada di jeti pada pukul 12.30 tengah hari untuk kembali semula ke tanah besar sebab kami memang merancang untuk berbuka puasa di bandar Melaka. Namun nasib kami agak malang kerana ketika tepat jam 12.30 kami tiba di jeti, feri sudahpun berlalu pergi. Menurut seorang pemandu van yang mengambil penumpang di jeti, feri hanya akan datang semula pada pukul 4.30 petang. Namun jika terdapat ramai orang di Jeti Anjung Batu yang mahu ke Pulau Besar, feri boleh kembali pada bila-bila masa sahaja. Maka dengan perut yang sedang kelaparan dan mata yang sembab kerana mengantuk, kami pun terpaksa melabuhkan badan di tepi pantai. Melihatkan kami yang sedang kepenatan lebih-lebih lagi di bulan puasa, tuhan akhirnya mengembalikan feri ke Pulau Besar pada jam 2.30 petang. Syukur Alhamdulillah...
Dalam perjalanan dari Jeti Anjung Batu ke bandar Melaka, kami singgah di beberapa masjid lama untuk sembahyang dan menghayati seni binaannya. Antaranya ialah Masjid Jamek Kampung Umbai Pantai, Masjid Al- Khairiah Kampung Teluk Mas dan Masjid Qariah Alai.
Kami tiba di Jonker Walk dalam jam 4 petang. Jalan yang penuh nostalgia, terasa seperti kembali ke zaman klasik Melaka. Jonker Walk memang tidak pernah membosankan. Banyak perkara yang boleh dilihat dan dihayati. Kisah tentang Jonker Walk pernah kami tampilkan di sini, jadi tak perlulah kami bercerita panjang tentang lokasi ini yang juga dikenali sebagai Jalan Hang Jebat. Selepas hampir dua jam di Jonker Walk, kami pun beredar untuk mencari tempat berbuka puasa. Tiada bazar Ramadan yang berdekatan, kami kemudian mengambil keputusan untuk mencari di tempat lain.
Arai selaku pemandu ketika itu akhirnya menemukan pasar Ramadan yang terletak berdekatan dengan Melaka Sentral. Kami membeli makanan masing-masing sebelum ke dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk berbuka di sana.
Seronok dan puas walaupun hanya sehari kami melakukan road trip. Kejayaannya diraikan pula dengan berbuka puasa beratapkan langit yang menjingga, berdindingkan angin sepoi-sepoi bahasa dan berlantaikan anak tangga simen yang dingin. Selepas berbuka, kami bergegas ke Masjid Al-Alami yang terletak di dalam kawasan Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh untuk solat maghrib. Masjid yang masih agak baru dibina ini mengekalkan ciri-ciri seni bina masjid-masjid lama yang banyak terdapat di Melaka iaitu berkonsepkan pagoda.Jam 8.30 malam, kami bergerak pulang ke Shah Alam menggunakan lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan kali ini lebih singkat, hanya lebih kurang dua jam memandu, kami akhirnya tiba semula di 'markas, Pakli Kopitiam, pekena kopi panas secawan sebelum dahulu pulang ke rumah masing-masing untuk berehat dan qada' tidur.
|
Taman Tema Arab City Akan Dibuka <b>Di Melaka</b> | ! Oh New Beb ! Posted: 11 Jul 2011 05:30 PM PDT Arab City yang dikatakan pertama seumpamanya di dunia, merupakan satu usaha beraniyang akan melihat saluran tanah di pulau indah, Pulau Melaka berubah menjadi destinasipelancong-bertemakan Arab bertaraf dunia yang menawarkan kombinasi sempurna iklimyang harmoni, budaya, makanan,glamor, mewah, hiburan dan mesra rakyat. Arab City adalah inisiatif pertama seumpamanya, dan Malaysia telah dipilih sebagai negara dari mana visi untuk Arab City akan menjadi kenyataan. Konsep Bandar Raya Arab adalahuntuk berkhidmat sebagai jambatan antara dunia Arab dan negara tuan rumah, dan di peringkat yang lebih besar sebagai pautan untuk menubuhkan dan menggalakkan peluangpelancongan, hubungan perdagangan dan pertukaran kebudayaan pada skala global.
Gambar sekitar tapak pembinaan: |
You are subscribed to email updates from di pulau melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan