Ahad, 9 Oktober 2011

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Pasar Borong <b>Wakaf Che Yeh</b> | GloryDays

Posted: 24 May 2011 06:55 AM PDT


Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.
Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Disini situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama mereka
Pasar Wakaf Che Yeh menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung. Kemeriahan yang wujud di pasar ini menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar 'mencuci mata' dan berjalan-jalan melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.Bagi pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu terutamanya yang luar dari Kelantan, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang 'wajib' dilawati. Jika pandai dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.
Keadaan bertambah sesak jika menjelang musim cuti perayaan dan musim cuti persekolahan,memandangkan ramai yang bercuti dan mengambil kesempatan untuk membeli belah.Bagi yang ingin berkunjung ke Kelantan ataupun yang belum sampai ke Kelantan,jadikan Wakaf Che Yeh sebagai tempat yang wajib dilawati.
Wakaf Che Yeh 'Pasar Yang Tak Pernah Tidur'
_________________________________________________________

* <b>Wakaf Che Yeh</b> kelantan..Hotel murah dan happening! | Pinky <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2011 01:45 AM PDT

bersambung lagi untuk edisi cuti cuti keluarga kecik ke kelantan :)
encit papa sengaja book kat kawasan Wakaf Che Yeh ni..
sebab malamnye tak perlu keluar menggunakan kete kan..jimat minyak..
hanya turun dari hotel...dah boleh start xtvt bershopping..

pada malamnya sangat happening kawasan ni..macam macam ada untuk dijual..
orang kelantan tau la kan keadaan malam di Wakaf Che Yeh..
kalau tanya diriku..ermm ala ala uptown la Wakaf Che Yeh ni..
tapi dia besaaaaaar sangat..sampai kami tersesat nak pulang ke hotel huhu..
masuk simpang ni..eh tak jumpa lagi..aihh kompius ahkak uols!

kat kawasan ni banyak sangat hotel hotel bajet..jangan risau soal penginapan..
yang ku nampak ada polyland hotel..khalifa inn..ombak inn..korang tinggal pilih jer..
tapi kami memilih Seroja Inn Hotel huhu..tepi jalan je..berdekatan ngan CIMB..
berhadapan hotel, ada deretan kedai makan..soal makan ditanggung bereh..
plus warna merah tu yg senang nak cari muahahaha..

seroja inn hotel ni..dia murah dan soal kebersihan jangan di ragu yer kawan kawan..
untuk bilik deluxe..1 queen bed & 1 single bed dengan view cuma RM100 semalam..
hotel lain dalam RM100++..ni dah survey dulu sebelum check-in..
hotel murah murah sudeh..sebab kata nak berjalan kan..bukan berhornymoon huhu..
saje pilih yang ada tingkap sebab encit papa kata tak lah lemas sangat nanti ;p

kesian cik su kena handle hero kenit sorang ni..huhu..nak merayap jer dia..
almaklum mama dilarang angkat angkat benda benda berat..
masa ni di lobby..tengah tunggu encit papa settlekan urusan check-in :)

ok cukup stakat ari ni dulu ye..esok kite sambung cite shopping di Wakaf Che Yeh..
kak bedah dah penat nak karang citer wahaha..nak blogwalking pulak..
terlepas entry Cuti Cuti Kelantan yang lepas? boleh klik di bawah..

Part 1: Jalan Jalan di Kampung Kraftangan

Part 2: Makan di Nasi Ulam Cikgu

Part 3: Shopping di KB Mall
nak pegi umah mertua sat gi..daa daa~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

**kisah keluarga kecik kami dr bandar ke kampung**


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads