03 di gua musang - Google Blog Search |
JuAngHinggaTiTisaN: Gua Madu, Tarikan Istimewa Ke <b>Gua Musang</b> Posted: 16 Aug 2011 12:52 AM PDT GUA MUSANG: Gua Madu yang terletak di Kampung Batu Papan di pinggir bandar Gua Musang kini semakin terkenal kerana inap desanya mendapat sambutan baik terutama daripada pelancong luar. Adalah menjadi kemestian kepada pengusaha inap desa di kampung itu membawa pelancong melawat gua batu kapur untuk menyingkap sejarah dan keunikannya. Gua Madu mendapat namanya kerana terdapat banyak sarang lebah yang menghasilkan madu dalam gua berkenaan. Adalah dipercayai Gua Madu adalah guayang menjadi tempat terbesar bagi lebah membuat sarang di negeri ini. Pelancong boleh melihat sendiri beberapa sarang lebah dan bekas lilin yang terhasil daripada madu, dipercayai berusia puluhan tahun yang masih melekat didinding gua berkenaan. MADU MENITIK Menurut penduduk, jika bernasib baik, pelancong akan dapat melihat madu yang menitik daripada sarangnya dan kesan pencari madu terutama di beberapa pokokbesar di sekeliling gua sebagai tempat memanjat untuk mendapatkan sarang lebah. "Kerana begitu banyak sarang lebah, maka dipanggil penduduk setempat sebagai Gua Madu dan kerana sukar untuk mendapatkan madu di dinding gua yang bahaya,ramai pencari madu sudah tidak ke sini lagi," kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP) Batu Papan, Zamri Zakaria. Wartawan Bernama yang berkesempatan melawat gua berkenaan turut teruja melihat beberapa sarang lebah itu yang tergantung tinggi di batuan gua berkenaanserta kesan lilin lebah di sekitarnya. GUA MADU TEMPAT PERSEMBUNYIAN KOMUNIS Gua Musang pada satu ketika dahulu sememangnya terkenal sebagai tempat persembunyian komunis berdasarkan kepada keadaan geografinya yang banyakterdapat gua batu kapur yang sangat strategik untuk bersembunyi. Gua Madu adalah satu lokasi persembunyian anggota komunis yang dijadikan markas mengatur strategi. Seorang penduduk, Latiff Awang, 64, yang juga antara penduduk terawal di Kampung Batu Papan itu pernah beberapa kali terserempak dengan anggota komunisberhampiran gua berkenaan. "Mereka tidak pernah menakutkan penduduk sekitar dan menjadikan Gua Madu sebagai tempat bersembunyi atau transit sebelum meneruskan perjalanan ke tempatlain," katanya. Latiff berkata, pernah pada satu ketika beliau terserempak dengan beberapa anggota komunis berkenaan dan diminta oleh mereka untuk membeli barangantermasuk ubat. "Saya pernah terserempak dengan anggota komunis, paling ramai ketika itu adalah tujuh orang. Masa itu anggota komunis berkenaan tidak bertindak ke atassaya, cuma meminta bantuan untuk membeli ubat-ubatan di bandar lama," katanya. Dalam Gua Madu itu sebenarnya terdapat beberapa ruang yang dijadikan tempat menyimpan barangan, tempat bermesyuarat dan tempat penginapan. "Nak masuk ke dalam gua ini memang sukar dan terdapat beberapa tingkat ruang yang dijadikan seperti bilik kepada anggota komunis," katanya. Beliau berkata disebabkan faktor keselamatan pelawat atau pelancong tidak dibenar memasuki ruang dalam gua berkenaan kecuali di satu bahagian gua yangkini dijadikan sebagai surau untuk bersolat. Di pintu masuk gua itu kini dipasang pagar besi bagi mengelakkan pengunjung memasukinya selain dikhuatiri boleh dijadikan tempat menagih dadah dan maksiat. Surau itu juga dilengkapi ruang mengambil wuduk dan lantainya dipasang jubin bagi memudahkan pengunjung untuk bersolat. Kedinginan air melalui celahan batu gua itu begitu menyegarkan bila membasuh muka atau mandi manda di tempat yang disediakan oleh penduduk kampung. KAMPUNG BATU PAPAN KINI SEMAKIN TERKENAL Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama pendudukkampung telah bekerjasama untuk menjadikan Kampung Batu Papan sebagai lokasi persinggahan utama pelancong ke Gua Musang. Sejak awal 1980 lagi, beberapa peruntukan telah disalurkan oleh Kesedar seperti menjaga Gua Madu dengan dilengkapi prasarananya terutama tandas awam dankedai makan. JPS pula telah membina satu jambatan gantung merentasi sungai untuk ke gua berkenaan serta pengindahan tebing sungai bagi mencantikkan lagi suasana ke guaberkenaan. Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan pula menyalurkan peruntukan melalui Kementerian Pelancongan bagi menarik minat seberapa ramai pendudukkampung itu menjadikan rumah mereka sebagai inap desa. Kini terdapat 180 buah rumah dijadikan inap desa dan dijadikan lokasi hampir lebih 1,000 pelancong asing seperti Jerman, Amerika Syarikat, Jepun dan rantauASEAN untuk berkunjung ke kampung itu. "Harga yang kami tawarkan kepada pelancong sangat istimewa dan anda boleh berunding untuk kadar sewa termasuk makan dan minum serta pakej merasai hidup diperkampungan," kata Zamri. Kampung itu juga pernah dinobatkan sebagai Inap Desa Terbaik Kelantan beberapa tahun lepas dan disenaraikan dalam kalendar pelancongan sebagai tempatutama untuk dilawati di Kelantan terutama jika ke Gua Musang. Di kampung itu juga terdapat beberapa buah kolam ikan yang dibina oleh penduduk kampung bagi menarik minat pelancong. "Alhamdulillah Kampung Batu Papan dan Gua Madu ini semakin terkenal dan dapat menjana pendapatan kepada penduduk kampung ini," katanya. Mereka yang berminat untuk menerokai kawasan ini boleh menghubungi Zamri di talian 019-9123400. - BERNAMA |
renungan: <b>Gua Musang</b> : Kubu kuat Ku Li Posted: 11 Aug 2011 07:48 AM PDT BILA Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan beberapa bekas menteri menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah; sebuah NGO yang bertujuan menegur dan memperbaiki kelemahan kerajaan, masa depan beliau dalam Pilihanraya Umum ke 13 menjadi tanda tanya. Ini ditambah lagi dengan spekulasi mengatakan pihak pembangkang telah menawarkan beliau untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Sehingga kini Ku Li membisu dan tidak memberi sebarang respon. Apakah Ku Li akan bertanding dan mempertahankan kerusinya di Gua Musang atas tiket Barisan Nasional (BN) ? Satu hakikat yang harus diterima ialah Gua Musang merupakan kubu kuat Ku Li hampir tiga dekad. Tidak ada calon yang boleh mengalahkan beliau di situ. Bila Ku Li berada dalam parti Semangat 46 dan bergabung dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), beliau menang di Gua Musang dengan majoriti yang besar. Dan bila Ku Li kembali pada UMNO dan bertanding atas tiket BN, sekali lagi beliau berjaya memenanginya dengan selesa. Begitu juga dalam pilihanraya kecil di Galas beberapa bulan dahulu beliau menjadi Pengarah Pilihanraya BN menewaskan calon PAS dengan majoriti selesa. Jelas Ku Li begitu berpengaruh di kawasan Gua Musang; di mana Galas berada di dalam kawasan parlimen tersebut. Jadi, Ku Li tidak bimbang penglibatannya dalam Amanah dan desas-desus dia akan menjadi Ketua Pembangkang tajaan Pakatan Rakyat. Kerana beliau tahu kedudukkan beliau sebagai wakil di Gua Musang tidak akan tergugat. Status Ku Li sebagai ahli parlimen tidak sama dengan status Datuk Ibrahim Ali sebagai wakil rakyat di Pasir Mas. Ibrahim Ali menang di kawasan itu di atas ehsan PAS. Pada PRU 13 nanti PAS tidak akan memberi laluan mudah pada Presiden Perkasa itu. Ibrahim Ali tidak dapat menandingi pengaruh dan kekuatan Ku Li di Gua Musang dengan pengaruhnya di Pasir Mas. Ku Li tetap akan menang di kubu kuatnya itu, hatta dia bertanding di atas tiket Bebas. Manakala nasib Ibrahim Ali dalam PRU 13 nanti masih menjadi tanda tanya. Apa yang jelas beliau tidak mungkin dapat mempertahankan kerusi Pasir Mas itu lagi. Pada PRU 13 UMNO pusat dan negeri tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa memilih Ku Li mempertahankan kerusi di Gua Musang. Bagi Ku Li, barangkali beliau tidak peduli; apakah UMNO akan memilihnya atau tidak, beliau tetap bertanding di kubu kuatnya, Gua Musang. Kerana hingga kini tidak ada calon yang mampu menumbangkannya di situ. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di gua musang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan