Sabtu, 27 Ogos 2011

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


AKSB Diminta Selesai Isu Bekalan Air <b>Kelantan</b>

Posted: 24 Aug 2011 10:21 PM PDT

KOTA BAHARU – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menggesa syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyelesaikan kemelut 21 tahun masalah bekalan air negeri itu yang tidak pernah selesai.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jeli, berkata di kawasan Parlimennya juga kini menghadapi masalah bekalan air sejak semalam dan ia menyulitkan penduduk Jeli beribadat di bulan Ramadan terutama dalam aspek kebersihan.

Katanya penduduk juga mengadu dengan ketiadaan bekalan air, ia menyulitkan mereka untuk membuat persiapan sambutan Aidilfitri.

"Saya khuatir dengan perkembangan kesihatan kini berdasarkan laporan kajian Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) bahawa Penduduk Hulu Kelantan menghadapi risiko penyakit leptospirosis atau kencing tikus dari sumber air di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu malam.

Beliau berkata demikian mengulas aduan rakyat di kawasan Parlimennya sejak beberapa hari lepas mengenai masalah bekalan air.

Presiden Awer S.Piarapakaran dipetik berkata air yang digunakan oleh penduduk di kawasan Hulu Kelantan berpunca dari mata air kawasan bukit dan terdapat maklumat balas bahawa risiko penyakit kencing tikus dari sumber air ini adalah tinggi.

Beliau berkata kajian Awer juga mendapati mutu air di beberapa kawasan di Kelantan seperti di Kuala Krai, Temangan, Kota Baharu, Machang, Pasir Puteh, Jeli, Bachok, dan Tanah Merah masih tidak memuaskan.

Manakala Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd Hazwan Hassan dalam kenyataannya berkata penduduk di jajahan Jeli akan mengalami gangguan bekalan air selama enam hari sejak Isnin lepas.

Katanya gangguan itu berikutan kapasiti pengeluaran bekalan air di Loji Rawatan Air Jeli dan Air Lanas turun secara mendadak dan kerja mengatasinya sedang dijalankan. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads