ads

Ahad, 9 Oktober 2011

03 di bunut payong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b>: Bekas pemain disaran tubuh persatuan

Posted: 17 Jul 2011 10:25 AM PDT

KOTA BHARU – Bekas pemain bola sepak negeri disarankan menubuhkan persatuan mereka sendiri bagi membolehkan segala aspek kebajikan dan juga kesusahan hidup yang mereka alami mendapat pembelaan sewajarnya.

Ahli Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, di peringkat FAM pun, pihaknya sentiasa berbincang mengenai kebajikan dan pembelaan terhadap nasib bekas pemain yang pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan sebelum ini.

"Puncanya kita dapat kenal pasti apabila pemain bola sepak sudah bersara mereka hilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Tidak ada satu persatuan pun ditubuhkan dapat menyatukan mereka semua.

"Di peringkat kebangsaan sekalipun tidak ada organisasi yang tersusun dapat membantu mereka. Jadi saya mengalu-alukan sebarang penubuhan persatuan bekas pemain di peringkat negeri supaya mereka boleh menyusun pelbagai program dengan baik.

"Jasa bekas pemain yang pernah menabur bakti mengharum negeri dan negara dalam bidang sukan bola sepak tidak harus dilupakan begitu sahaja. Apabila persatuan ditubuhkan, mudah bagi pihak berwajib untuk menyampaikan bantuan kepada mereka," katanya kepada media pada majlis bertemu bekas pemain bola sepak negeri Kelantan era tahun 60 hingga 70-an, semalam.

Takiyuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMMK) turut memuji usaha yang dilakukan bekas-bekas pemain bola sepak di negeri ini untuk menubuhkan persatuan bekas pemain dalam masa terdekat.

"Sebenarnya, ramai bekas pemain negeri ini pernah berkhidmat dengan agensi Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MKPB-BRI). Macam MPKB-BRI dulu pernah menjadi johan Piala FAM, jadi mereka juga boleh menyumbang kepada persatuan.

"Alhamdulillah, malam ini mereka bersetuju menubuhkan jawatankuasa penaja dan saya sudah memberi jaminan untuk menyumbang sebanyak RM10,000 kepada mereka. Jadi dengan duit tersebut mereka boleh menguruskan aktiviti permulaan bagi persatuan mereka," katanya.

Mengenai cadangan pengurniaan anugerah kepada bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negeri ini sebagai salah satu pengiktirafan terhadap jasa mereka selama ini, Takiyuddin turut menyokong penuh cadangan tersebut.

"Ini satu cadangan yang baik. Saya akan berbincang dengan Abdul Fattah Mahmood (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO Negeri) untuk mengemukakan nama-nama yang difikirkan sesuai dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya.

SINAR HARIAN Ahad 17 Julai 2011

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved