Ahad, 2 Oktober 2011

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


THE FLYING KICK: Benarkan <b>Kelantan</b> Laksana Hudud!

Posted: 30 Sep 2011 02:00 AM PDT

MPP pembangkang tidak akan laksana hukum hudud
29/09/2011 3:34am
KUALA LUMPUR 29 Sept. — Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.
"Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi.
Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara. — Bernama
Satu yg tak jelas dlm keputusan yg dibuat..ianya tak sebut Kelantan boleh atau tidak laksanakan hudud..
Sultan dah setuju pun...lama dah!!!
Atas semangat pakatan dan atas semangat kebajikan..PAKATAN kena biorkan Kelantan laksanakan hudud, demi kebaikan dan kebajikan rakyat Kelantan!! sekurang2nya memberi kesempatan kesemua rakyat dapat meihat keberkesanan hudud ni..
Jgn takut..Tok Guru ada tu..masa ada ler kena buat, jgn tunggu beliau mati lak...takut2 nanti diberi alasan bahwa Tok Guru dah tak der maka tak leh laksana hudud..
PAS kena tegas..dan zahirkan iltizam yg sungguh2..PAS kena zahirkan, bahwa PAS benar2 serius dan bukan anggap hudud satu prmainan politik atau helah brpolitik semata2..PAS kena buktikan bahwa selama ni perjuangan PAS adalah kerana ALLAH swt..bukan kerana kerusi dan kuasa..bukan kerana sesapa!!
Kelantan mesti jadi "role m0del".."prototype"..PAS Kelantan kena benar2 serius!!! JANGAN UNDUR!!!! Bior semua negeri cemburu ngan kelantan kerana kebaikan yg besor lahir dari perlaksanaan hudud nanti!!walaupun dikalangan org2 kapir!!
Jgn takbir sekadar kat lidah dan pengeras semangat semasa brkempen politik...tapi dalam hati langsung tiada hakikat takbir yg dilaungkan..apa tah lagi prtbuatan..
KELANTAN MESTI LAKSANAKAN HUDUD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

GELOMBANG WANGSA MAJU: BREAKING NEWS ... Syed Azidi <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 07:09 AM PDT

Bagaimana perasaan Syed Azidi Syed Abdul Aziz a.k.a. Kickdefella, ditahan dibawah ISA, di rumahnya di Demit , Kota Bharu, Kelantan pada 17 September 2008 jam 5.00 petang , 2 jam sebelum umat Islam berbuka puasa di bulan Ramadan.

Beliau dikatakan menghasut rakyat Malaysia pada 23 Ogos 2008 agar mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik. Polis Bukit Aman merampas laptop ketika beliau berada di rumah bersama isterinya Bariah Ishak.

Waran tangkap tidak ditunjukkan ketika 3 polis berpakaian preman ke rumahnya. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan Syed Azidi ditahan dibawah Akta Hasutan.

Soalan Bonus Minggu Ini ...

'Kelainan' bagaimanakah yang boleh dterimapakai dan boleh digunapakai sebagai tidak menyalahi Akta Hasutan?

Membakulsampahkan lagu Negaraku? ...
Menghasilkan video 'Kawan' dimana lagu dan lirik menyatakan 'Melayu balik hutan jadi sakai'? ...
Atau ... video penghinaan seorang Guru besar sebuah sekolah dengan cacian dan makian?

Anda mempunyai jawapan paling tepat? ... kerana GWM langsung tidak mempunyai jawapannya!

SELALU ADA YANG BARU: NIK AZIZ TERNYATA GAGAL

Posted: 10 Sep 2011 05:32 AM PDT

KERANA SIBUK BERPOLITIK DAN SUKA MEMBURUKKAN UMNO - ROGOL KIAN MENINGKAT DI KELANTAN...

JALAN CHE SU – Negeri Serambi Mekah,Kelantan yang sebelum ini dibanggakan Pas sebagai negeri membangun dengan Islam dicemari dengan insiden rogol yang meningkat.

Malahan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan exconya berbangga telah membawa konsep Islam di negeri itu yang dapat dilihat secara zahir seperti menguatkuasakan pemakaian tudung, menghalang riba dan menutup pusat hiburan.

Namun bagi pembangunan rohani konsep membangun bersama Islam Pas gagal kerana jenayah semakin banyak berlaku dan berleluasa di Kelantan, kata seorang aktivis sosial Wan Rahaman Ibrahim.

"Masalah sosial seperti jenayah rogol kian berleluasa di negeri ini kerana rendahnya nilai moral masyarakat akibat faktor kemiskinan dan menangani kemiskinan adalah tanggungjawab kerajaan negeri," katanya kepada khabar kota bharu.

Beliau berkata menurut dalil dalam hadith dan Quran, manusia akan menjadi kufur jika kemiskinan berleluasa dalam masyarakat.

"Kita lihat betapa Pas gagal meningkatkan ekonomi negeri dengan 200,000 orang muda Kelantan terpaksa berhijrah ke luar negeri mencari pekerjaan kerana tiada infrastruktur yang memangkin pembangunan ekonomi serta membuka peluang pekerjaan baru," katanya.

Katanya, apa yang Pas banggakan hanya luaran sahaja ibarat seorang lelaki memakai baju hijau cantik tetapi dalam hatinya amatlah busuk, penuh dengan kerosakan moral.

Sebelum ini Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu.

Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas 1 Syawal lalu jenayah itu bertambah mendadak.

Beliau yang bimbang jenayah rogol secara bergilir-gilir menjadi trend terkini remaja di negeri itu bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kes dalam tempoh itu.

"Walaupun kes dicatatkan masih rendah iaitu 197 sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 206 kes dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi ia meningkat dalam tempoh dua minggu lalu," katanya.

Mazlan sehubungan itu berharap ibu bapa dan penjaga tidak membenarkan anak gadis mereka sewenang-wenangnya keluar bersama teman lelaki.

"Mungkin sempena musim perayaan, ibu bapa beri kelonggaran untuk anak gadis mereka keluar berjumpa teman lelaki," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads