03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Nasib 3 Beradik Tanpa Dokumen <b>...</b> Posted: 02 Oct 2011 05:13 AM PDT 02/10/2011 20:13:00 Tiga beradik berusia 10, 13 dan 16 tahun. Semuanya perempuan dan tidak bersekolah dan tiada dokumen pengenalan diri. Ibu bapa mereka juga tidak mempunyai dokumen berkenaan. Kini anak bongsu mereka mahu bersekolah namun dinafikan peluang kerana sebab yang sama. Saksikan laporan berikut. Keluarga ini menyewa rumah di Kampung Kandis di Gaal, Pasir Putih, Kelantan. Abdul Rahman Hussin, 43 tahun berkerja mengambil upah menoreh getah. Manakala isterinya suri rumahtangga sepenuh masa. Sejak usia tujuh tahun anak bongsu pasangan ini, Zainab, 10 tahun, hanya duduk dirumah dan tidak ke sekolah. Kini keinginannya untuk bersekolah semakin berkobar. Bagi melayan keinginan bersekolahnya, Zainab memiliki sebuah buku latihan dan sebatang pensil untuk berlatih sendirian di rumah. Beliau akui merasa cemburu melihat kawan kawan ke sekolah setiap hari dan mula rasa bersendirian. ZAINAB ABDUL RAHMAN Dua lagi kakak zainab, afiqah, 13 tahun; dan aishah, 16 tahun, kini sudah memasuki alam perkerjaan walaupun dibawah umur 18 tahun. Afiqah dikatakan berkerja sebagai pengasuh kanak kanak di Kuala Lumpur. Manakala Aishah pula berkerja berhampiran kampung mereka. Abdul Rahman berkata Afiqah sudah lama tidak pulang ke kampung kerana gemar dengan kehidupan dikota. Hakikatnya, beliau mengawini isterinya di Selatan Thailand dan kembali semula ke kelantan setelah Zainab berusia 2 tahun. ABDUL RAHMAN HUSSIN. Jabatan Pendaftaran Negara, JPN, Kelantan kami hubungi yang kemudiannya turun ke kediaman pasangan ini. Dokumen yang diserahkan kepada kakitangan JPN menunjukan ketiga tiga anak pasangan ini dilahirkan di Selatan Thailand. Sekaligus taraf kewarganegaraan mereka disangsi. Kes dirujuk ke Putrajaya untuk ulasan. Dalam pada itu Jabatan Pelajaran Kelantan juga menyemak status kanak kanak berkenaan untuk menentukan mereka layak memasuki alam persekolahan pada usia yang agak lewat. Menurut Jabatan Pendidikan Kelantan - kesulitan berdepan tiga beradik berkenaan. Ini kerana ketiadaan dokumen pengenalan sah menyukarkan mereka di daftar untuk bersekolah. Dalam hal ini - Jabatan Pelajaran Negeri akan menunggu hasil semakan Jabatan Pendaftaran Negara mengenai status kerakyatan mereka sekeluarga. Beliau, isteri dan ketiga tiga anaknya adalah warga Thailand yang menetap di Pasir Putih untuk sekian lama. Justeru, dokumen kelahiran anak anak mereka sepatutnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa Thai. Sekaligus, mereka berstatus pendatang. Kesudahannya, Zainab, Afiqah dan Aishah tidak boleh memasuki alam persekolahan di negara ini. Kisah keluarga Abdul Rahman bukan eksklusif. Ramai lagi yang senasib seperti mereka tanpa dokumen sah. Sekian, laporan kali ini. Hantarkan aduan ke aduan rakyat at tv3.com,my. Dan lengkapkan nya dengan nama, alamat dan nombor telepon. Sehingga bertemu lagi minggu depan, saya Jaffry Azman, Aduan Rakyat, TV3, ambil berat. |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan