Sabtu, 27 Ogos 2011

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> tuntut hak gas <b>di</b> utara &#39;Malay Basin&#39; | Free Malaysia Today

Posted: 26 Aug 2011 12:11 AM PDT

"Jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150 km sahaja dan paling hampir berbanding Terengganu," kata Husam Musa.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak boleh mengenepikan haknya terhadap pembangunan gas yang tersimpan di dasar laut di utara 'Malay Basin' yang dianggarkan bernilai RM15 bilion.

Exco kanan Datuk Husam Musa berkata utara 'Malay Basin' merangkumi blok PM 301, PM 302 serta telaga Bergading sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara lain.

"Jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150 km sahaja dan paling hampir berbanding negeri Terengganu," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Naib Presiden PAS itu merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos lalu berhubung kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara 'Malay Basin' yang akan disalurkan dengan paip didasar laut yang baru sejauh 200 km ke Kerteh, Terengganu.

"Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah SWT yang tersimpan di perut bumiNya.

"Dalam hal ini, lebih elok jika Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri Kelantan supaya gas ini didaratkan di Bachok, Kelantan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini.

Kerajaan negeri menurutnya, akan berbuat apa sahaja supaya hasil mahsul Kelantan ini tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan.

Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Kelantan</b> 1432H/2011 <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2011 12:37 PM PDT

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Kelantan untuk tahun 1432H/2011. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan.

Waktu Berbuka dan Imsak bagi kawasan di negeri Kelantan

Kelantan

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Kelantan:

Zon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)

Zon 2 – Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Kelantan melalui paparan Sribd di atas.

Sumber: e-Solat JAKIM DAN BELIA MUDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads