Rabu, 29 Februari 2012

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


RM37j projek tingkat bekalan elektrik pembangunan <b>Jeli</b>

Posted: 19 Feb 2012 07:13 AM PST

RM37j projek tingkat bekalan elektrik pembangunan Jeli

RM37j projek tingkat bekalan elektrik pembangunan Jeli

19/02/2012 4:39pm

JELI 19 Feb. - Pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) berharga RM35 juta dengan kapasiti kuasa elektrik sebanyak 45 mega volt-ampere (MVA), akan menjana pertumbuhan pembangunan di daerah Jeli pada masa depan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, projek PMU yang sedang dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu dijangka siap pada 2015.

"Kini, di Jeli terdapat peningkatan yang ketara dalam permintaan untuk bekalan elektrik kerana di sini sudah ada kampus Universiti Malaysia Kelantan, kerajaan juga merancang untuk membina beberapa lagi institusi pendidikan di sini.

"Ini akan mendorong wujudnya kawasan perumahan baru dan pusat perniagaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program TNB Bersama Pemimpin Komuniti peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Projek lain yang sedang dilaksanakan oleh TNB di Jeli ialah dua Pencawang Pembahagian Utama (PPU) yang masing-masing berharga RM9.7 juta dan RM6 juta.

Mustapa berkata, projek pembangunan yang sedang diusahakan itu akan menjadikan Jeli daerah yang lebih membangun di Kelantan, termasuk kawasan pedalaman pada masa depan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads