Sabtu, 27 Ogos 2011

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Kembara Iftar Yayasan Amal Caw Kelantan | Yayasan Amal Malaysia

Posted: 23 Aug 2011 11:51 PM PDT

Posted by yayasanamalmalaysia on August 24th, 2011

Seperti biasa, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan terus bergerak melaksanakan Kembara Sahur dan Iftar bagi tujuan berkongsi kehidupan bersama rakyat yang sederhana dan miskin.

Kembara kali ini yang diketuai pengerusinya YB Mohd Zaki Ibrahim menuju ke sebuah rumah seorang penduduk kampung di dalam kawasan DUN Kelaboran. Dengan membawa sedikit juadah untuk Iftar (Berbuka) dan sedikit keperluan rumah, kehadiran Yayasan Amal Kelantan sedikit sebanyak meringankan beban keluarga tersebut.

Sambil beramah mesra bersama anggota keluarga, Yayasan Amal Kelantan telah dimaklumkan bahawa seorang anak daripada keluarga tersebut menghidap penyakit buah pinggang. Kanak-kanak tersebut yang berumur 7 tahun dilaporkan baru sahaja dimasukkan kedalam wad bagi merwat penyakit yang dihidapi.

Atas rasa tanggungjawab serta simpati terhadap penderitaan kanak-kanak tersebut, YB Mohd Zaki telah menghulurkan sedikit sumbangan daripada Yayasan Amal Kelantan kepada bapa kanak-kanak tersebut.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang kepada Yayasan Amal Kelantan bagi tujuan membantu keluarga-keluarga yang miskin diseluruh Kelantan bolehlah menyalurkan sumbangan anda kedalam akaun YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN melalui EONCAP Islamic Bank : 0545-11-002025-9

You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads