03 di pulau melaka - Google Blog Search |
Tamu <b>Pulau Melaka</b>: NR1 Menyambut Hari Kemerdekaan <b>Di</b> Australia <b>...</b> Posted: 02 Sep 2011 10:20 PM PDT Perdana menteri berada di Perth, Australia. Andaiannya berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu. Ketika dihubungi, seorang pembantu Najib enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara. "Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu. ( betulkah begitu...) Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA. AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri. TPM: Merdeka! Merdeka! Merdeka! Barangkali begitulah gegak gempitanya tempikan hati mereka berdua setelah berlepas dari Changi Airport, S'pura menuju destinasi jauh di luar negara 1Malaysia yang semakin mencengkam hati sanubari NR1. Buat apalah berada dalam negara yang rakyatnya tidak 'sporting' dan semakin derhaka terhadap PM dan FLOMnya. Keunikan mereka berdua mencatatkan sejarah tanah air. PM yang pertama bla...bla...bla.... Isteri PM yang pertama bla...bla...bla..... dan banyak bla-bla-blanya. Fenomena menduga rakyat lagi; mereka berdualah PM dan isteri PM yang pertama tidak menyambut saat 12.01 tengah malam-pagi Hari Kemerdekaan 31 Ogos di Stadium Merdeka, Dataran Merdeka atau sama2 mendongak Jalur Gemilang memanjat tiang. Terima kasih PM kerana meraikan hari kemerdekaan Malaysia di Australia, ehh macam tak padan je ucap terima kasih pada pemimpin yang tak berterima kasih pada rakyat yang tanggung semua kos cuti dia? kan...kan...kan.
|
You are subscribed to email updates from di pulau melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan